DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday 27 August 2011

MANALAH AKU TAK LETIH.....




Sekarang,populasi penduduk di Malaysia ada lebih dari 25 juta orang.


5 juta dari populasi tersebut ialah kanak-kanak yang berumur bawah dari 6 tahun.


Tinggallah 20 juta lagi.


3.5 juta daripada yang tinggal itu adalah pesakit-pesakit yang tinggal di hospital ( tak kiralah,hospital swasta,kerajaan atau wad gila )


Maka tinggallah 16.5 juta.


Daripada jumlah tersebut pula,2.5 juta adalah orang-orang tua termasuk yang tak larat nak buat apa ( 70-90 tahun )


Tinggal lagi 14 juta.


12 juta lagi ialah para pelajar sekolah rendah dan menengah.


Maknanya,tinggal lagi 2 juta.


1,896 yang berbaki itu adalah penduduk-penduduk di pusat serenti.


Maka tinggallah 103,257 lagi iaitu remaja-remaja yang ada di pusat pemulihan akhlak.


Ish,ish,ish ........


Habis habis tolak lebihnya ialah 3 orang,iaitu...


ENGKAU,DIA,AKU.


ENGKAU DAN DIA tak habis-habis ketawa menonton tv ,facebook dan sms.


jadi tinggallah aku sorang yang dok buat kerja kat MALAYSIA NI.


MANALAH AKU TAK LETIH....


( lawak santai anak blogger )

Sunday 21 August 2011

SESI PROGRAM PROFESIONALISME PENINGKATAN AKEDEMIK ( PPPA ) IMTIYAZ - oleh pihak PPD KM/Y



Pada hari Khamis,18 hb Ogos yang lalu,tiga orang pegawai dari   PPD KM/Y telah membuat lawatan dan pemantauan di SKHHD.Mereka terdiri dari  Encik Md Radzi Yaacob( Penolong PPD bahagian Teknik dan Vokasional ),Encik Jamaludin bin Saad ( Pegawai Khas J-Qaf ) dan Abdul Muttalib Yahaya (Penolong PPD bahagian PRA ).Mereka tiba di SKHHD seawal jam 8.30 pagi untuk memantau beberapa perkara berkaitan pengurusan sekolah.

Lebih kurang pukul 10 pagi semua guru Tahun 6 dijemput ke bilik ICT untuk sesi taklimat dan perbincangan mengenai perkembangan semasa calon UPSR.

Setelah Puan Guru Besar menyampaikan laporan terkini calon UPSR ,para pegawai PPD pun mula memberi penerangan mengenai tujuan sebenar lawatan mereka  pada hari ini iaitu :

1. Untuk mengenal pasti apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah di dalam mengatasi masalah sisipan ( pembaziran ) calon UPSR di dalam peperiksaan nanti .

2. Apakah sebenarnya projek PPPA-IMTIYAZ yang menjadi fokus sesi taklimat dan perbincangan pada hari ini.

Beberapa maklumat penting telah diperolehi hasil dari sesi taklimat pada hari ini iaitu :

1. Jumlah murid-murid yang gagal di dalam mata pelajaran UPSR harus ditiadakan atau dikurangkan ke paras minimum yang mungkin untuk mengurangkan jumlah sisipan yang bakal berlaku.Ini boleh dilakukan dengan membuat post mortem soalan-soalan peperiksaan dan mengenal pasti tahap kelemahan murid dan cara mengatasinya.

2. Segala sesuatu yang dirancangkan di dalam perancangan tahunan harus dilaksanakan dan tidak hanya tertera di atas kertas sahaja.

3 Jangan hanya fokus kepada murid cemerlang sahaja sebaliknya beri tumpuan yang konsisten kepada kumpulan murid lemah agar apabila mereka berada di sekolah menengah nanti sekurang-kurangnya mereka ada asas 3M yang kukuh.

4. Guru-guru harus berkongsi idea tentang cara-cara mengatasi kelemahan kumpulan murid ini dengan mengadakan perbincangan dan sebagainya.


Setelah selesai sesi untuk guru-guru Thn 6,semua guru Agama dan J-Qaf pula dijemput ke bilik ICT untuk sesi taklimat mengenai bidang Pend Agama Islam pula.

Encik Abdul Muttalib Yahaya sedang meneliti 
fail-fail panitia sekolah

Encik Jamaludin Saad turut memeriksa
 fail-fail panitia

Encik Md Radzi Yaacob -PPD ( TV )


Puan Guru Besar sedang menyampaikan laporan terkini
calon-calon UPSR 2011

Turut serta di dalam sesi taklimat ini ialah Encik Sahudin Harun,PK1

Puan Zuraina Zakaria,Setiausaha UPSR turut serta di dalam
sesi taklimat dan perbincangan ini

Di antara guru-guru Thn 6 yang hadir


MURID KITA TANGGUNG JAWAB KITA
MARILAH SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA
 KECEMERLANGAN MEREKA ADALAH KEJAYAAN KITA SEMUA

MURID-MURID YANG CEMERLANG DI DALAM BIDANG SUKAN TAHUN 2011

Tiga orang wakil dari SKHHD telah menerima pengiktirafan Majlis Sukan Sekolah Malaysia di dalam bidang masing-masing iaitu wakil negeri bagi sepak takraw dan bola sepak. Mereka ialah murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
Syabas diucapkan ,semoga kejayaan ini menjadi perangsang agar mereka lebih gigih berusaha di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Sijil Majlis Sukan Sekolah Malaysia


Mohd Haikal Rosli cemerlang di dalam sepak takraw


Mohd Zhafir Yusoff cemerlang di dalam bola sepak


Mohd Aliff  Afifi   cemerlang di dalam bidang sepak takraw




Sementara itu,tiga orang murid bawah 10 tahun telah menerima anugerah  Program Pembangunan Sukan MSSK 2011 di dalam bidang permainan bola sepak.Di dalam pertandingan bola sepak peringkat negeri baru-baru ini mereka telah dipilih menjadi wakil daerah KM/Y dan mendapat tempat ketiga.Mereka ialah Mohd Zulhelmi Amir,Mohd Zulhaniff Zafri dan Mohd Fairuz Hafifi Khairul Fazle dari Tahun 4.



Ustaz Nazer sedang mengumumkan kejayaan mereka
di perhimpunan sekolah


Puan Guru Besar sedang memberi ucapan tahniah dan perangsang
kepada Hafifi


Mohd Fairuz Hafifi Khairul Fazle dengan pingat dan sijilnya


Mohd Zul Haniff Zafri sedang menerima pingat oleh 
Puan Guru Besar,di belakangnya ialah Zul Helmi Amir

Jurulatih bola sepak,Ustaz Aridi dan Ustaz Nazer

Bergambar kenangan dengan Cikgu Sahudin Harun,PK 1
 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.MAJULAH SUKAN UNTUK
 SEKOLAH DAN NEGARA



Wednesday 17 August 2011

NUZUL QURAN





Nuzul di dalam bahasa Arab ertinya penurunan.,sementara Al Quran pula adalah kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman iaitu nabi Muhammad s.a.w.Allah menjelaskan di dalam surah Al Qadr bahawa Al Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar iaitu malam mulia yang nilainya adalah lebih baik dari 1000 bulan.Pada malam tersebut para malaikat dan Jibril turun ke dunia untuk mengatur segala urusan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Sesungguhnya dengan turunnya Al Quran pada bulan Ramadhan lebih 1000 tahun lalu,telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat dan tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka itu sendiri.

Al Quran menjadi inspirasi kepada jalan kebenaran kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat Allah yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif di dalam hidup mereka. 

Sayyidina Omar Al Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan keras hati dan amat membenci Rasulullah telah menjadi lembut hati dan menemui jalan kebenaran setelah mendengar alunan bacaan Al Quran yang telah dibacakan oleh adik perempuannya yang telah memeluk Islam.

Al Quran adalah mukjizat istimewa yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. untuk umat akhir zaman,maka marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan AlQuran dan jadikanlah ia sebagai panduan hidup kita.Jika kita membaca dan beramal dengannya,Insyaallah,semasa di Padang Masyhar nanti ia akan bangkit untuk memberi syafaat kepada kita.

Monday 15 August 2011

PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE



Pertandingan BattleBot PINTAR adalah pertandingan robotik di mana para pelajar berpeluang menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka di dalam bidang Sains,Matematik dan Teknologi untuk membina dan mencipta robot terkuat menggunakan teknologi LEGO.Ia dapat melatih pelajar membina strategi mereka untuk menewaskan pihak lawan.Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan diistiharkan sebagai pemenang.Pertandingan ini hanya terbuka kepada sekolah PINTAR sahaja untuk murid yang berusia dari 9-11 tahun.
Pada 15 hb Ogos,seramai 32 orang murid dari Tahun 5 telah terpilih untuk  menyertai program ini di Dewan SKHHD.Mereka dibahagikan kepada 16 kumpulan kesemuanya.Pertandingan dimulakan dari pukul 9 pagi hingga 2.15 petang.Acara dimulakan dengan sesi suai kenal di antara para peserta program dengan  tiga orang fasilitator dari PINTAR Foundation iaitu Bayumi b. Jono,Nasrol b. Mansor dan Amir Shah b. Idris.Di dalam sesi taklimat pula para peserta telah diberi penerangan mengenai Battlebot dan demonstrasi pembinaan robot daripada LEGO.

Banner BattleBot Challenge


Lencana untuk setiap peserta
Para fasilitator sedang menyiapkan bahan untuk pertandingan 
dan memberikan taklimat program

Setiap kumpulan peserta mula mereka cipta robot mengikut 
kreativiti masing-masing
Fasilitator memberikan garis panduan kepada mana-mana 
kumpulan yang menghadapi masalah



Robot- robot yang telah berjaya dihasilkan akan
 diletakkan di kawasan arena untuk acara 
pertarungan sebentar lagi




Pertarungan bermula

Sejenis alat akan diletakkan di atas robot sebelum 
pertarungan ( battle ) bermula.Ini ialah untuk memudahkan
 ia bergerak.Mana-mana robot yang berjaya menterbalikkan 
atau menjatuhkan lawan akan dikira menang.Pemandu
 dari kedua-dua kumpulan yang bertarung akan menggunakan 
kemahiran mengemudi 'remote control' bagi mengawal robot 
masing-masing untuk menguasai permainan.



Mohd Asdiq Rosmanizar dan Mohd Qasri Shaaizam
 dari kumpulan Street Smart telah diumumkan sebagai
 pemenang pertandingan.Di samping mereka ialah
Penyelaras pertandingan,En Sahudin Harun dan
 guru pengiring, Puan Noridah Ayob.

Mohd Qasri dan Mohd Asdiq begitu berhati-hati 
semasa menjalani pertandingan 



Pemenang kedua ialah dari kumpulan Harimau Malaya,
Mohd Alif Akmal dan Mohd Danial Hilmi



Kegembiraan terbayang di wajah sambil memegang
 robot yang dicipta



Pemenang ketiga dari kumpulan Harimau Muda,
Mohd Syakiran dan Mohd Afif dan pemenang keempat
 dari kumpulan Cobra Junior,
Nor Aina Aqilah dan Nurul Hijratul  Naqiah


Para pemenang menerima hadiah yang disampaikan
 oleh  Penyelaras Pertandingan



Cenderamata untuk para fasilitator dari pihak
 sekolah.Jangan lupa datang lagi tahun depan 
untuk acara yang menarik ini.



Temuramah dengan pemenang pertandingan
untuk meninjau apakah pandangan mereka 
mengenai program ini.


Para peserta pertandingan bergambar kenangan dengan 
sebahagian dari guru yang mengikuti acara pada hari ini




Johan bagi pertandingan ini akan mewakili SKHHD 
ke pertandingan Battlebot yang seterusnya di peringkat zon 
yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada tarikh 
yang akan diumumkan nanti.
Tahniah!!!

Thursday 4 August 2011

EXPLORACE PEMULIHAN VS LINUS


     Suatu aktiviti berbentuk explorace telah diadakan di Dewan SKHHD pada hari Khamis 21 Julai 2011 mulai jam 12.45 tengah hari hingga 3.15 petang.Ia adalah hasil kerjasama Program Pemulihan Khas dan LINUS .Semua murid dari kelas Pemulihan Khas dan 30 orang murid LINUS telah menyetai program ini.Berbagai jenis aktiviti telah diadakan iaitu Imbasan Kad Perkataan,Membina Perkataan,Mencari Warna berdasarkan bentuk dan jumlah,Kuiz Matematik Memadan Perkataan Dengan Benda Maujud dan Jigsaw Puzzle.Kesemua aktiviti di atas adalah untuk menguji kemahiran asas murid sekolah rendah.




Di antara bahan-bahan yang digunakan  semasa aktiviti dijalankan
Sebelum aktiviti explorace dimulakan,murid-murid berkumpul di kantin untuk makan tengah hari.Kelihatan di belakang ,Puan Fatimah Yahaya
 dan Puan Hasnah
Guru Pemulihan Khas,Puan Nang Fadzillah sedang melayan murid-muridnya
Selesai makan,mereka berkumpul di dewan sekolah untuk
solat Zohor berjemaah
Doa diaminkan,memohon keberkatan dari Ilahi

Aktiviti sudah hampir bermula.Guru PK 1 turut mengawal disiplin
 murid-murid

Kelihatan guru Pemulihan Khas,Puan Nang Fadzillah
yang turut mengawasi murid-murid

Puan Hasnah bt Md Isa ,guru LINUS sedang menyampaikan
taklimat explorace 

Dua orang guru praktikum dari MPSAH yang turut serta membantu mengelolakan program

 

Murid sedang menjalani aktiviti explorace
Guru-guru Tahun Satu turut sama di dalam program ini

Setelah  setiap aktiviti selesai,para pengadil akan menilai
hasil kerja murid-murid

Hadiah explorace disampaikan kepada para pemenang semasa
 perhimpunan pagi