Saturday, 22 October 2011

Lagi aktiviti pasca UPSR-BACKWOOD

Backwoods bermaksud kembali pada cara lama di mana orang dahulu mengamalkan cara hidup berunsurkan cara tradisional contohnya peralatan memasak dan lain-lain.Aktiviti ini dijalankan untuk memperkenalkan kepada murid cara alternatif mencipta masakan.Jika selama ini mereka hanya tahu mengenai dapur gas, pembakar roti ,periuk nasi, pengisar elektrik dan sebagainya ,kini mereka terpaksa menggunakan kaedah lama yang mereka belum pernah mencuba.Agak bersusah payah juga mereka hendak menghasilkan hidangan dengan cara ini,namun ianya adalah agak menyeronokkan serta dapat menimba kreativiti dan  pengalaman baru.



Menguli tepung untuk membuat lempeng bakar


Bancuhan terlebih air tu....
Tambah tepung lagi


Pandainya mereka menguli tepung


Ada yang nak masak telur bakar



Ada yang nak masak lempeng bakar

Yang lain tu,siapkan api untuk memasak


Kumpulan ini nak bakar lemang 

Nak hidupkan api pun kena ada cara



Ni apam bakar


Lempeng bakar yang dililit di kayu untuk dipanggang



Hidangan lempeng bakar,jagung bakar dan teh 


Setelah ditanggalkan dari kayu,
inilah hasilnya


Hasil backwood oleh murid akan dinilai oleh para juri














Friday, 21 October 2011

LAGI MENGENAI AKTIVITI PACSA UPSR- PAPER MACHE DAN SENAMROBIK


Membuat pinggan kertas dari surat khabar lama ialah aktiviti pasca UPSR yang seterusnya.Murid-murid diwajibkan membawa gam,pinggan dan surat khabar lama bagi menghasilkan aktiviti ini.Puan Jalilah ialah guru yang bertugas untuk sesi pada kali ini.
Penerangan mengenai cara membuat
 pinggan kertas oleh Puan Jalilah
Semua ahli kumpulan mesti mengambil bahagian


Seronok buat pinggan kertas ni

Pinggan yang dah siap dijemur dahulu

Cantik dan kemas sekali buatannya


Pinggan yang dah siap


Di hari yang berikutnya ada senamrobik pula.Ramai 
guru dansemua murid Thn 6 telah mengambil bahagian




Cikgu Nasimah dan ahli senamrobik 
yang dijemput khas


 Cikgu Mazura pun turut serta.Bersemangat nampaknya



Badan cergas, otak cerdas.

Saturday, 8 October 2011

LAWATAN PENGAWAS PSS KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Suatu lawatan berhibur sambil belajar telah diadakan oleh pengawas PSS ke Bukit Merah Laketown Resort,Semanggol Perak pada hari Sabtu,1 Oktober yang lalu.Lawatan itu disertai oleh 40 orang murid dan 5 guru.Kumpulan kami tiba di resort itu lebih kurang jam 10.15 pagi.Berbagai aturcara telah disusun di antaranya ialah lawatan ke penempatan orang utan.

Permandangan di pintu masuk Laketown Resort
Pintu gerbang resort

Pengunjung SKHHD mendapat 'hut no. 14'

Aturcara pertama,lawatan ke penempatan orang utan
 dengan menaiki bot

Keluarga orang utan

Kerusi kabel untuk pengunjung

Saat untuk mandi manda

Perkhidmatan sewa pelampung pun ada

Mandi manda di sebelah 'hut 14'

Di sini macam-macam ada
Sebelum pulang lebih kurang pukul 5,murid membeli belah
 di gerai-gerai barangan cenderahati di  resort

Friday, 7 October 2011

PERTANDINGAN BOLA BALING ANJURAN GURU PELATIH DARI MPSAH


Pertandingan bola baling ini diadakan pada hari Khamis 6 Oktober bermula jam 3 hingga 6 petang .Ia adalah sebagai salah satu dari aktiviti Guru-guru Pelatih dari MPSAH.Peserta-peserta yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini ialah murid dari Tahun 6 yang telah menyertai Kejohanan Bola Baling di peringkat KMY tahun 2011.Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian.Johan lelaki dimenangi oleh Kumpulan Oren manakala johan perempuan pula ialah dari kumpulan Merah.


Sebahagian dari para peserta lelaki


Sebahagian dari para peserta perempuan di samping
 jurulatih,Puan Jusnani

Pendaftaran peserta

Pertandingan dimulakan dengan kumpulan
 murid perempuan dahulu


Perlawanan  di antara peserta lelaki menyusul selepas itu.
Sungguh sengit sekali nampaknya



Pengadil perlawanan  ialah Abg Fareez ,bekas murid dan 
pemain bola baling yang pernah mewakili SKHHD

Selesai perlawanan tiba pula majlis penyampaian hadiah



Naib johan kumpulan lelaki dimenangi oleh
 kumpulan Hijau.Hadiah disampaikan oleh pensyarah dari MPSAH


Ketua kumpulan Oren dan Hijau,
  Zhafir dan Aliff


Sebahagian dari Guru-guru Pelatih MPSAH


SATU MURID SATU SUKAN
MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH DAN NEGARA.