DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Tuesday 26 July 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2011 PADA HARI ISNIN HINGGA RABU ( 25 JULAI - 27 JULAI )


     Peperiksaan percubaan UPSR telah bermula pada 25 Julai yang lalu. Seramai 158 calon sedang menduduki peperiksaan ini di dewan peperiksaan sekolah dan di sebuah bilik darjah yang terletak bersebelahan dengan dewan peperiksaan .Peperiksaan dimulakan dengan Pemahaman dan Penulisan Bahasa Melayu dan Matematik Kertas 2 pada hari Isnin.Pada hari Selasa pula ialah Matematik Kertas 1 dan 2, manakala pada hari Rabu pula ialah untuk mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Kertas 2

Calon-calon sedang menjawab soalan Bahasa Melayu ( Pemahaman )
di hari pertama peperiksaan
Diikuti dengan kertas penulisan Bahasa Melayu  


Oleh kerana dewan peperiksaan tidak dapat menampung semua calon,maka ada yang ditempatkan di dalam kelas bersebelahan dewan

Azreyna Salma dari kelas 6K sedang menjawab soalan Matematik di hari kedua peperiksaan

Selepas peperiksaan di hari kedua,murid mengulangkaji pelajaran Bahasa Inggeris untuk peperiksaan seterusnya di hari ketiga

Perhatian ditumpukan kepada topik-topik yang agak susah





Di hari ketiga peperiksaan ,murid-murid menjawab soalan kertas Sains dan Bhs Inggeris kertas 1 dan 2.Guru memberi taklimat dan peringatan sekali lagi sebelum murid mula menjawab 




Kertas soalan dibuka di hadapan murid-murid



Membilang dan seterusnya mengedarkan kertas soalan kepada calon-calon peperiksaan.


Monday 25 July 2011

SKHHD JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK LUAR MUSIM KMY, 2011

     Pasukan bola sepak SKHHD bawah 10 tahun di bawah bimbingan Ustaz  Mohd Nazer dan Ustaz Mohd Aridi telah menjadi juara bola sepak luar musim ( bawah 10 tahun ) peringkat KMY.Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Julai yang lalu di padang SK Sg Layar.Di dalam  kejohanan tersebut mereka telah menyertai   6 pertandingan  dan telah memenangi kesemuanya.Syabas diucapkan kepada pasukan ini dan guru-guru yang membimbing dan melatih mereka.


Majlis penyampaian sijil dan medal.Kelihatan ustaz Aridi sedang mengumumkan nama-nama pemenang  dan mereka tampil untuk menerimanya dari Puan Guru Besar


Puan Guru Besar dan semua warga SKHHD amat berbangga dengan pencapaian murid-murid ini yang telah mengharumkan nama sekolah

Striker bola sepak pasukan sekolah bawah 10 tahun. Ahmad Iqbal Bustamam  ( kiri ) telah menjaringkan 2 gol.Mohd Zulhelmi Amir ( tengah ) telah menjaringkan 3 gol dan Mohd Fairuz Afifi ( kanan ) telah menjaringkan 5 gol

Semua pemain bola sepak dengan medal dan sijil masing-masing

Bersama seorang dari jurulatih mereka, Ustaz  Mohd Aridi 

BULAN PANITIA SAINS

   Bulan Julai adalah bulan Panitia Sains.Berbagai aktiviti dijalankan seperti jualan barangan bertemakan Sains umpamanya pemegang kunci,penanda buku dan lolipop coklat pelbagai bentuk untuk menambah dana panitia ini.Disamping itu diadakan juga peraduan kuiz Sains untuk semua murid.Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz diadakan di majlis Perhimpunan Mingguan kelmarin.

AJK Panitia Sains sedang mengambil hadiah untuk diberikan kepada para pemenang
Puan Wan Anita , Pengerusi Panitia Sains sedang mengumumkan nama-nama pemenang . Kelihatan murid tahun 6K sedang menerima hadiah.

Murid dari tahap 1 juga tidak ketinggalan

                                                             Murid dari tahun 5S

Ramai juga pemenang yang menerima hadiah

Sebahagian dari para pemenang dengan hadiah masing-masing

SAINS DAN TEKNOLOGI MENJANA KETAMADUNAN UMAT MANUSIA UNTUK LEBIH MENGENAL ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA PENCIPTA

MURID PEMULIHAN YANG SUDAH LANCAR MEMBACA

    Dua orang murid pemulihan tegar dari Tahun 4 sudah boleh membaca dengan lancar.Mereka telah lulus ujian IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca ) dan telah kembali semula ke kelas 4A untuk belajar seperti biasa dengan rakan-rakan sekelas mereka  yang lain.Dua orang murid tersebut iaitu Ku Mohd Firdaus bin Ku Nazim dan Noor Izzati bt Asari telah mempersembahkan pantun di hadapan majlis Perhimpunan Mingguan disaksikan oleh semua guru dan murid.Begitu lancar sekali persembahan mereka sama seperti murid-murid normal yang lain.


Kedua-dua mereka tampil ke pentas perhimpunan untuk berpantun

Nor Izzati Asari menjual pantunnya

Giliran Ku Mohd Firdaus untuk membalas pantun




    Orang tua-tua dahulu pernah berkata,'belakang parang kalau diasah lagikan tajam,inikan pula kita manusia.Andai usaha tidak disertai dengan kesungguhan,andai menuntut ilmu tidak disirami dengan doa kepada yang ESA dan andai menimba pelajaran tidak disertai dengan hormatkan guru yang mengajar , maka terbantutlah segala yang dicita dan punahlah harapan ibu dan bapa yang sentiasa mengharapkan kejayaan  kita.





Terima kasih Cikgu,hanya Allah yang akan membalas segala
usaha dan pengorbananmu.Amin

PERSEMBAHAN MURID PRA SEKOLAH YANG SUDAH LANCAR MEMBACA



  Sehingga bulan Julai 2011,ramai murid PRA SKHHD sudah boleh membaca dengan lancar.Guru PRA, Puan Shahila Ahmad ingin menguji bakat dan  keyakinan murid-muridnya dengan menyuruh mereka membaca di hadapan khalayak ramai.Maka di Perhimpunan Mingguan Sekolah yang diadakan kelmarin,dua orang murid PRA tampil membaca buku cerita di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka ialah Nor Athirah bt Sharizal dan Sima Dini bt Norizan.Kedua-duanya berusia 6 tahun.


Guru memimpin mereka untuk naik ke atas pentas


Memperkenalkan diri masing-masing sebelum membaca buku cerita

Dengan penuh keyakinan ,mereka mula membaca secara
bergilir-gilir.Sungguh lancar mereka membaca.

Sima Dini membaca cerita mengenai 'Lina And Her Family '

Nor Athirah bt Sharizal membaca cerita mengenai  ' Keluarga Lina'




 Bulan Julai bulan membaca
Membaca itu amalan mulia
Ketekunan guru inilah hasilnya
Kita bercerita , dia gembira





AKTIVITI DAN PERKEMBANGAN PROGRAM NILAM SEHINGGA JULAI 2011



    Program NILAM berjalan seperti biasa namun agak perlahan sehingga bulan Julai tahun ini.Namun begitu kempen demi kempen diadakan kepada murid-murid agar mereka lebih aktif di dalam program yang sangat berfaedah ini.Berbagai insentif disediakan oleh pihak jawatankuasa PSS seperti hadiah-hadiah istimewa berupa basikal,beg sekolah dan lain-lain kepada murid yang banyak membaca.Murid yang terbanyak membaca akan diberikan pingat dan hadiah.Di perhimpunan mingguan kelmarin,telah diadakan upacara menyerahkan pingat dan hadiah kepada tiga orang murid yang paling banyak membaca sejak Januari hingga Julai 2011.


Pembaca terbanyak  bulan Januari hingga Julai Nurul Nabilah bt Mohd Amin ,thn 5 dengan 131 buah buku mendapat pingat gangsa


Nur Nadia Husna,Thn 5 dengan 103 buah buku ( kiri ) dan Nur Husnina Syuhada juga Thn 5 dengan 121 buah buku ( tengah ).Mereka juga mendapat pingat gangsa



Tiga orang pemenang dengan guru Program NILAM SKHHD ,
 Puan Husnina bt Ahmad

4 jenis pingat yang disediakan untuk Program Nilam iaitu Gangsa 
untuk 90 -179 buah buku, Perak untuk  180 - 269 buah buku,
Emas untuk   270 - 359 buah buku dan Nilam  untuk 360 buah buku ke atas

Murid cemerlang program Nilam sedang menerima pingat dan hadiah dari Puan Guru Besar

Pingat gangsa yang disematkan di dada murid


Hadiah untuk juara Program Nilam tahun 2011 yang akan disampaikan pada 
Hari Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada akhir tahun nanti ada dipamerkan di PSS

Hadiah-hadiah sagu hati juga disediakan  iaitu fail,bekas pensel,alat tulis dan beg sekolah berjenama untuk 15 orang pemenang

NILAM ADALAH NADI ILMU AMALAN MEMBACA
MEMBACA AMALAN YANG MULIA
ORANG YANG BIJAKSANA ADALAH YANG SUKA MEMBACA
JADIKAN  BUDAYA MEMBACA  BUDAYA  KITA

Wednesday 20 July 2011

SAMBUTAN HARI KELUARGA SKHHD,SABTU 16 JULAI 2011


   Inilah sambutan hari keluarga yang julung kalinya  diadakan oleh warga SKHHD.Majlis diadakan di  Puteri Ayu Resort,Titi Hayun,Yan,Kedah.Resort ini merupakan kawasan pelancongan yang begitu strategik,iaitu berdekatan dengan kawasan peranginan Titi Hayun yang dikenali ramai.Di dalamnya ada beberapa buah chalet sesuai untuk aktiviti keluarga atau pun sesuatu organisasi.Ada juga dewan dan bilik-bilik khas untuk tujuan berseminar Selain itu,terdapat juga beberapa buah kolam mandi buatan manusia dan yang semula jadi. Kawasannya yang luas sangat sesuai untuk aktiviti kumpulan yang ramai.
    Tujuan diadakan Hari Keluarga ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan saling kenal mengenali di antara sesama warga SKHHD dan keluarga masing-masing.Selain itu majlis ini juga diadakan untuk meraikan tiga orang guru dan staf yang telah bertukar .Mereka ialah Cikgu Mohd Kudus Mat,Cik Premalata dan En Yusof (PAR ).


Papan tanda chalet Puteri Ayu

Saat menjejakkan  kaki di sini,kedamaian menggamit hati  pengunjung

Lebih kurang pukul 8 .30 pagi ,semua yang sampai berkumpul di padang

Masing-masing membawa anak,isteri dan suami

Sebentar lagi,taklimat program akan disampaikan
Selesai taklimat program,sukaneka dimulakan dengan kanak-kanak berusia 4-6 tahun mengutip gula-gula

Tekunnya mereka mengutip gula-gula


Yang abang tolong pun ada...

Lepas tu,kanak-kanak yang berusia 7-9 tahun dgn acara bawa bola pingpong dalam sudu

Acara meniup belon untuk anak-anak 10-12 thn

Tiup Hakim,tiup....

Sikit lagi tiup,tak cukup lagi tu....

Giliran kaum bapa pula,depa kena makan sumi

Sedapnya sumi.....

Para isteri turut bagi sokongan
Giliran kaum ibu nak kumpul air dalam botol pakai span pula....

Acara berpasangan,baling air dalam belon,hah sambut....

Acara sambut air dalam belon,suami baling,isteri sambut...

Acara untuk tiga ahli  dalam satu  keluarga,  ikat kaki sambil berjalan

Mari kita makan durian dulu......
Selesai sukaneka,semua berkumpul di dewan untuk makan dan acara seterusnya.Selepas itu , mereka yang diraikan memberi ucapan

Cenderamata untuk Cikgu Kudus yang telah bertukar ke IAB,Jitra


Jamuan tengah hari disajikan sebelum acara bebas dan bersurai

Puan Guru Besar,Puan Lim Geik Yan dan suaminya Tan Peng Lim
turut hadir memeriahkan suasana majlis

Suasana di resort
Ada kolam ikan di sini

Antara tempat penginapan yang ada di sini