DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 25 March 2012

PROGRAM PINTAR OLEH PINTAR FOUNDATION KE SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERPILIH


Di antara program amal pihak PINTAR Foundation ialah menjalankan perpustakaan bergerak ( bertema ) ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk menyebarkan informasi yang berguna kepada generasi muda. Pada hari ini iaitu Ahad,25 Mac Bas TNB yang sarat dengan bahan-bahan berunsurkan maklumat kesihatan tiba di perkarangan SKHHD. Semua murid dijemput secara berkumpulan ke pameran yang disediakan di dalam bas yang bertindak sebagai perpustakaan mini.

Murid-murid kelihatan sungguh teruja dan ingin mencuba berbagai-bagai peralatan yang disediakan seperti mesin BMI,pokok kesihatan,cermin ajaib dan lain-lain.



Cikgu Naimah sedang mencuba mesin BMI dengan
 dibantu oleh pegawai PINTAR Foundation yang bertugas

Siti Nur Mardhiah,murid thn 3 sedang
berdiri di samping replika gigi

Pohon Kesihatan yang sarat dengan maklumat
untuk dibaca

Dua orang pegawai PINTAR Foundation sedang memberi ceramah
mengenai pentingnya menjaga  kesihatan

Suasana di dalam ' perpustakaan bergerak '

Di antara sudut yang disediakan

Bas PINTAR Foundation sebagai ' perpustakaan bergerak '

Setiap murid dibekalkan dengan
 sebuah buku mengenai kesihatan


TERIMA KASIH DAUN KELADI PINTAR FOUNDATION,SEMOGA JUMPA LAGI....

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG PRGKT SEKOLAH THN 2012

Program sekolah penyayang ini dilancarkan pada hari ini iaitu Ahad,25 hb Mac 2012.Objektif bagi program ini di antaranya ialah untuk memupuk semangat kekitaan yang tinggi,sayangkan sekolah , guru-guru dan kakitangan sekolah   di kalangan murid-murid.
Beberapa program telah dirancang bagi mengisi objektif sekolah penyayang ini di antaranya ialah:

1.Laluan Ilmu yang memaparkan motivasi,doa dan nasihat yang berguna untuk panduan murid.

2.Motivasi pagi dan mingguan di perhimpunan sekolah.

3.Bacaan doa sebelum pulang

4.Bacaan Yassin beramai-ramai pada setiap pagi Khamis.

5.Lawatan kebajikan untuk waris dan murid yang mengalami sakit,kematian dan lain-lain.

6.Kempen sifar ponteng.

7.Guru menyambut murid di sebelah pagi .

8.Aktiviti peningkatan sahsiah.

9.Khemah Ibadat

10.Km bina insan dan motivasi diri.

11.Program mentor-mantee (murid dan guru )

Puan Guru Besar sedang melancarkan
Program Sekolah Penyayang
di Perhimpuan Mingguan sekolah


Semoga Program Sekolah Penyayang ini dapat melahirkan murid-murid yang cintakan sekolah,ilmu dan seterusnya menjadi generasi yang berakhlak mulia yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

Wednesday 7 March 2012

SKHHD ENGLISH PANEL PROJECT 2012,'Learn A Word And A Sentence A day'

'Learn A Word And A Sentence A Day' is one of the projects of SKHHD English Panel.One of our objectives is to enable the pupils to increase their English vocabulary and improve their grammar in speaking and writing. All pupils ( except for Yr 1 ) must involve in this activity which is carried out three times a week ( Sunday,Tuesday and Thursday ).The winners will be selected by the English teachers each month according to the ability of the pupils in speaking, reading and writing.


Puan Zuraina is reminding the pupils about
 the rules of the project
A few selected winners for February receive their
presents from the Headmistress

One of the pupils activity book

The diligent level 1 pupils are copying the new
 word and sentence for today

Remember to revise and read English words and
sentences at home

The word and sentence for today
LEARNING ENGLISH IS EASY AND FUN

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT PKG YAN

Kejohanan Bola Baling adalah di antara acara tahunan yang kelolakan oleh PKG Yan.Tujuan kejohanan ini diadakan di antara lain adalah bertujuan untuk mencungkil bakat - bakat baru di kalangan murid dan seterusnya mengasah bakat dan kebolehan mereka yang terpilih untuk mewakili PKG ke kejohanan di peringkat KMY dan seterusnya ke peringkat negeri.Pasukan bola baling SKHHD ( lelaki dan perempuan ) tidak ketinggalan turut menyertai kejohanan ini yang diadakan di padang SK Yan Kecil,Yan pada hari Isnin, 5 dan 6 Mac yang lalu bermula jam 2.15 petang.
Di dalam kejohanan tersebut pasukan perempuan (SKHHD) telah berjaya menjadi juara manakala pasukan lelaki telah mendapat tempat ketiga.
Tahniah kepada semua jurulatih,guru-guru dan lain-lain pihak yang telah memberi komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya kejayaan ini .




Perlawanan di antara pasukan SKHHD 
dan SK Langkasuka

 Pasukan SKHHD bergambar kenangan dengan
 pasukan SK Sg Yan sebelum mereka bertanding
di padang 1


Saat paling gembira ialah apabila diumumkan sebagai juara
dan menerima pingat emas dari Pengerusi PKG Yan ,
Tuan Haji Paimin b Paiman


Bergambar kenangan dengan jurulatih,Puan Jusnani 
dan Puan Faizah serta guru pengiring Ustazah Rosidah





Pasukan lelaki yang segak bergaya sedang
bersedia untuk memulakan
 perlawanan yang diadakanpada hari Selasa 6 hb Mac
14 Pingat emas yang dimenangi
oleh peserta perempuan

Pingat gangsa untuk tempat ketiga,lelaki
Para peserta kejohanan dengan pingat
masing-masing di samping jurulatih,Ustaz Mohd Aridi

Friday 2 March 2012

SKHHD JUARA BOLA SEPAK PKG YAN


Pasukan bola sepak SKHHD telah sekali lagi  dinobatkan sebagai juara peringkat PKG Yan pada tahun ini.Ini merupakan   kali keempat berturut-turut pasukan bola sepak SKHHD berjaya merangkul kemenangan ini. .Pertandingan pada tahun ini telah diadakan pada 18 dan 22hb Februari yang lalu di SK Singkir,Yan.Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang telah bertungkus lumus berlatih dan berusaha tanpa mengenal erti  jemu.

Inilah pingat emas yang telah berjaya dimenangi

Puan Guru Besar dan semua warga sekolah
sungguh berbangga di atas kejayaan ini
.Semoga
ia menjadi inspirasi untuk kejayaan sekolah yang seterusnya

Tahniah,tahniah!

Pasukan bola sepak bersama pingat bergambar
di samping Puan PKKK dan jurulatih mereka,Ustaz Aridi
dan Ustaz Nazer.Tahniah,Ustaz!!


LEPAS NI KE PERINGKAT KMY PULA...SEMOGA SUKSES!!

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 , TAHUN 2012

Mesyuarat Agung PIBG adalah acara tahunan  wajib di setiap sekolah di negara kita.Tujuan mesyuarat ini diadakan di antara lain adalah  untuk mengeratkan silaturrahim di antara  sesama waris dan guru,bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta  mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan sekolah,  ke arah melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

Pada hari Khamis,1 Mac yang lalu,telah diadakan mesyuarat ini untuk kali ke 26 bertempat di dewan sekolah mulai jam 2.00 hingga 6.00 petang.Majlis telah dirasmikan oleh jemputan khas iaitu Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Fatahi bin Hj Omar BKM,PJK yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah merangkap Naib Presiden Persatuan Kontraktor Malaysia.

Kehadiran para waris begitu memberangsangkan sekali sehingga memenuhi dewan sekolah.

Ketibaan jemputan khas disambut oleh Puan Guru Besar,
Penolong Kanan Sekolah dan AJK PIBG
dengan paluan kompang dan bunga manggar

Pasukan kompang kelihatan begitu segak
 dengan uniform mereka

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran oleh
 Adik Alia dari Thn 6K,
Naib johan Majlis Tilawah AlQuran PKG Yan.

Bacaan doa dipimpin oleh
Ustaz Mohd Sofi Abd Rahman

Ucapan Yang DiPertua PIBG ,
Encik Ku Abd Razak b Ku Ismail

Ucapan aluan dan laporan hal ehwal semasa sekolah
 oleh Puan Guru Besar

Tiba pula giliran tetamu khas kita ,Yg Berbahagia
Tn Hj Ahmad Fatahi menyampaikan  ucapannya
Ganjaran untuk murid-murid cemerlang UPSR 2011
(seramai 29 org telah mendapat 5A)
Penerima hadiah untuk 5A bergambar kenangan
 dengan guru-guru mereka
Sebahagian dari penerima hadiah kecemerlangan UPSR
 thn 2011dengan sijil dan wang ganjaran
 dari pihak TNB.Tahniah!!
Persembahan nasyid oleh murid-murid yang memukau
penonton sebelum mesyuarat agung bermula
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan
muhibbah sehingga pukul 6 ptg.

WASSALAM.....

SKHHD JUARA KESELURUHAN SUKAN OLAHRAGA PKG YAN

Pertandingan sukan olahraga (balapan dan padang ) telah diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 26 ( balapan ) dan 27 ( padang ) Februari yang lalu di SK Dulang,Yan.SK Hj Hussin Dol telah menjadi johan keseluruhan PKG Yan di mana sebanyak 6 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa telah berjaya dimenangi .
Peserta pertandingan bergambar dengan
 jurulatih mereka,Pn Rosidah Mohd Daud ( berbaju biru )
dan guru pengiring,Puan Naimah Ghazali ( berbaju hijau )
Acara lompat tinggi,lelaki

Acara lompat jauh perempuan



Lontar peluru ,lelaki kelas 4


Para pemenang pertandingan 
sedang menerima pingat dan ucapan
 tahniah oleh Puan Guru Besar




TAHNIAH!!SEMOGA BERJAYA SETERUSNYA DI PERTANDINGAN
YANG AKAN DATANG