DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday 28 April 2012

ENGLISH LANGUAGE COMPETITION PKG YAN 2012

  English Language  Competition of PKG Yan was carried out last Wednesday ,25.5.2012 at SKHHD from 8.30 to 1.30 pm.The competitions were on Story telling and Public Speaking of level 2 pupils  and Action Song by level 1 pupils.8 schools participated in story telling and public speaking competition while 5 schools participated in action song competition.The winners of each category will represent the PKG in the district level on 7 May at SK Telok Wang,Sungai Petani.


Action song performed by SK Singkir

SKHHD   action song group

SK Hj Nyak Gam action song group

SK Dulang group
Nur Aina Aqilah from SKHHD is telling her story in 
the story telling competition

The audience were entertained by choral speaking
 (
 third place in KMY level 2012 )
by SKHHD  pupils during the interval

Price giving ceremony to the participants
by Mr Peter, English Mentor of PKG Yan 

The winners of public speaking competition.
Wan (middle ) from SKHHD is the winner

Nuraina Aqilah from SKHHD is the winner for
story telling competition and
her accompany teacher

  SKHHD is the also winner for
 action song competition

The winner:SKHHD,first runner up,SK Hj Nyak Gam
and the third place ,SK Teroi for action song competition

Congratulation for all the winners

All the winners and their accompany teachers.
SKHHD comes out as the winner for all categories.
Congratulation!! 

LEARNING ENGLISH IS FUN AND ENJOYABLE

Tuesday 24 April 2012

MAJLIS PELANCARAN MENTOR-MANTEE MURID-MURID THN 6 DAN GURU-GURU

Program mantor-mantee yang dijalankan di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru memberi perhatian dan mengesan sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid di bawah bimbingannya.

Pada 19 April yang lalu,telah diadakan majlis pelancaran mantor-mantee di antara guru-guru dan murid-murid Thn 6.Diharap program pada tahun ini dapat melancarkan dan meningkatkan lagi pencapaian akedemik dan sahsiah murid-murid dan semoga SKHHD  berjaya menghasilkan ramai pelajar-pelajarnya yang cemerlang pada tahun ini.


Puan Fatimah Yahaya selaku kaunselor
sedang membaca senarai nama murid-murid
 di bawah bimbingan Cikgu Mazura

Penyerahan fail oleh Puan Guru Besar kepada mentor

Tiga orang murid ini adalah manteenya.
Apa-apa masalah,jgn malu untuk berjumpa
dengan mentor

Ini pula Cikgu Jamil Ali dengan tiga orang manteenya

Ini kira macam ayah angkatlah!

Selamat bertugas Cikgu.Jangan garang sangat
dengan bebudak tu,nanti depa lari...


SEMUA GURU DAPAT MANTEE MASING-MASING.
TERUS JUMPA MEREKA DAN BERKENALAN DENGAN LEBIH LANJUT LEPAS NI...

Monday 23 April 2012

MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN ANTI DADAH PRNGKT SEKOLAH 2012

Pada hari Ahad,22 April telah dilancarkan majlis penutupan kempen anti dadah peringkat sekolah.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang mewarna  poster -KAMI BENCI DADAH- Ini diikuti dengan ikrar untuk menjauhi dadah oleh guru-guru dan murid-murid diketuai oleh Cikgu Shaouqhi b Abd Manaf. Ahir sekali ialah gimik   bencikan dadah dengan memecahkan semua belon oleh   guru- guru.


Pemenang mewarna poster
 'KAMI BENCI DADAH'



                                   Bacaan ikrar 'JAUHI DADAH '
                                   oleh semua guru dan murid


Gimik 'memecahkan belon '
KAMI BENCI PENYALAHGUNAAN DADAH
                                   DADAH PEROSAK BANGSA DAN NEGARA
                                          HIDUP   BAHAGIA TANPA DADAH

WAKIL DARI SKHHD KE MSSM DLM ACARA LOMPAT TINGGI PEREMPUAN KELAS 4

Rosnajihah bt Ruslin dari kelas 6 G SKHHD telah dinobatkan sebagai naib johan di dalam acara lompat tinggi perempuan kelas 4 ( MSSKke 53 ) baru-baru ini di Stadium Darul Aman,Alor Setar.Beliau akan terus mara sebagai wakil negeri ke MSSM tidak lama lagi.Tahniah.SKHHD sangat berbangga dengan kejayaan ini.Semoga terus sukses!!



Rusnajihah menerima pujian dan kata-kata
perangsang dari Puan Guru Besar

Kegembiraan terserlah di wajah murid dan guru.
Tahniah.Terus mara  untuk kejayaan yang seterusnya.

Friday 20 April 2012

JOHAN AZAN TAHAP 2

Kemiskinan bukanlah batu penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Itulah semangat yang telah ditunjukkan oleh Tengku mohd Faris,penghuni Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Rotan ,Guar Chempedak.Beliau yang juga murid Tahun 5 sekolah ini telah  menjadi johan pertandingan azan  Tahap 2 di dalam Majlis Kokurikulum SPI,KAFA Peringkat Zon Kedah Tengah baru-baru ini.Pada 10 Mei depan,Tengku Mohd Faris akan mewakili Zon ke peringkat negeri Kedah yang akan diadakan di SK Pendang.Tahniah,sama-samalah kita doakan untuk kejayaann beliau yang seterusnya.



Tengku Mohd Faris di samping piala
yang dimenangidan Puan Guru Besar yang amat berbangga di atas kejayaannya.

Beliau memperdengarkan azannya
sekali lagi kepada semua rakan-rakan
dan guru-guru  sekolah

KEJOHANAN PERMAINAN -PERMAINAN BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH THN 2012

Pasukan bola baling perempuan, PKG Yan yang diwakili oleh SKHHD,SK Dulang dan SK Yan Kecil telah berganding bahu di dalam menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat KMY yang telah diadakan pada 1 dan 2 April yang lalu.Alhamdulillah,setelah berpenat lelah mengharungi pertandingan yang sengit,mereka akhirnya telah berjaya mendapat tempat ketiga ( bwh 12 thn ).Tahniah kepada semua peserta pertandingan dan para jurulatih yang telah memberikan komitmen yang tinggi.


Para peserta PKG Yan sedang menerima ucapan tahniah
dan medal dari Puan Hjh Salmah,,Penolong PPD  KMY
bahagian Hal Ehwal Pelajar

Berbangga dengan medal masing-masing
di samping jurulatih

Sebelum bersurai,cikgu belanja
makan ayam Kentucky di  KFC,Gurun

Ni sijil peringkat KMY tau,mahal tu...
simpan elok-elok naa...
Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SKHHD terus mara
ke peringkat KMY pada awal bulan April yang lalu.Mereka juga
mendapat tempat ketiga,Tahniah!!!
(Kelihatan para peserta pertandingan bergambar dengan
salah seorang dari  jurulatih mereka,Ustaz Mohd Aridi )


Pasukan bola jaring bawah 12 tahun SKHHD juga
telah mara ke pertandingan  peringkat KMY yang
 diadakan di Sungai Petani awal April yang lalu.
Mereka juga berjaya mendapat tempat ketiga.Tahniah!!!

Ini ialah pasukan sepak takraw SKHHD yang
telah mewakili PKG Yan ke pertandingan peringkat KMY.
Mereka juga mendapat tempat ketiga.Tahniah!!!
( Kelihatan para peserta disamping salah seorang dari jurulatih mereka,Ustaz Mohd Sofi )
APA PUN,TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.INSYAALLAH TAHUN
 HADAPAN KITA AMBIL TEMPAT PERTAMA PULA.SELAMAT BERUSAHA DARI SEKARANG...