DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Tuesday 28 August 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN MUNAJAT DAN RESTU IBU BAPA UNTUK CALON UPSR 2012

Suatu majlis bacaan Yassin Munajat dan Restu Ibu Bapa telah diadakan di dewan SKHHD pada hari Isnin,28 Ogos bermula jam 7 hingga 11.30 malam. Ini adalah salah satu dari acara tahunan yang menjadi tradisi sekolah ini sebagai langkah terakhir menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung mulai 11 hingga 13 September yang akan datang.

Suasana syahdu meyelubungi majlis dengan dimulai dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh mantan Pengetua SMKA Yan,Kedah Tuan Haji Ramli bin Haji Shafei yang juga merupakan Khalifah bacaan Yassin Munajat pada malam ini.Ini diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Yassin Munajat selama 1 jam 22 minit,solat Isyaa' berjemaah dan majlis restu waris.Adalah diharapkan semoga majlis seumpama ini dapat menyuntik semangat dan iltizam yang tinggi di kalangan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti.

Makan malam disediakan untuk semua
yang hadir di dalam majlis ini
Para waris hadir seawal jam 6 petang
dan menikmati hidangan
Kemudian Solat Maghrib berjemaah
dan solat Hajat
Diikuti dengan majlis bacaan Yassin Munajat
solat Isyaa'
Calon-calon UPSR bersama waris masing-masing

Kaifiat solat Hajat,Bacaan Yassin Munajat dan
Restu Waris disampaikan oleh Tuan Hj Ramli
Majlis Restu Waris di mana anak akan duduk
 mengadap ibu bapa diiringi dengan
 bacaan ayat Al Quran yang dipimpin oleh Khalifah
Di dalam majlis Restu Waris yang syahdu ini,
ramai yang tidak dapat menahan
air mata  kesedihan dan keinsafan  
Ibu/bapa akan mengusap kepala anak sambil berdoa
dan membaca ayat-ayat suci yang dipimpin oleh Khalifah
Duhai ayahku ,Duhai ibuku ,maafkan aku jika selama
ini daku terlalai,daku berjanji
akan menjadi anak yang taat
dan belajar bersungguh-sungguh untuk
membawa pulang kejayaan
 sebagai hadiah di atas segala pengorbananmu untukku
Ayah sayang kamu,Adam .Belajarlah
 bersungguh-sungguh ya,nak.

PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG AYAH IBU TIADA BATASNYA.
OLEH ITU BALASLAH JASA MEREKA DENGAN BELAJAR
BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBAWA PULANG KEJAYAAN
YANG DAPAT MEMBANGGAKAN MEREKA...
YA ALLAH,AMPUNKANLAH KEDUA IBU BAPAKU,
MASUKKANLAH MEREKA KE DALAM SYURGA FIRDAUSMU
 YA ALLAH...

Sunday 26 August 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH




Majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah diadakan pada hari ini,Ahad 26 Ogos.Semua murid hadir ke sekolah dengan berpakaian Hari Raya penuh warna warni.Mereka membawa kuih muih untuk dihidangkan di kelas masing-masing pada waktu rehat.Selepas waktu rehat,mereka kembali belajar seperti biasa

 Semua murid menghadiri perhimpunan pagi
 untuk acara menaikkan bendera

Lagu Negaraku,Lagu Negeri Kedah dan
 Lagu Sekolah dinyanyikan beramai-ramai
dengan penuh bersemangat

Masing-masing berpakaian lawa hari ini


 5 orang murid 6 S yang berpakaian paling lawa
dengan gaya masing-masing


Dah kenyang makan,mereka bergambar pula...

Monday 6 August 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PERINGKAT NEG.KEDAH DAN PEMBERIAN INSENTIF




Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 24,25 dan 26 Julai yang lalu .Seramai 149 calon UPSR 2012 di sekolah ini telah menduduki peperiksaan  tersebut .Seramai 20 orang murid telah memperolehi 5A manakala 22 orang mendapat 4A 1B.Peratus lulus ialah 79.9 dengan GPs 2.09. Puan Guru Besar menggesa agar semua pihak:guru-guru  dan murid-murid agar berusaha lebih bersungguh-sungguh mengisi masa yang berbaki ini dengan sebaik-baiknya agar  keputusan akan lebih baik akan dapat dicapai.

Sehubungan itu , suatu insentif berupa sedikit  wang tunai telah disampaikan kepada calon-calon terpilih  yang berjaya di dalam peperiksaan tersebut.

Sebahagian dari 20 orang murid
yang berjaya memperolehi  5A dengan hadiah
 masing-masing

Murid-murid perempuan  dari kelas 6G ( kelas ke 3 )
yang lulus di dalam semua mata pelajaran
 tidak ketinggalan menerima hadiah

Ini adalah murid-murid lelaki dari kelas 6G

Murid dari kelas 6S ini adalah sebahagian dari
 mereka yang mendapat  4A 1B


Majlis penyampaian insentif  yang diadakan
di Perhimpunan Induk hari Ahad yang lalu.


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.USAHA LAGI UNTUK
 MENCAPAI KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK UNTUK PEPERIKSAAN UPSR YANG SEBENAR NANTI...

Thursday 2 August 2012

MORE ON LEARN A WORD AND A SENTENCE A DAY

'Learn A Word And A Sentence A Day' is a continuous activity of the English Panel in our school. The aim if this project is to improve pupils, vocabulary and sentence building.This activity encourages pupils to read more English materials especially the school library. 


These are some of our diligent pupils
for this project

The Year 6 pupils with their  activity books

Mr Lim is writing the word and  a sentence for today

Pupils activity books