DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 29 July 2012

PROGRAM IHYA RAMADHAN TAHUN 2012 / 1433 H

Program  IHYA RAMADHAN atau Menghidupkan Ramadhan tahun 1433 H telah  bermula.Tujuan program ini diadakan ialah untuk menyemarakkan bulan suci ini di samping mendedahkan kepada  para pelajar tentang kelebihan-kelebihan yang telah ditetapkan oleh ALLAH terhadap setiap amalan atau ibadah yang dikerjakan.Berbagai aktiviti keagamaan telah siap dirancang untuk dijalankan di sepanjang bulan ini.Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

1 Tadarrus membaca Al -Quran

Ia telah dimulakan seawal masuk bulan Ramadhan dan Alhamdulillah, merek telah  khatam Al Quran  pada 26 Julai yang lalu iaitu dalam masa 5 hari.Seramai 32 orang murid terlibat di dalam program ini terdiri dari murid-murid tahun 5 yang elok bacaan mereka.

2.Tilawah membaca Al Quran

Telah dilaksanakan pada hari Rabu 1 Ogos.Seramai 6 murid perempuan dan seorang murid lelaki mengambil bahagian di dalam acara ini.

3.Azan untuk murid lelaki

4. Nasyid berkumpulan

5.Pertandingan menulis jawi - diadakan sebanyak 2 kali seminggu  iaitu setiap  hari Isnin dan Rabu
Ihya Ramadhan
6.Pelancaran Program Ihya Ramadhan dan Tabung pada 26 Julai
7. Tazkirah Ramadhan diadakan pada setiap pagi hari Selasa di perhimpunan pagi.


Ustaz Aridi selaku Pengerusi Program Ihya Ramadhan
sedang memberi taklimat mengenai program

Pelancaran program telah disempurnakan
oleh Puan Guru Besar
Murid-murid sedang menderma
untuk Tabung Ihya Ramadhan yang akan
 digunakan sebagai dana bagi program ini

Para guru juga turut menderma


Majlis Tadarrus Al Quran sedang berlangsung

Murid-murid dari Tahun 5 sahaja yang terlibat
 di dalam Tadarrus Al Quran ini

Cikgu Ramli sedang menyampaikan Tazkirah Ramadhan

 Majlis Khatam Al Quran setelah para 
peserta selesai bertadarrus dalam masa 
lebih kurang seminggu


 di antara para peserta perempuan
yang menyertai acara pertandingan 
Nasyid berkumpulan


 Peserta lelaki juga tidak mahu ketinggalan
menunjukkan bakat masing-masing


Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang

Para penonton pun kelihatan begitu
 bersemangat sekali

 Penyampaian duit raya kepada semua murid
Seorang satu ringgit sahaja.Cukuplah tu.
Nak lagi,kena pi beraya kat rumah cikgu




  Selamat Hari Raya ,Cikgu.Maaf zahir dan batin




Monday 23 July 2012

PERKEMBANGAN PENGAKAP SKHHD


Suatu Jambori Pengakap  Negeri Kedah kali ketiga telah diadakan di Kem Sri Jengking,Pusat Ko kurikulim MRSM Kulim  Kedah telah diadakan pada 11 hingga 14 Julai yang lalu.
 Pasukan pengakap SKHHD telah turut serta mewakili Kontinjen Yan untuk  mengambil bahagian di dalam jambori ini.Beberapa siri pertandingan telah diadakan bersempena jambori ini  di antaranya ialah peraduan mencipta hasil kraftangan dari manik,mewarna,gajet dan lain-lain.
Pasukah SKHHD telah muncul naib juara di mana mereka telah memenangi 5 pingat emas,3 perak dan 1 gangsa.Sementara itu 6 orang di kalangan mereka ini telah mendapat sijil emas

Sijil penyertaan jambori pengakap

Pasukan pengakap SKHHD di hadapan
khemah mereka di samping guru,Puan Noridah

Pasukan pengakap sedang membuat gajet

Pertandingan mencipta hasil kraftangan
dari manik di mana peserta SKHHD
 telah mencipta pokok bunga dan
menjadi juara

Pengadil sedang menilai para peserta yang
 mengambil bahagian

Pertandingan mewarna.Di dalam acara ini SKHHD
menyapu bersih kesemua hadiah

Kesemua piala yang dimenangi oleh
peserta dari SKHHD

Inilah jambangan bunga yang telah dihasilkan
oleh peserta dari SKHHD.Cantiknya...

Guru Besar sedang menyampaikan
hadiah kepada para peserta

Mohd Aiman dari kelas 5K telah turut
terlibat di dalam jambori ini

Puan Noridah sedang menyampaikan
 maklumat berkenaan jambori yang
telah pasukan pengakap
 SKHHD sertai.


TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.
TERUSKAN LAGI USAHA ANDA DI DALAM MENAIKKAN NAMA SEKOLAH KITA.



MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN PROGRAM NILAM 2012

Program NILAM atau NADI ILMU AMALAN MEMBACA adalah projek Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berjalan sejak lebih sedekad yang lalu. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memupuk sikap minat membaca di kalangan murid-murid.Program ini juga adalah di antara fokus utama bagi setiap sekolah di Malaysia.
Justeru pihak sekolah ini sentiasa mengambil berat  terhadap pengisian program ini dari semasa ke semasa.Banyak aktiviti yang dijalankan demi meningkatkan minat membaca di kalangan murid.Pihak Pusat Sumber Sekolah telah membelanjakan sejumlah besar wang yang dibekalkan oleh pihak kementerian untuk membeli buku-buku bacaan tambahan untuk murid-murid di semua peringkat agar semua murid berpeluang membaca dengan selesa.

Pada hari Ahad , 22 Julai yang lepas, suatu anugerah pencapaian NILAM telah diadakan di majlis  perhimpunan  sekolah.Murid-murid yang terbanyak membaca telah dipilih untuk menerima hadiah masing-masing.Diharap murid-murid yang lain menjadikan ini sebagai contoh untuk lebih giat membaca dan merekodkan di dalam buku aktiviti NILAM yang d isediakan.


Nur Nadia Husna bt Mohd Daud telah memenangi
 Program NILAM dengan bacaan buku sebanyak 197 buah
 setakat bulan Julai ini.
Nur Nabila Saffa  juga muncul
 sebagai pemenang
Kelihatan 6 dari 14 orang  murid yang
memenangi program ini
Hadiah peningkatan Program LINUS dimenangi
 olehMohd Syabil Haikal  Marzuki dari
kelas 2A

MAJLIS PELANCARAN KEMERDEKAAN 2012 PERINGKAT SEKOLAH


Majlis Pelancaran Sambutan Hari  Kemerdekaan tahun ini telah dilancarkan pada pagi hari Ahad 22 Julai yang lalu di tapak perhimpunan sekolah.Antara aturcara majlis ialah bacaan doa,nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik,gimik hari pelancaran iaitu upacara penyerahan Jalur Gemilang,pantun merdeka dan sajak kemerdekaan. 

Tujuan majlis ini diadakan di antaranya ialah untuk memperingati detik-detik  bersejarah negara mencapai kemerdekaan  dan melahirkan  rasa syukut di atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati bersama.Selain itu,tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memupuk sifat patriotik di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan serta menghargai para pejuang yang telah bersusah payah memerdekakan negara kita dari tangan penjajah.   


Majlis dimulai dengan bacaan doa dipimpin
 oleh Ustaz Mohd Nazer

Puan Guru Besar menyampaikan ucapan
hari kemerdekaan dan merasmikan pelancaran

Pengawas sekolah tampil untuk upacara
 penyerahan Jalur Gemilang
Jalur Gemilang diserahkan kepada Guru Besar
sebagai gimik hari kemerdekaan
Nyanyian lagu-lagu patriotik selepas
lagu Negaraku.
Murid-murid dan para guru sama menyanyi
dengan penuh bersemangat.Sambil  itu Jalur Gemlang
 dikibarkan

Upacara menaikkan Jalur Gemilang

HIDUP MALAYSIA!!

BERSAMA KITA HARGAI DAN MENGISI KEMERDEKAAN
 YANG TIDAK TERNILAI INI !!

............. SEMUANYA ADALAH KERANAMU MALAYSIA...

Thursday 12 July 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Acara senamrobik serentak 1 MURID 1 SUKAN  1 MALAYSIA telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Kompleks Sekolah Wawasan  USJ 15 di Putrajaya pada hari Selasa 10 Julai yang lalu bermula jam 8 pagi.Acara ini berlangsung serentak di semua sekolah di seluruh negara membabitkan seramai 3.6 juta   pelajar di 10 000 sekolah rendah dan menengah.
Acara senamrobik ini adalah bersempena  Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kesinambungan larian 1 M 1 S 1M yang telah dilancarkan di negeri Perak tahun lalu.

Sehubungan itu, semua warga SKHHD turut tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam acara ini.Seawal jam 8 pagi,semua mereka  berkumpul di dewan sekolah untuk acara pendaftaran,bacaan doa , pelancaran oleh Puan Guru Besar dan seterusnya acara senamrobik .


Pendaftaran murid-murid bagi setiap kelas
yang akan mengambil bahagian

Bacaan doa yang dipimpin oleh
Ustaz Aridi b Jaafar


Puan Guru Besar  sudah bersedia bagi
menyertai acara pada hari ini
Nyanyian lagu 1M 1S 1M oleh semua peserta
Gimik pelancaran-acara memecahkan
belon menandakan senamrobik akan dimulakan sebentar lagi
Acara senamrobik bermula diketuai oleh oleh
Cikgu Noridah dari SKHHD
Bersemangat cikgu-cikgu ni...
dpa ni selalu dok pi senamrobik
Murid-murid pun jadi lebih bersemangat nampaknya

Elok-elok,jangan langgar cikgu lak...
Murid-murid perempuan pun tidak ketinggalan
Bersenamrobik selalu boleh kuruskan badan,
 Cikgu Faezah...
Acara senamrobik diteruskan lagi
hingga jam 10.15 pagi


TAHNIAH KEPADA SEMUA KERANA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN ACARA PADA HARI INI DENGAN JAYANYA .TERIMA KASIH...

HIDUP 1 S 1M 1 M  !!!