DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 17 March 2013

PROJEK MENTOR MANTEE UNTUK KEMANTAPAN CALON UPSR 2013

Projek mentor mantee ini ialah program tahunan sekolah bagi membantu memantapkan lagi prestasi calon-calon UPSR di sekolah ini.Calon UPSR pada tahun ini meningkat kepada seramai 167 orang kesemuanya.

Guru adalah mentor manakala murid-murid yang dipilih untuk berada di bawah kawalannya disebut sebagai mantee.

Mentor bertanggungjawab memastikan mantee berada didalam keadaan yang memuaskan bagi membolehkan mereka dapat belajar dan mengikuti semua program sekolah dengan baik.Sebarang permasalahan mengenai pelajaran atau sebagainya bolehlah dirujuk kepada mentor masing-masing.Setiap orang guru yang seramai lebih dari 60 orang di sekolah ini diberi paling ramai 5  mantee seorang . Diharap program ini akan berjalan dengan baik dan berkesan demi kemajuan sekolah ini

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar pada 17 Mac di majlis perhimpunan sekolah.

Puan Zuraina di samping 5 orang
murid yang menjadi manteenya

Puan Anisah di samping 5 orang manteenya

Puan Rohani dengan 5 orang
mantee perempuan

PELANCARAN SEKOLAH PENYAYANG THN 2013

Pelancaran Sekolah Penyayang di mana'  Guru Sayang Murid dan Murid didahulukan,Pencapaian Murid Diutamakan, telah diadakan pada 17 Mac 2013.Bertujuan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang menimba ilmu dan keluarga bahagia yang besar adalah di antara matlamat program ini diadakan.

Semoga kesemua murid dapat hadzir ke sekolah di dalam keadaan yang ceria dan bersedia untuk menimba ilmu yang dapat memberi sepenuh menafaat demi kejayaan masa hadapan bangsa dan negara.




Pelancaran Sekolah Penyayang

AKTIVITI UNIT SPBT SEKOLAH


Unit SPBT SKHHD sangat aktif  di dalam memastikan semua murid mendapat kemudahan buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Murid-murid juga digesa membaca buku yang dibekalkan kepada mereka dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran.

Pada 17 Mac,di majlis perhimpunan sekolah seorang murid pemulihan, Ku Firdaus b Ku Nazim yang telah kembali ke kelas biasa ( Kelas 6A ) telah  dipersilakan tampil ke pentas bagi membaca petikan dari buku teks.

Begitu lancar sekali beliau membaca sama seperti murid-murid biasa yang lain.Guru Besar telah mengingatkan kepada semua murid agar rajin membaca kerana orang yang banyak membaca adalah orang yang bijak dan tajam akal fikirannya.




Begitu lancar sekali pembacaannya.
Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan
Hadiah disampaikan sebagai motivasi diri
 

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT PKG TAHUN 2013

Suatu karnival Pendidikan Islam telah diadakan di SK Bukit Besar pada 16 Mac yang lalu melibatkan sekolah-sekolah dari PKG Yan dan PKG Sungai Limau.SKHHD tidak ketinggalan telah menghantar wakil-wakilnya dari kumpulan Nasyid,Tilawah Al Quran,Bercerita mengenai Sirah Nabi dan lain-lain.

Di dalam karnival ini kumpulan Nasyid SKHHD telah berjaya menjadi naib juara dan layak untuk menyertai pertandingan yang seterusnya di peringkat KMY yang akan diadakan pada 6 April nanti.

Sementara itu Adik Ilham Sajida telah mendapat tempat ketiga Tilawah Al Quran.Di dalam acara-acara lain wakil-wakil dari SKHHD hanya layak mendapat sijil penyertaan.Walau bagaimanapun,tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih yang telah menunjukkan kesungguhan di dalam menyertai karnival ini.

Kumpulan Nasyid SKHHD mendapat tempat kedua
 dan wang tunai RM 30 seorang

Adik Ilham Sajida di samping wang tunai dan sijil



Wednesday 13 March 2013

MAJLIS PELANCARAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Majlis ini yang menjadi acara tahunan sekolah telah disempurnakan pada 10 Mac yang lalu di perhimpunan mingguan sekolah oleh Puan Guru Besar SKHHD.Murid-murid diingatkan tentang bahaya merokok yang boleh membawa mereka ke kancah penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh negara.

Matlamat negara iaitu dadah sifar 2015 akan menjadi kenyataan jika semua pihak berganding bahu dan bekerjasama di dalam membenteras penyalahgunaan dadah.Ingatlah jenerasi muda sekalian,hidup kita akan lebih bermakna tanpa dadah

Guru-guru sedang memegang pelekat
 hidup bahagia tanpa dadah.

Gimik pelancaran turut diadakan
 iaitu membakar rokok


Encik Shaouqhi sedang membacakan perutusan
oleh Ketua Pengerah Pelajaran Malaysia mengenai
bahayanya dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah


JAUHI DADAH

DADAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA

MAJLIS PERSARAAN SEORANG LAGI GURU KESAYANGAN SKHHD

Pada awal bulan Mac yang lalu,berlaku satu lagi peristiwa yang sangat menyedihkan kami  semua warga SKHHD di mana seorang lagi guru kesayangan yang gigih dan bersemangat di dalam bidang perguruan iaitu Puan Hjh Hindon bt Arshad telah bersara.Beliau telah mengajar di sekolah ini lebih kurang 15 tahun lamanya.Meski pun pahit ,apa boleh buat kami terpaksa melepaskan beliau dengan redha.Semua Cikgu Hindon akan melalui zaman persaraannya dengan aman dan bahagia  di samping suami dan keluarga yang tercinta.


Puan Hindon sedang menyampaikan ucapan di dalam
suatu majlis yang diadakan khas untuk meraikannya.

Hadiah-hadiah disampaikan sebagai  kenangan
dan terima kasih kepada Puan Hindon
 Puan Hindon adalah jurulatih pasukan
 bola jaring sekolah dan guru Thn 1 yang cemerlang
Kesedihan di wajah murid-murid yang
akan ditinggalkan oleh Puan Hindon

PENCAPAIAN PASUKAN BOLA SEPAK SKHHD THN 2013

Pasukan bola sepak SKHHD telah sekali lagi mencatat kecemerlangan mereka apabila telah berjaya  menjadi johan PKG Yan  pada pertandingan bola sepak yang baru lalu.

Pada 18,19 dan 20 Mac ini mereka akan mara ke pertandingan daerah KMY pula dan buat masa ini mereka sedang giat berlatih dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kumpulan bola sepak dari daerah lain.


Di samping menjadi johan PKG mereka juga telah mendapat tempat ke 6 dan ke 7 di dalam kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri P.Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran P.Pinang.Di samping wng RM 200 untuk satu pasukan semua peserta  di atas telah mendapat sijil penghargaan .
Tahniah kepada semua peserta dan para juru latih sekelian.Semoga terus mencatat kejayaan di masa yang akan datang.


PENCAPAIAN PASUKAN SKHHD DI KEJOHANAN OLAHRAGA PKG YAN

Pasukan olahraga juga tidak kurang hebatnya di mana mereka telah   juara   memenangi 6 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa.


Pingat-pingat  emas telah dimenangi oleh Siti Nuratikah di dalam acara lontar peluru kelas 5,Mohd Zulhelmi di dalam acara lompat tinggi kelas 4  ,Siti Nur di dalam acara lontar peluru kelas 4,Nur Hana di dalam acara 200 m kelas 4,Farah di dalam acara 100m kelas dan Mustakim bagi acara lompat tinggi lelaki kelas 5.

Sementara bagi pingat perak pula dimenangi oleh Mustakim di dalam acara 200m kelas 4,Mohd Hazim lompat jauh kelas 4,dan Siti Hajar lontar peluru kelas 4

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Zulfahmi Amir di dalam acara lompat tinggi kelas 5.


Seterusnya pada 16 Mac,bertempat di SMK Tunku Ismail Sg Petani,pertandingan olahraga peringkat daerah telah diadakan di mana PKG Yan telah memenangi 1 emas,1 perak dan 3 gangsa. 
Tahniah sekali lagi.Cuba lagi tahun hadapan.

3 pingat gangsa yang dimenangi oleh peserta ke KMY dari SKHHD
di dalam acara lompat tinggi,lontar peluru dan lari 4 x 100meter

Siti Nur telah mendapat tempat ketiga lontar peluru
kelas 4 perempuan di dalam kejohanan tersebut


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN JURULATIH.!!




Tuesday 5 March 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM pada tahun ini telah diadakan pada hari Ahad 3 Mac yang lalu di perhimpunan mingguan sekolah.Tujuan program ini dilancarkan ialah untuk mengumumkan bahawa program ini adalah penting dan akan tetap dilaksanakan di peringkat sekolah yang melibatkan semua murid di sepanjang tahun.Program ini adalah agenda Kementerian Pelajaran bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

 'Membaca Menambah Minda ' dan Orang Yang Bijak ialah Yang Banyak Membaca ' adalah di antara slogan yang harus menjadi panduan di kalangan murid agar sentiasa ingin membaca bagi menambah ilmu pengetahuan dan kematangan berfikir.


Puan Guru Besar sedang melancarkan
 Program Nilam

Adik Irdina Junaidi dari Thn 2 Cerdik sedang
 bercerita kisah haiwan teladan


Teks pelancaran Nilam