DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday 21 February 2013

PENCAPAIAN PASUKAN BOLA JARING SKHHD TAHUN 2013

 Pertandingan Bola Jaring peringkat PKG Yan tahun 2013  telah diadakan di padang SKHHD pada hari Rabu dan Khamis  jam 2.00 hingga 6.00 petang.Sekali lagi pasukan bola jaring SKHHD telah menjadi juara bagi pertandingan ini dan bakal mewakili PKG ke peringkat KM/Y pada hari Khamis ini, 7 Mac,2013 di SMK Sg Pasir,Sg Petani. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing yang telah bertungkus lumus bagi membuahkan kejayaan ini.

Semoga pasukan yang bakal mewakili PKG ini akan meraih kejayaan yang memberangsangkan.Insyaallah,sama-samalah kita doakan.


Pasukan bola jaring SKHHD

 

Puan Lim Geik Yan sedang menyampaikan
 hadiah kepada para pemenang

Antara peserta sekolah lain  yang
 menyertai kejohanan ini

Semua peserta dan jurulatih berpuas hati dengan
kemenangan dan pingat yang dimenangi

USAHA LAGI UNTUK KEJOHANAN YANG
SETERUSNYA DI PRKT KMY PULA....


Ni pula berita yang seterusnya.Pasukan bola jaring SKHHD ini telah mara ke SMK Sungai Pasir untuk bertanding di peringkat Daerah dan Alhamdulullah mereka telah menjadi naib johan Pertandingan Bola Jaring Peringkat KMY tahun 2013.Tahniah kepada semua pemain,jurulatih dan semua warga SKHHD.
Dua orang peserta dari pasukan ini  telah terpilih untuk ke kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.Mereka ialah Athira Raisa dan Dang Sabrina dari kelas 6 Cerdik.Semoga berjaya seterusnya .Insyaallah.
Mereka berpuas hati dengan sijil dan pingat.
Bersama mereka ialah 
Puan Sakinan,jurulatih pasukan

Baru selesai diumumkan sebagai naib johan.
Kelihatan jurulatih dan guru pengiring,
Puan Naimah Ghazali

Hadiah disampaikan oleh wakil PPD KMY

Wednesday 20 February 2013

PROGRAM KEPIMPINAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN DIRI PENGAWAS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ' TANGGUNGJAWAB DIPIKUL,KARISMA DITONJOL '



Unit Pengawas Sekolah memainkan peranan penting di dalam memastikan perjalanan sekolah berada di dalam situasi yang selesa dan selamat. Mereka  ini adalah kumpulan 'polis ' kecil yang menjadi pembantu guru-guru dan pihak pentadbir sekolah untuk mengawal disiplin murid-murid agar berada di dalam keadaan yang terkawal.

Justeru itu, bagi memantapkan diri dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman agar tabah menghadapi segala cabaran di dalam menjalankan tugas harian  mereka, pihak sekolah telah mengambil inisiatif  mengadakan suatu Program Kepimpinan dan Pemantapan Disiplin Diri untuk Unit Pengawas dan Kumpulan Rakan Sebaya  .

Program tersebut telah diadakan di Pusat Ko kurikulum Daerah Kuala Muda Yan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Februari yang lalu.Berbagai aturcara telah diadakan sebagai pengisian program di antaranya ialah Ceramah Agama dan Motivasi, Flying Fox, Latihan Kecergasan Diri, Ceramah Kepimpinan ,Larian Berhalangan, Kembara Malam,Explorace ,Gubahan Bunga dan lain-lain.

Kesemua peserta program telah melahirkan rasa puas hati kerana dapat menyertai program yang telah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk lebih bersikap gigih dan  positif di masa-masa yang akan datang.Tahniah diucapkan kepada Unit Pengawas Sekolah,Unit Kaunseling ,pihak pentadbiran sekolah dan semua tenaga pengajar yang diimport khas dari Pusat Kokurikulum KMY  kerana telah dapat  melaksanakan program ini dengan jayanya..


Laluan berhalangan  untuk menguji 
ketabahan dan keyakinan diri


Latihan kecergasan badan






Para peserta dibimbing oleh para
 jurulatih dari Pusat kokurikulum KM/Y


Ini pula latihan rawatan kecemasan

Belajar cara-cara mendirikan khemah pun ada

Seronoknya naik flying fox

Tinggi tu,tak gayat ke ?

Jurulatih yang sedia membantu


Mereka sempat belajar membuat sarung
 cempedak dari seorang  Makcik yang murah hati

Dah tamat kem selama 3 hari,terima sijil pula

Akhir sekali ,bergambar kenangan dengan para
 jurulatih dan guru-guru pembimbing.Terima kasih atas
 bimbingan semua.Jumpa lagi.

Sunday 3 February 2013

SICILIK JUARA TENNIS

Pertandingan tennis sek2 rendah peringkat KM/Y telah berlangsung pada 17 hingga 19 Januari yang lalu.SKHHD merasa sangat berbangga apabila Harith Muhammad bin Hazry ,murid thn 4 Cerdik, yang turut menyertai pertandingan ini telah muncul sebagai juara individu prgkt KM/Y .

Seterusnya beliau telah mara ke peringkat negeri pada 1 dan 2 Februari yang lalu dan berjaya mendapat tempat ketiga Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan,semoga terus mara untuk kejayaan yang lebih baik lagi di masa yang akan datang.

Harith Muhammad berbangga dengan pingat
 dan sijil-sijil di samping Puan Guru Besar
yang sentiasa memberi peransang demi
kejayaan murid-murid

Harith mempunyai masa depan
yang cerah di bidang sukan tennis

Pingat emas peringkat KM/Y dan pingat gangsa
 prgkt Negeri Kedah yang dimenangi  oleh Harith

INI PULA JUARA GOLF PRGKT KM/Y

Selain tennis,permainan golf prgkt sek ren juga diadakan oleh PPD KM/Y untuk mencungkil bakat murid-murid di bidang sukan yang popular ini.SKHHD sekali lagi berbangga kerana salah seorang muridnya ,Fakhrul Nazmi b Nasarudin telah berjaya ke peringkat KM/Y di dalam permainan ini.

Walau pun berjaya mendapat sijil penyertaan,beliau menyimpan azam untuk berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi juara pada suatu hari nanti kerana beliau amat meminati permainan golf




Fakhrul Nazmi dengan
sijil penyertaannya.



MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH DAN NEGARA

ENGLISH PANEL PROJECT 2013 - LEARN A WORD AND A SENTENCE A DAY


Panitia Bahasa Inggeris Sek Keb Hj Hussin Dol meneruskan projek 'Learn A Word And A Sentence A Day' pada tahun ini.Projek ini didapati sangat berguna di dalam menambah perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan meningkatkan kemahiran bertata bahasa  di kalangan murid.

Pada tahun ini diadakan peningkatan dari segi pelaksanaannya iaitu pada setiap hari Isnin seorang murid akan dipilih untuk mengendalikan 'English On Air'.Di sebelah pagi sebelum p/p bermula, murid tersebut akan menyebut perkataan dan membaca ayat berdasarkan perkataan tersebut untuk didengar oleh semua murid yang sedang berada di dalam kelas masing-masing.
Diharap aktiviti ini akan lebih memantapkan lagi sebutan yang betul di kalangan murid-murid .


Pelancaran projek 'Learn A Word
And A Sentence A Day'

Puan Zuraina sedang memberi penerangan
 mengenai projek tersebut kepada guru-guru dan murid-murid

Ucapan  perasmian projek oleh Puan Guru Besar

Gimik pelancaran-acara memecahkan belon


Mohd Afiq b Osman sedang membaca puisi
Bhs Inggeris bertajuk 'Learning English
Is Fun '
'Mascot' hari pelancaran : Izzatul Naurah dan
 Hani Maisarah dari kelas 4K
Guru-guru Bhs Inggeris yang
merupakan AJK projek ini


'ENGLISH IS KEY TO KNOWLEDGE'