DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday, 23 June 2011

KECEMERLANGAN UPSR SKHHD TAHUN 2010

SKHHD telah dianugerahkan Pencapaian Terbaik UPSR tahun 2010 daerah  Kuala Muda / Yan bagi kategori luar bandar. Anugerah tersebut telah diadakan di dalam Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah KM/Y tahun 2011 sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah pada 16 Jun yang lalu di Dewan SMK Sungai Pasir.Pencapaian terbaik kategori bandar pula telah dianugerahkan kepada SK Father Barre's Convent dan SK Ibrahim,Sungai Petani.

Seramai 148 orang calon SKHHD  telah menduduki UPSR tahun 2010 dengan 26 orang telah mendapat 5A dan 21 orang telah mendapat 4A 1B   Peratus keseluruhan mata pelajaran ialah sebanyak 86.4 % dengan gred purata ( GP ) ialah 1.90. Keputusan bagi setiap mata pelajaran pula  adalah seperti  berikut :

1. Pemahaman Bhs Melayu : 98.6%
2. Penulisan Bhs Melayu 94.6 %
3. Bhs Inggeris 93.9 %
4. Mathematics 91.8 %
5. Science 91.8 %

Tahniah kepada semua warga SKHHD.Jadikan anugerah ini sebagai motivasi dan  inspirasi  untuk lebih cemerlang lagi di masa-masa yang akan datang.



Sijil Penghargaan

INSENTIF KECEMERLANGAN PRA UPSR 2011

UPSR tahun 2011 bakal menjelang .Hanya lebih kurang 80 hari lagi masa yang berbaki  untuk  murid-murid tahun 6 bertungkus lumus belajar dan   mengulangkaji pelajaran masing-masing.Seramai 158 calon akan menduduki peperiksaan UPSR pada  13 hingga 15 September nanti. Baru-baru ini telah diadakan suatu majlis penyampaian insentif kecemerlangan Pra UPSR kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan yang cemerlang bagi 3 bulan berturut-turut iaitu Mac,April dan Mei ( Ujian Pertengahan Tahun ).Insentif berupa sedikit wang tunai mengikut tahap pencapaian masing-masing iaitu yang mendapat 5A bagi setiap ujian bagi kelas 6K dan 6S,yang mendapat sekurang-kurangnya 3A bagi kelas 6S, lulus semua mata pelajaran bagi kelas 6G dan lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran bagi kelas 6A.Seramai 50 calon UPSR telah dipilih untuk menerima insentif tersebut. Didalam peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu, 100 atau 63.3 peratus dari 158 orang murid telah lulus di dalam semua mata pelajaran UPSR .12 orang telah mendapat keputusan 5A dan 10 orang telah mendapat 4A 1B. Manakala GP bagi keseluruhan mata pelajara pula n ialah 2.36


 Salah seorang murid   yang   menerima   insentif  kecemerlangan Pra UPSR, Anisah Hani dari kelas 6K
Ucapan tahniah dan pesanan untuk terus berjaya  dari Puan Guru Besar
Sebahagian dari 50 orang murid yang menerima insentif. Kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya.Tingkatkan usaha anda untuk kecemerlangan sekolah yang kita cintai ini.Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa cuba lagi.Ingatlah bahawa usaha itu tangga kejayaan.

Sunday, 19 June 2011

MAJLIS PENYERAHAN PLAT ' KEBENARAN KELUAR KELAS' YANG BARU

Keadaan kelas yang agak ramai kadangkala boleh menyebabkan beberapa masalah disiplin jika tidak dikawal dengan rapi.Masalah bising,berjalan di dalam kelas semasa ketiadaan guru dan ponteng kelas adalah perkara biasa bagi murid-murid nakal yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan.Bagi membendung masalah ini beberapa langkah untuk mengawal disiplin telah diambil oleh pihak pentadbiran SKHHD.
Di antaranya ialah penggunaan plat 'Kebenaran Keluar Kelas' bagi setiap murid yang hendak keluar kelas atas sebab-sebab yang dibenarkan.Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan keluar kelas pada satu satu masa.Plat-plat tersebut yang diperbuat daripada plastik mempunyai jangkahayat lebih kurang 3 tahun atau lebih sahaja.Memandangkan banyak plat yang rosak,pihak sekolah telah menempah plat-plat baru yang lebih menarik dan bewarna warni.Majlis penyerahan plat telah diadakan di Perhimpunan Mingguan pagi tadi.

Majlis penyerahan plat baru kepada guru-guru kelas  oleh Guru Besar
Puan Nursyuzila dan Puan Zakiah gembira dengan plat baru untuk kelas masing-masing
Murid-murid 6 K sedang  mencuba plat baru
Murid-murid 6 S pun tidak mahu ketinggalan

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2011



Kebersihan adalah asas keimanan.Sifat cintakan kebersihan haruslah dipupuk sejak seseorang itu masih kecil lagi.Kebersihan juga adalah asas kesihatan dan ia bermula dari rumah.Bayangkan jika suasana di dalam sesebuah kelas itu  bersih dan kemas, maka sudah tentu murid akan merasa lebih tenang dan selesa.Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih teratur dan berkesan  jika dibandingkan dengan kelas yang busuk,kotor dan bersepah dengan sampah sarap. Maka di atas kesedaran inilah  suatu pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas telah diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan murid-murid.Hadiah-hadiah yang menarik   disediakan oleh pihak sekolah kepada kelas-kelas yang menang.Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
Untuk peringkat pertama pertandingan,dua kelas telah diumumkan sebagai pemenang.


Tahap 1 dimenangi  oleh kelas 1S. Kelihatan Puan Guru Besar, Guru kelas ,Puan Hjh Hindon dan ketua darjah,Mohd Adam

Tahap 2 dimenangi oleh kelas 5S.Kelihatan ketua kelas,Syazwani Tolib bergambar dengan guru kelas,Puan Rosidah dan  Guru Besar

 
Dapat hadiah piala pusingan dan ayam goreng Kentucky,ala syoknya.......
Murid-murid 1 S sedang meraikan kemenangan dengan  menikmati ayam goreng 

Puan Hjh Hindon dan Puan Syuzila sedang melayani murid-murid 1S


Guru kelas 5S sedang melayani murid-muridnya makan

Kami bangga dengan kebersihan kelas kami dan akan mengekalkannya.

Guru-guru sedang sibuk  menghidang makanan

Piala    Pusingan   Johan   Kelas    Paling   bersih

Tahniah kepada kelas-kelas yang menang.Kepada yang kurang berjaya,usaha lagi jangan putus asa.

Saturday, 18 June 2011

KLINIK UPSR 2011 ANJURAN YAYASAN BANK RAKYAT , BANK RAKYAT CAWANGAN GURUN DAN BERITA HARIAN


Teknik menjawab soalan UPSR telah diadakan di Dewan Anggerik,Hotel Harvard Gurun,Kedah pada hari Sabtu 18 Jun ,2011 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Majlis ini telah dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Gurun,Kedah dan Berita Harian.Lebih 200 peserta dari  8 buah sekolah yang berdekatan telah terlibat dengan program ini.Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Ulu Sedaka,SK Sg Daun tengah,SK Hj Hussin Dol,SK Padang Lumat,SK Jeniang,SK Teroi,SK Nyak Gam dan SK Paya Mengkuang.Sebanyak 3 dari 4 mata pelajaran UPSR telah dibentangkan di dalam klinik sehari ini iaitu Sains,Bhs Inggeris dan Matematik



Pintu masuk Hotel Harvard Suasana
Seramai 25 orang murid dari SKHHD terpilih untuk menyertai program ini
Murid sedang  khusyuk mendengar ceramah
Antara peserta-peserta yang terlibat
Murid dibekalkan dengan sebuah fail, 3 buah buku kerja,kertas dan pensil

Teknik Menjawab Bahasa Inggeris oleh P. Rangit Singh dari Akhbar Didik,Berita Harian yang juga merupakan  guru dari SK Puchong,Selangor


Acara selingan untuk menghilangkan stress para peserta program
Antara para pegawai Bank Rakyat yang hadir  sepanjang program berlangsung

Friday, 17 June 2011

Majlis Bacaan Yassin Mingguan demi memohon Hidayah dan RahmatMu Ya Allah

Majlis Bacaan Yassin diadakan pada hari Khamis setiap minggu mulai jam 7.45 sehingga 8.15 pagi di tapak perhimpunan sekolah.Ia telah menjadi amalan warga beragama Islam SKHHD sejak tahun 2008 lagi.4 orang guru bertugas menjadi khalifah untuk majlis ini secara bergilir-gilir.Mereka terdiri dari Ustaz Mohd Sofi,Ustaz Aridi,Ustaz Nazer dan Cikgu Shaouqhi.


Ustaz Aridi memimpin bacaan Yassin

Doa Yassin dibacakan oleh Ustaz Mohd Sofi

Murid bersila penuh santun
Menadah tangan memohon doa
KepadaMu Allah kami memohon
Sejahteralah SKHHD untuk selama
nya

Thursday, 16 June 2011

SUKAN TAHUNAN SKHHD -ACARA AKHIR PADANG


Acara lompat tinggi.Haaa,lepaih...selamat!

lompat dah,berapa meter?

Acara lontar peluru

Cikgu Mazura dan Ustaz Aridi mengajar murid berbaris

Lontar elok-elok
3 acara akhir padang telah diadakan mulai jam 9.00  pagi hingga 10.45 pagi pada 16 Jun 2011 (Khamis ).Acara yang dipertandingkan ialah lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru.Selain dari itu latihan perbarisan juga telah diadakan.