DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Friday, 1 July 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKHHD - JUN 2011


     
  Pada hari Khamis,30 Jun 2011 jam 2.30 petang telah berlangsung temasya sukan tahunan SKHHD kali ke 19 bertempat di padang sekolah. Sukan yang diadakan secara dalaman itu sangat meriah walau pun sederhana.Berbagai acara telah diadakan seperti acara balapan 100m,200m, lari berganti-ganti 4 X 100m,4 X 200m untuk lelaki dan perempuan kelas 4 dan 5,acara sukaneka untuk murid tahap 1 serta acara bowling padang untuk waris lelaki dan wanita .Selain itu diadakan juga acara pertandingan perbarisan di antara rumah-rumah sukan. Majlis  perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ku Abdul Razak bin Ku Ismail,Yang Di Pertua PIBG SKHHD.Alhamdulillah, cuaca yang sangat baik pada hari itu  telah menyebabkan  semua berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.Kehadiran para waris untuk menyokong pula murid-murid pula adalah  sangat memuaskan.

Pembawa bendera rasmi Majlis Sukan SKHHD
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKHHD Encik Ku Abd Razak bin Ku Ismail



Para pegawai kejohanan yang bersiap sedia di khemah khas
Peserta perbarisan rumah Delima sedang bersiap sedia untuk berbaris

Peserta perbarisan rumah Baiduri dengan maskotnya
Maskot cilik dari rumah Nilam membawa logo 1 Malaysia
Peserta perbarisan dari rumah Zamrud sedang beraksi
Peserta rumah Baiduri yang segak bergaya
Acara perbarisan diketuai oleh pasukan Pengakap SKHHD

Acara Perbarisan oleh rumah Zamrud dan Delima
Ikrar hari kejohanan diketuai oleh Hariz Hazwan dari rumah Baiduri

Acara dimulakan dengan  sukaneka murid Tahap 1
\\
Hariz Hazwan wakil dari rumah Baiduri
Amirul Zakir wakil dari rumah Zamrud

Larian sudah hampir ke garisan penamat
Pemenang-pemenang acara larian megah dengan pingat masing-masing
Peserta sukaneka bangga menerima hadiah dari Puan Guru Besar
Acara sukaneka (  bowling padang )  untuk kaum ibu
Pin bowling yang berupa botol minuman
Kaum bapa juga tidak mahu ketinggalan
Di antara pemenang acara larian

PKKK SKHHD, Puan Jamnah Mat sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Rumah Zamrud  menerima hadiah tempat kedua acara perbarisan
Bangga dengan hadiah yang diterima
Mohd Zhafir bin Yusoff  dari rumah Delima diumumkan sebagai Olahragawan Lelaki tahun 2011,tahniah!!


Tokoh Olahragawati Afaf Najla  Bt   Shauqhi juga dari rumah Delima sedang menerima ucapan tahniah dari Puan Guru Besar

Olahragawan dan olahragawati tahun 2011 berbangga  dengan pingat masing-masing


Kegembiraan terbayang di wajah setelah memenangi 5 pingat emas

Afaf Najla,murid tahun 5K

Olahragawan dan olahragawati harapan 2011

Rusnajiha bt Ruslin dari rumah Nilam adalah murid tahun 5G

Zul Helmi bin Amir,juga dari rumah Nilam dan  Tahun 5G



 Guru-guru rumah Zamrud di hadapan khemah mereka
 Guru-guru rumah Nilam menunjukkan tanda bagus di depan khemah mereka
Ucapan penutupan majlis kejohanan oleh Puan Guru Besar,Puan Lim Geik  Yan
Cenderahati untuk Puan Guru Besar oleh En Sahudin bin Harun

Acara tamat pada pukul 6.30 petang dengan keputusan seperti berikut :

Juara : Rumah Delima dengan 354 mata
Naib juara : Rumah Baiduri  dengan 351 mata
Tempat ketiga ialah Rumah Zamrud dengan 342 mata
Tempat keempat ialah Rumah Nilam dengan 328 mata

Juara acara perbarisan pula dimenangi oleh Rumah Baiduri dan naib johan ialah Rumah Zamrud.

Olahragawan disandang oleh Mohd Zhafir dari Rumah Delima dan Olahragawati dimenangi oleh Afaf Najla bt Shaoqhi juga dari Rumah Delima.Tahniah kepada para pemenang .Kepada yang kurang berjaya ,jangan putus asa cuba lagi di lain masa. Pihak SKHHD ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


( Untuk gambar seterusnya,sila klik pada album - Hari Sukan SKHHD 2011 -di sebelah atas  ( kanan ).

Tuesday, 28 June 2011

KNOWLEDGE DISCOVERY SPELLING COMPETITION KMY LEVEL , 2011



    Pada 28 Jun , 2011 bertempat di Dewan Sekolah SKHHD  jam 8.00 pagi,  telah berlangsung suatu acara pertandingan mengeja perkataan di dalam Bahasa Inggeris Peringkat KMY.Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Salim bin Shahbudin ,Penyelia Ko-kurikulum daerah KMY .Sebanyak  8 buah PKG yang diwakili oleh 24 peserta kesemuanya telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Pertandingan telah berjalan dengan lancar   sehingga jam 11.00 pagi. Majlis penyampaian hadiah berlangsung selepas itu di mana 3 orang peserta telah terpilih untuk mewakili KMY ke peringkat negeri Kedah yang akan diadakan di SK Sungai Tiang pada 11 Julai,2011.Mereka terdiri dari Aina Aqilah dari SK Haji Hussin Dol sebagai johan, Perry Cheong Park Yi dari SJKC Sin Min B ,naib johan dan Isyhraff Marwan bin Ishak dari SK Seri Gedung,tempat ketiga.



3 orang juri dari SK Singkir,SK Taman Ria dan SK Guar Chempedak


Seorang peserta sedang menjawab soalan.Kelihatan di belakang,para peserta sedang menunggu giliran  masing-masing

Antara para tetamu yang hadir

Para pemenang pertandingan berpuas hati dengan trofi dan sijil penyertaan masing-masing
Kegembiraan terbayang di wajah pemenang
Johan 'Spelling Competition' KMY 2011 dengan guru pembimbingnya,Puan Zuraina

Cenderahati disampaikan oleh Puan Guru Besar SKHHD kepada  Tuan Hj Mohd Salim

Piala kemenangan dan sijil penyertaan

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya.Berusahalah lagi dengan lebih bersungguh-sungguh untuk pertandingan seterusnya di peringkat Negeri Kedah nanti







MAJLIS INTERAKSI WARIS DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD PRESTASI MURID


Suatu majlis interaksi waris dan guru serta menandatangani buku Rekod Prestasi Murid telah diadakan pada hari Ahad,26 Jun yang lalu di SKHHD.Tujuan majlis ini diadakan ialah agar guru dan para waris dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai tahap pencapaian murid berdasarkan Ujian Pertengahan Penggal yang lalu.Para waris hadir di kelas anak-anak mereka masing-masing kecuali bagi waris pelajar tahun 6,mereka diwajibkan berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat dari pihak pengurusan sekolah dan mengadakan sesi perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran.



Taklimat dan laporan prestasi pencapaian murid disampaikan oleh En Sahudin Harun ,PK 1 dan Guru Besar, Puan Lim Geik Yan
Sesi perbincangan di antara guru mata pelajaran dan para waris
Seorang ayah yang prihatin sedang meneliti  Buku Rekod Prestasi anaknya
Puan Juriah Omar berbangga dengan pencapaian anaknya, Najla Mohd Yusoff dari kelas 6S yang  mendapat 5A 

Hani Maisarah dari kelas 2S gembira mendapat  A di dalam semua mata pelajaran yang diambil di samping  ibunya  ,Puan Hanisah


Sebelum  berlangsungnya hari  Majlis Interaksi Waris dan  acara menandatangani Rekod Prestasi Murid , semua guru tahun 6 dipanggil  secara berkumpulan  untuk mengadakan sesi perbincangan  mengenai tahap pencapaian murid-murid masing-masing  dengan pihak pentadbiran di bilik Guru Besar


Barisan pentadbiran yang hadir pada sesi perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran