DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday, 8 July 2012

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DAN BERCERITA TAHP 1 DAN 2 ,SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KUALA MUDA YAN THN 2012

Suatu pertandingan pidato piala Diraja dan bercerita thp 1 dan 2 telah diadakan di Dewan Besar SKHHD pada hari Selasa 3 Julai,2012 yang lalu mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.Sebanyak 8 buah PKG dari kawasan KMY ini telah mengambil bahagian.Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia  Encik Amran bin Ismail ,Penolong PPD KMY dari unit Kaunseling dan Kerjaya Pelajar.
Terdapat dua bahagian di dalam setiap acara pertandingan ini  iaitu teks utama dan ucapan spontan.Di antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk memupuk kepetahan murid dari segi menyampaikan ucapan ,berfikiran matang dan bernas untuk melahirkan idea spontan serta berkeyakinan  diri untuk berbicara dan melahirkan idea di hadapan orang ramai.


Seorang peserta sedang menyampaikan
 cer
itanya di dalam pertandingan bercerita

Para hakim pertandingan bercerita
Salah seorang pencerita
dari Tahap 1

Sebahagian dari guru pengiring dan 
 penonton yang hadir
Peserta berpidato dari SKHHD,
 yang mewakili PKG Yan

Kelihatan Guru Besar SKHHD duduk
 di samping Penolong PPD,Encik Amran b Ismail
dan Pengerusi PKG Yan,
Encik Paimin b Paiman ( kanan sekali )
Acara dah selesai,kini cenderamata
 untuk para hakim dahulu

Kini diumumkan para pemenang pertandingan 
bagi setiap kategori pula




Para pemenang telah diumumkan
 dengan piala dan sijil masing-masing


Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

Pertandingan pidato piala Diraja 
Pertama : SK CONVENT ( PKG SG LAYAR )
Kedua : PKG KOTA KUALA MUDA
Ketiga : SK TAMAN RIA ( PKG BUKIT SELAMBAU )
KEEMPAT : PKG YAN

Pertandingan Bercerita Thp 1
Pertama :SK BEDONG ( PKG GURUN )
Kedua : SK HJ HUSSIN DOL (PKG YAN)

Pertandingan Bercerita Thp 2
Pertama : SK SG LAYAR (PKG SG LAYAR)
Kedua : SK SRI AMAN ( PKG GURUN )
Ketiga : SK BT BERAPIT (PKG


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.KEPADA YANG KURANG BERJAYA,JANGAN PUTUS ASA,CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN...




Friday, 6 July 2012

BATTLEBOT CHALLENGE -ANJURAN PINTAR 2012



Battlebot Challenge  adalah projek anjuran PINTAR yang dijalankan untuk menguji kreativiti murid-murid di bidang rekacipta Sains dan Teknologi.Pada hari Sabtu,19 Mei yang lalu,projek ini diteruskan lagi dengan melibatkan murid-murid Thn 5 di dewan besar sekolah.Di dalam projek ini murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan pasangan.Mereka hendaklah menggunakan bahan-bahan yang disediakan dan mencipta robot mengikut kreativiti sendiri.Robot-robot yang telah berjaya dihasilkan akan dipasang bateri khas untuk membolehkan mereka bertarung.Robot yang berjaya mengalahkan yang lain akan diumumkan sebagai  juara.Kumpulan juara kelak akan dipilih untuk pertandingan Battlebot seterusnya yang bakal diadakan di lokasi yang akan diumumkan kelak. 

Para peserta duduk dengan kumpulan  masing=masing untuk
 mendengar taklimat oleh fasilitator dari pihak PINTAR


Para peserta mula merekacipta robot

Ha,baru separuh siap...

Robot-robot yang telah siap diteliti kekemasannya
oleh fasilitator

Yang ni pun belum siap lagi...cepat sikit

Wah,canggihnya...sat lagi dah nak lawan

Robot-robot sedang berlawan.Ada yang menunggu giliran

Ni dia tiga pemenangnya.Dua yang paling
 kanan tu adalah juara

Tahniah dan terima kasih dari Cikgu Noridah (Guru Pengiring )
kepada fasilitator  dari PINTAR  ( kiri )

TERIMA KASIH PINTAR.TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA

Monday, 2 July 2012

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2012


Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012 telah disempurnakan pada hari Khamis,28 JUN yang lalu di Dewan Besar Sekolah.Ia telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr Halimah bt Badioze Zaman,Pengarah Institut Informatik Visual,UKM.Hari Anugerah Cemerlang adalah salah satu daripada acara tahunan sekolah yang penting.Ia  menjadi fokus utama bagi setiap warga sekolah kerana pada hari ini mereka akan mendengar laporan penuh oleh Guru Besar mengenai perkembangan sekolah sepanjang tahun.Pada hari ini juga murid-murid yang cemerlang di dalam bidang akademik dan ko akademik akan diberi pengiktirafan berupa sijil penghargaan dan hadiah.Waris-waris yang dijemput hadir bagi meraikan majlis ini sudah tentu akan merasa bangga di atas kejayaan anak-anak mereka.
Diharap Majlis Anugerah Cemerlang akan menjadi suatu medium bagi membentuk motivasi serta bermuhasabah diri kepada semua pihak baik guru,waris ,murid,pentadbir sekolah mahu pun masyarakat setempat.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci
 Al-quran oleh Adik Rabiatul Adawiyah bt Shamsuddin
murid Thn 3K

Puan Guru Besar sedang menyampaikan
ucapannya

Yang diraikan,Professor Dr Halimah sedang
 menyampaikan ucapan dan  pesanannya
 kepada semua hadirin
Majlis turut diserikan dengan nyanyian nasyid
 oleh kumpulan nasyid IMTIYAZ ( naib johan nasyid PKG Yan 2012 )
 dari SKHHD
Kumpulan Choral speaking SKHHD (tempat ke 3, KMY 2012 )
 turut  menghiburkan para jemputan dengan
 persembahan mereka

Kumpulan Action Song ( Johan PKG 2012 )  juga
 tidak  ketinggalan  dengan persembahan mereka

YDP PIBG,Ku Abd Razak bin Ku Ismail turut dijemput untuk
menyampaikan hadiah kepada murid-murid Tahap 1
Penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahap 2
oleh Professor Dr Halimah
Ketua murid,Nuraina Aqilah mendapat
 tempat pertama Thn 6

3 Penerima Anugerah Khas   Ko- Kurikulum
bergambar dengan ibu masing-masing.Tahniah

Wajah-wajah ceria sebahagian dari
warga  guru SKHHD pada Hari Anugerah Cemerlang.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL UNTUK PESERTA-PESERTA PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH

Suatu Perkhemahan Perdana  Unit-Unit Beruniform    telah diadakan diadakan di Kem Kenari,Titi Hayun Yan pada 14,15 dan 16 Jun 2012 yang lalu.Seramai 14 peserta Bulan Sabit Merah dari SKHHD  telah mengambil bahagian di dalam perkhemahan tersebut..Majlis penyampaian sijil untuk peserta-peserta  perkhemahan   ini telah disampaikan oleh Puan Guru Besar di perhimpuan mingguan sekolah


Puan Naimah Ghazali selaku Pengerusi
PBSM SKHHD sedang menyampaikan maklumat
 mengenai perkhemahan yang telah diadakan




Mereka ini adalah di antara para peserta tersebut :


Para peserta dengan sijil masing-masing
 di samping guru pembimbing.Tahniah...

Projek Bahasa Inggeris,LEARN A WORD AND A SENTENCE A DAY' diteruskan lagi untuk penggal yang seterusnya untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.Peserta-peserta terbaik diberi hadiah galakan oleh pihak sekolah.Tahniah kepada para pemenang.

Seperti biasa,pihak sekolah menyediakan 
hadiah-hadiah kepada murid 
yang mempunyai komitmen yang tinggi di dalam 
apa jua projek yang dianjurkan 



Congratulation my diligent pupils!!
We love all of you..

Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'

Hari Guru pada tahun ini telah disambut dengan begitu meriah sekali.Terjalin hubungan muhibbah yang begitu mesra di antara sesama warga sekolah.Berbagai aktiviti diadakan dan ini telah menjadikan hari yang bersejarah ini lebih bermakna bagi kami semua.


HIDUP CIKGU,TERIMA KASIH CIKGU!!
Acara penyampaian hadiah untuk semua
guru dan kakitangan sekolah

Acara sukaneka.Pulun Cikgu Sauki,pulun

Guru Besar pun ambil bahagian jugak

Ini acara  bawa air dalam straw.
Bila nak penuh ni ?!

Bawa elok-elok Sir Lim

Kek hadiah dari Bank Rakyat cwngn Gurun.
Hidup Bank Rakyat

Acara persembahan oleh guru-guru yang sporting

Last sekali,jamuan untuk semua guru dan anggota
 sekolah kat Hotel Park Avenue,Sg Petani

Letih hari ni tapi seronok!! 




Nak view more pictures? Tengok dalam album SKHHD .Pilih tajuk Hari Guru 2012 kat sebelah kiri blok.Meriah gitu....

Saturday, 12 May 2012

SELAMAT HARI IBU,WAHAI IBUKU...DAN SEMUA IBU-IBU DI DUNIA INI.SEMOGA ANDA  SEJAHTERA SELALU DAN DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA ,AMINNNN....