DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Monday, 15 April 2013

SKHHD JOHAN PERTANDINGAN 'ACTION SONG ' PKG YAN 2013



Pertandingan ' Action Song' peringkat PKG Yan telah berlangsung pada hari Isnin 15 April 2013 di dewan SKHHD.Sebanyak 5 buah sekolah dari PKG ini telah mengambil bahagian.Pasukan dari SKHHD telah menjadi juara pertandingan ini dengan tema 1 Malaysia.Tahniah.Semoga terus melakar   kejayaan apabila mewakili PKG di peringkat KMY pada hari Sabtu 20 April yang akan datang.Insyaallah..

Pasukan dari SK Singkir dengan
 persembahan merek
a
Pasukan dari SK Hj Nyak Gam
 pun tidak kurang hebatnya

Pasukan dari SK Teroi mendapat  tempat ketiga

Pasukan dari SK Langkasuka menjadi naib juara
Pasukan SKHHD yang menjadi
 juara sedang beraksi
Juara pertandingan meraikan kemenangan bersama
guru-guru B.Inggeris SKHHD dan Puan Guru Besar

Ketua kumpulan dari SKHHD sedang menerima piala
dari Tn Hj Ahmad b Hamid,GB SK Teroi yg juga
merupakan naib  pengerusi PKG Yan

Para tetamu yang hadir terhibur dengan
 persembahan oleh setiap paasukan

Sunday, 14 April 2013

THE WINNERS OF STORY TELLING AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION PKG YAN 2013

As-Shif represented SKHHD in  Public Speaking Competition while Mohd Aiman represented the school in   Story Telling Competition PKG Yan 2013 .Both of them were announced as the winners .At the end of April they will represent PKG YAN in District level.Congratulations!!



As Shif and Mohd Aiman 


Both winners Mohd Aiman and As - Shif with their
 accompany teachers,Puan Jusnani and Puan Mariyani

ENGLISH IS JUST A PIECE OF CAKE.
EVERYONE CAN SPEAK

And this is the latest news!!!

Mohd Aiman won the fourth place in Story telling competition at  district level ( KM/Y ) which was held at SK Teluk Wang,Sungai Petani on 20 April 2013 .
Congratulation once again.


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ANTI DADAH 2013

DADAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.Majlis pelancaran yang telah diadakan sebulan yang lalu ditutup pada hari ini,Ahad 14 April 2013.Namun begitu perang terhadap dadah akan sedia berterusan sehingga mencapai dadah sifar 2015.

 
Guru-guru dan semua murid berikrar
 akan terus memerangi dadah


Penyampaian hadiah -hadiah kepada para pemenang yg
 menyertai pertandingan sempena bulan pencegahan dadah
oleh Puan Guru Besar




Ucapan perasmian penutupan bulan pencegahan dadah


KAMI SEMUA BENCI DADAH






JOHAN PKG YAN 2013 -BOLA BALING PEREMPUAN

Pasukan Bola Baling perempuan SKHHD sekali lagi menjadi juara PKG tahun ini setelah mengalahkan pasukan  SK Dulang di dalam pertandingan akhir yang telah berlangsung pada 9 April lalu di padang SK Dulang.Pasukan SKHHD yang akan mewakili PKG akan mara seterusnya di peringkat KMY yang akan diadakan di SMK Tengku Ismail,Sg Petani yang akan berlangsung pada hari Sabtu 20 April nanti.Semoga mereka semua akan mendpat kemenangan.Insyaallah.

Pasukan SKHHD berjersey hijau manakala pasukan SK Dulang
yang menjadi naib johan berjersey biru di samping
 jurulatih dan pengadil pertandingan.

Sedang bersiap sedia untuk bertanding

JOHAN DAERAH KMY - TILAWAH AL QURAN TAHUN 2013

Mohd Faiz Izzuddin b Abd Ghani,murid dari tahun 4K SKHHD telah menjadi juara peringkat KMY di dalam Majlis Tilawah AlQuran SPI KAFA yang telah berlangsung di SK Sg Limau Dalam baru-baru ini.Beliau akan mewakili KMY ke peringkat negeri pula selepas ini.Tahniah Mohd Faiz!!.Semoga anda menjadi seorang hafiz apabila besar nanti.Insyaallah.Kami semua berbangga dengan anda.


Mohd Faiz   menerima wang tunai, sijil dan piala  
Elok-elok pegang.Piala nak sama
 besar dengan tuannya.


GENERASI CELIK AL QURAN SUMBER KEKUATAN UMMAH

Friday, 5 April 2013

'LEARN A WORD AND A SENTENCE A DAY' PROJECT BY SKHHD ENGLISH PANEL


English is very important because it is an international language and source of knowledge.Many pupils especially in rural areas are weak in this language due to several factors such as lack of vocabulary,lack of practice among peers and families and lack of reading English materials.

English 'Learn a word and a sentence a day 'is a project being carried out in SKHHD  for all level 1 and 2  pupils. The  objective of this project is mainly to improve their  listening ,speaking and writing skills in English  among the pupils.


The names of the winners are
announced in the assembly

The first 12 winners of  this project
 with the presents they had won






The pupils are copying the sentences for today
in their activity books

LEARNING ENGLISH IS FUN !!

KEJOHANAN BOLA SEPAK KMY TAHUN 2013

Pasukan bola sepak SKHHD sekali lagi mencatat kegemilangannya apabila telah berjaya menjadi juara PKG di dalam kejohanan yang telah diadakan baru-baru ini. Pada pertengahan bulan Mac mereka telah mara ke peringkat KMY dan telah mendapat naib johan.
Seramai 4 orang pemain telah terpilih untuk ke kejohanan peringkat negeri yang yang bakal diadakan pada pertengahan bulan April nanti.Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka.
Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yag telah bertungkus lumus demi kejayaan ini.Majulah bola sepak untuk sekolah 


Para peserta dengan pingat dan
sijil masing-masing

Hadiah disampaikan oleh  PKKK ,
Puan  Jamnah bt Mat