Kebersihan adalah asas keimanan.Sifat cintakan kebersihan haruslah dipupuk sejak seseorang itu masih kecil lagi.Kebersihan juga adalah asas kesihatan dan ia bermula dari rumah.Bayangkan jika suasana di dalam sesebuah kelas itu bersih dan kemas, maka sudah tentu murid akan merasa lebih tenang dan selesa.Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih teratur dan berkesan jika dibandingkan dengan kelas yang busuk,kotor dan bersepah dengan sampah sarap. Maka di atas kesedaran inilah suatu pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas telah diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan murid-murid.Hadiah-hadiah yang menarik disediakan oleh pihak sekolah kepada kelas-kelas yang menang.Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
Untuk peringkat pertama pertandingan,dua kelas telah diumumkan sebagai pemenang.
|
Tahap 1 dimenangi oleh kelas 1S. Kelihatan Puan Guru Besar, Guru kelas ,Puan Hjh Hindon dan ketua darjah,Mohd Adam |
|
Tahap 2 dimenangi oleh kelas 5S.Kelihatan ketua kelas,Syazwani Tolib bergambar dengan guru kelas,Puan Rosidah dan Guru Besar |
|
Dapat hadiah piala pusingan dan ayam goreng Kentucky,ala syoknya....... |
|
Murid-murid 1 S sedang meraikan kemenangan dengan menikmati ayam goreng |
|
Puan Hjh Hindon dan Puan Syuzila sedang melayani murid-murid 1S |
|
Guru kelas 5S sedang melayani murid-muridnya makan |
|
Kami bangga dengan kebersihan kelas kami dan akan mengekalkannya. |
|
Guru-guru sedang sibuk menghidang makanan |
|
Piala Pusingan Johan Kelas Paling bersih |
Tahniah kepada kelas-kelas yang menang.Kepada yang kurang berjaya,usaha lagi jangan putus asa.
No comments:
Post a Comment