Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kurniaan agung sebagai suatu mukjizat dari Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Ia memberi kesan yang amat besar ke atas kehidupan peribadi baginda di mana pada ketika itu baginda menghadapi Tahun Kesedihan. Kewafatan dua orang ahli keluarga yang sangat rapat dengan baginda iaitu isteri tersayang ,Siti Khadijah r.a serta bapa saudara baginda iaitu Abu Talib merupakan suatu tamparan hebat yang amat mencabar bagi dirinya.Ini disusuli pula dengan lontaran batu-batu dengan kejam ke atas baginda oleh penduduk-penduduk Taif.Allah s.a.w telah menjemput Rasulullah s.a.w dari Tanah Haram Mekah ke Masjidil Aqsa dan seterusnya melewati tujuh lapisan langit untuk hadir ke hadratNya.Di sepanjang perjalanan yang suci ini berbagai peristiwa aneh telah berlaku yang kesemuanya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat besar bagi kita semua,umat Muhammad di akhir zaman ini.Di kemuncak perjalanan inilah juga kita dikurniakan dengan solat fardhu lima waktu.Inilah hadiah paling besar yang dibawa pulang oleh Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Israk dan Mikraj ini. Peristiwa Israk dan Mikraj harus disambut dan dihayati oleh kita semua khasnya generasi muda yang kurang mengenali dan seterusnya mengasihi nabi Muhammad s.a.w. Percayalah bahawa segala gejala sosial dan kepupusan iman generasi masa kini adalah berpunca dari sifat tidak kasihkan nabi menyebabkan seseorang itu tidak teragak-agak untuk mengngkari segala ajaran dan sunnahnya.Bagaimana hendak wujud rasa kasih dan sayang seandainya kita tidak mengenalinya,sebagaimana peribahasa yang menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.Maka diharapkan dengan mengingati kisah dan peristiwa Israk dan Mikraj ini serta mengambil iktibar darinya,setidak-tidaknya semakin bertambah iman dan kasih kita kepada Allah s.w.t dan juga kepada pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w.
Pada hari Rabu , 6 Julai 2011 yang lalu bertempat di dewan SKHHD telah diadakan ceramah Israk dan Mikraj bermula jam 10.45 pagi hingga 12.45 tengah hari.Semua guru dan murid hadir bagi mengikuti ceramah tersebut yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Aswar bin Nasrul,Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,Guar Chempedak
|
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Aridi
|
Kelihatan para guru dan murid memenuhi dewan |
|
|
Ustaz Muhammad Aswar bin Nasrul |
No comments:
Post a Comment