Kemahiran menggunakan kamus adalah sangat penting di dalam mempelajari bahasa. Kosa kata Bahasa Melayu contohnya, sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.Oleh sebab itu , setiap murid harus didedahkan kepada kemahiran menggunakan kamus ini sejak mereka berada di tahap 1 lagi. Pada hari Isnin, 11 Julai yang lalu, murid-murid dari kelas 2S dan 3S telah menyertai peraduan 'Bijak Kamus' yang telah diadakan di dewan sekolah bermula dari 10.15 sehingga 11.15 pagi.
Objektif peraduan ini diadakan ialah : 1. Agar murid pandai merujuk kamus 2. Menambah kosa kata murid 3. Persaingan sihat di antara kumpulan murid bagi mencari jawapan Guru-guru Bahasa Melayu tahun 2S dan 3S telah menyediakan 14 buah kamus untuk 14 kumpulan murid untuk mencari makna bagi 20 perkataan
|
Kamus Pelajar dan senarai kosa kata yang disediakan |
|
Murid-murid dan guru bersedia untuk ke dewan bagi memulakan peraduan ' Bijak Kamus ' |
|
No comments:
Post a Comment