Inilah sambutan hari keluarga yang julung kalinya diadakan oleh warga SKHHD.Majlis diadakan di Puteri Ayu Resort,Titi Hayun,Yan,Kedah.Resort ini merupakan kawasan pelancongan yang begitu strategik,iaitu berdekatan dengan kawasan peranginan Titi Hayun yang dikenali ramai.Di dalamnya ada beberapa buah chalet sesuai untuk aktiviti keluarga atau pun sesuatu organisasi.Ada juga dewan dan bilik-bilik khas untuk tujuan berseminar Selain itu,terdapat juga beberapa buah kolam mandi buatan manusia dan yang semula jadi. Kawasannya yang luas sangat sesuai untuk aktiviti kumpulan yang ramai. Tujuan diadakan Hari Keluarga ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan saling kenal mengenali di antara sesama warga SKHHD dan keluarga masing-masing.Selain itu majlis ini juga diadakan untuk meraikan tiga orang guru dan staf yang telah bertukar .Mereka ialah Cikgu Mohd Kudus Mat,Cik Premalata dan En Yusof (PAR ).
|
Papan tanda chalet Puteri Ayu
|
Saat menjejakkan kaki di sini,kedamaian menggamit hati pengunjung |
|
Lebih kurang pukul 8 .30 pagi ,semua yang sampai berkumpul di padang
|
Masing-masing membawa anak,isteri dan suami |
|
Sebentar lagi,taklimat program akan disampaikan |
|
|
Selesai taklimat program,sukaneka dimulakan dengan kanak-kanak berusia 4-6 tahun mengutip gula-gula
|
Tekunnya mereka mengutip gula-gula |
|
Yang abang tolong pun ada...
|
Lepas tu,kanak-kanak yang berusia 7-9 tahun dgn acara bawa bola pingpong dalam sudu
|
|
Acara meniup belon untuk anak-anak 10-12 thn
|
Tiup Hakim,tiup....
|
Sikit lagi tiup,tak cukup lagi tu....
|
|
|
|
Giliran kaum bapa pula,depa kena makan sumi
|
|
|
|
Para isteri turut bagi sokongan |
|
Giliran kaum ibu nak kumpul air dalam botol pakai span pula....
|
Acara berpasangan,baling air dalam belon,hah sambut....
|
Acara sambut air dalam belon,suami baling,isteri sambut...
|
Acara untuk tiga ahli dalam satu keluarga, ikat kaki sambil berjalan
|
|
|
|
|
Mari kita makan durian dulu...... |
|
No comments:
Post a Comment