Sunday, 25 March 2012

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG PRGKT SEKOLAH THN 2012

Program sekolah penyayang ini dilancarkan pada hari ini iaitu Ahad,25 hb Mac 2012.Objektif bagi program ini di antaranya ialah untuk memupuk semangat kekitaan yang tinggi,sayangkan sekolah , guru-guru dan kakitangan sekolah   di kalangan murid-murid.
Beberapa program telah dirancang bagi mengisi objektif sekolah penyayang ini di antaranya ialah:

1.Laluan Ilmu yang memaparkan motivasi,doa dan nasihat yang berguna untuk panduan murid.

2.Motivasi pagi dan mingguan di perhimpunan sekolah.

3.Bacaan doa sebelum pulang

4.Bacaan Yassin beramai-ramai pada setiap pagi Khamis.

5.Lawatan kebajikan untuk waris dan murid yang mengalami sakit,kematian dan lain-lain.

6.Kempen sifar ponteng.

7.Guru menyambut murid di sebelah pagi .

8.Aktiviti peningkatan sahsiah.

9.Khemah Ibadat

10.Km bina insan dan motivasi diri.

11.Program mentor-mantee (murid dan guru )

Puan Guru Besar sedang melancarkan
Program Sekolah Penyayang
di Perhimpuan Mingguan sekolah


Semoga Program Sekolah Penyayang ini dapat melahirkan murid-murid yang cintakan sekolah,ilmu dan seterusnya menjadi generasi yang berakhlak mulia yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment