Tuesday, 28 August 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN MUNAJAT DAN RESTU IBU BAPA UNTUK CALON UPSR 2012

Suatu majlis bacaan Yassin Munajat dan Restu Ibu Bapa telah diadakan di dewan SKHHD pada hari Isnin,28 Ogos bermula jam 7 hingga 11.30 malam. Ini adalah salah satu dari acara tahunan yang menjadi tradisi sekolah ini sebagai langkah terakhir menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung mulai 11 hingga 13 September yang akan datang.

Suasana syahdu meyelubungi majlis dengan dimulai dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh mantan Pengetua SMKA Yan,Kedah Tuan Haji Ramli bin Haji Shafei yang juga merupakan Khalifah bacaan Yassin Munajat pada malam ini.Ini diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Yassin Munajat selama 1 jam 22 minit,solat Isyaa' berjemaah dan majlis restu waris.Adalah diharapkan semoga majlis seumpama ini dapat menyuntik semangat dan iltizam yang tinggi di kalangan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti.

Makan malam disediakan untuk semua
yang hadir di dalam majlis ini
Para waris hadir seawal jam 6 petang
dan menikmati hidangan
Kemudian Solat Maghrib berjemaah
dan solat Hajat
Diikuti dengan majlis bacaan Yassin Munajat
solat Isyaa'
Calon-calon UPSR bersama waris masing-masing

Kaifiat solat Hajat,Bacaan Yassin Munajat dan
Restu Waris disampaikan oleh Tuan Hj Ramli
Majlis Restu Waris di mana anak akan duduk
 mengadap ibu bapa diiringi dengan
 bacaan ayat Al Quran yang dipimpin oleh Khalifah
Di dalam majlis Restu Waris yang syahdu ini,
ramai yang tidak dapat menahan
air mata  kesedihan dan keinsafan  
Ibu/bapa akan mengusap kepala anak sambil berdoa
dan membaca ayat-ayat suci yang dipimpin oleh Khalifah
Duhai ayahku ,Duhai ibuku ,maafkan aku jika selama
ini daku terlalai,daku berjanji
akan menjadi anak yang taat
dan belajar bersungguh-sungguh untuk
membawa pulang kejayaan
 sebagai hadiah di atas segala pengorbananmu untukku
Ayah sayang kamu,Adam .Belajarlah
 bersungguh-sungguh ya,nak.

PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG AYAH IBU TIADA BATASNYA.
OLEH ITU BALASLAH JASA MEREKA DENGAN BELAJAR
BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBAWA PULANG KEJAYAAN
YANG DAPAT MEMBANGGAKAN MEREKA...
YA ALLAH,AMPUNKANLAH KEDUA IBU BAPAKU,
MASUKKANLAH MEREKA KE DALAM SYURGA FIRDAUSMU
 YA ALLAH...

No comments:

Post a Comment