Unit SPBT SKHHD sangat aktif di dalam memastikan semua murid mendapat kemudahan buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Murid-murid juga digesa membaca buku yang dibekalkan kepada mereka dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran.
Pada 17 Mac,di majlis perhimpunan sekolah seorang murid pemulihan, Ku Firdaus b Ku Nazim yang telah kembali ke kelas biasa ( Kelas 6A ) telah dipersilakan tampil ke pentas bagi membaca petikan dari buku teks.
Begitu lancar sekali beliau membaca sama seperti murid-murid biasa yang lain.Guru Besar telah mengingatkan kepada semua murid agar rajin membaca kerana orang yang banyak membaca adalah orang yang bijak dan tajam akal fikirannya.
Begitu lancar sekali pembacaannya. Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan
| ||
No comments:
Post a Comment