Pasukan bola sepak SKHHD bawah 10 tahun di bawah bimbingan Ustaz Mohd Nazer dan Ustaz Mohd Aridi telah menjadi juara bola sepak luar musim ( bawah 10 tahun ) peringkat KMY.Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Julai yang lalu di padang SK Sg Layar.Di dalam kejohanan tersebut mereka telah menyertai 6 pertandingan dan telah memenangi kesemuanya.Syabas diucapkan kepada pasukan ini dan guru-guru yang membimbing dan melatih mereka.
 |
Majlis penyampaian sijil dan medal.Kelihatan ustaz Aridi sedang mengumumkan nama-nama pemenang dan mereka tampil untuk menerimanya dari Puan Guru Besar
 |
Puan Guru Besar dan semua warga SKHHD amat berbangga dengan pencapaian murid-murid ini yang telah mengharumkan nama sekolah |
|
 |
Striker bola sepak pasukan sekolah bawah 10 tahun. Ahmad Iqbal Bustamam ( kiri ) telah menjaringkan 2 gol.Mohd Zulhelmi Amir ( tengah ) telah menjaringkan 3 gol dan Mohd Fairuz Afifi ( kanan ) telah menjaringkan 5 gol |
 |
Semua pemain bola sepak dengan medal dan sijil masing-masing |
 |
Bersama seorang dari jurulatih mereka, Ustaz Mohd Aridi |
No comments:
Post a Comment