Di antara program amal pihak PINTAR Foundation ialah menjalankan perpustakaan bergerak ( bertema ) ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk menyebarkan informasi yang berguna kepada generasi muda. Pada hari ini iaitu Ahad,25 Mac Bas TNB yang sarat dengan bahan-bahan berunsurkan maklumat kesihatan tiba di perkarangan SKHHD. Semua murid dijemput secara berkumpulan ke pameran yang disediakan di dalam bas yang bertindak sebagai perpustakaan mini.
Murid-murid kelihatan sungguh teruja dan ingin mencuba berbagai-bagai peralatan yang disediakan seperti mesin BMI,pokok kesihatan,cermin ajaib dan lain-lain.
| Cikgu Naimah sedang mencuba mesin BMI dengan dibantu oleh pegawai PINTAR Foundation yang bertugas |
| Siti Nur Mardhiah,murid thn 3 sedang berdiri di samping replika gigi |
| Pohon Kesihatan yang sarat dengan maklumat untuk dibaca |
| Dua orang pegawai PINTAR Foundation sedang memberi ceramah mengenai pentingnya menjaga kesihatan |
| Suasana di dalam ' perpustakaan bergerak ' |
| Di antara sudut yang disediakan |
| Bas PINTAR Foundation sebagai ' perpustakaan bergerak ' |
| Setiap murid dibekalkan dengan sebuah buku mengenai kesihatan TERIMA KASIH DAUN KELADI PINTAR FOUNDATION,SEMOGA JUMPA LAGI.... |
