DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday, 19 November 2011

KEPUTUSAN UPSR DAH DIUMUMKAN....


Hampir jam 10 pagi,kelihatan Puan Guru Besar baru 
tiba dari PPD bagi mengambil keputusan penuh UPSR

Semua murid Thn 6 dan waris berkumpul di dewan 
menunggu keputusan diumumkan

Keputusan mula diumumkan dan semua
pihak kelihatan berdebar-debar

Bapa mana yang tidak terharu apabila anak
mendapat keputusan yang cemerlang


Aliff Afifi,jaguh bola sepak sekolah dan daerah
 turut  mendapat 5A

Syazwani yang menangis kegembiraan  
ditenteramkan oleh Puan Guru Besar


Mohd Amiruddin Rosli,murid tunggal dari kelas 6S
 yang mendapat 5A


Abd Hadi ,calon UPSR paling muda
menerima ucapan tahniah dari YDP PIBG

Semua murid yang berjaya dengan keputusan 
cemerlang 5A ,4A dan 3A mendapat hadiah
 berupa wang tunai dari pihak TNB

Tangisan kegembiraan dua sahabat...
YDP PIBG SKHHD ,En Ku Abd Razak dan isteri turut
 bersyukur kerana anak mereka telah mendapat 5A

Allyana,Syazwani dan Aida Nasuha berpuas hati
dengan  keputusan  mendapat 5A

29 orang murid telah mendapat 5A

Manakala 18 orang telah mendapat 4A 1B.
Tahniah kepada semua,para guru,waris dan murid....



Thursday, 3 November 2011

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PRGKT DAERAH KM/Y THN 1432H/2011M

Diadakan di SKHHD pada 31 .10 .2011 yang lalu.Terdapat beberapa aktiviti pertandingan di dalam majlis Mahrajan Jj-QAF ini iaitu untuk mengembangkan bakat dan potensi murid.Pertandingan yang dijalankan ialah seperti Kalam Jamaie,Tilawah Al Quran ,Dikir Barat dalam Bahasa Arab dan Kuiz Agama.
Matlamat Mahrajan adalah sebagai persediaan awal untuk memilih peserta bagi mewakili PPD KMY ke peringkat Negeri Kedah.
Terdapat 3 objektif utama program Mahrajan ini iaitu :
1.Dapat mencungkil kemampuan pelajar program j-Qaf.
2.Menjadikan aktiviti sebagai kegiatan bagi menarik menarik minat dalam Bahasa Arab khususnya mencintai Al Quran.
3.Mengembangkan  potensi pelajar seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tema Mahrajan pada kali ini ialah 'BAHASA ARAB,BAHASA AL- QURAN '


























Wednesday, 2 November 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Acara untuk Hari Anugerah Cemerlang ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah pada hari Rabu  2 November,2011 mulai jam 8.30 hingga 11.30 pagi.Ia te;ah dirasmikan oleh YDP PIBG SKHHD,En Ku Abd Razak bin Ku Ismail,AMN,BKM,PPN ,PJK.Berbagai aturcara telah disusun untuk majlis ini di antaranya persembahan nasyid,anugerah graduasi PRA sekolah,dikir barat,boria,penyampaian hadiah-hadiah dan sebagainya.

Para penerima hadiah menunggu giliran
di tempat masing-masing

Tidak sabar-sabar nampaknya.... 

Murid-murid PRA dengan pakaian graduasi
sedang bersiap sedia menunggu giliran

Pembukaan majlis dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran
oleh adik Rabiatul Adawiyah dari Tahun 2

Disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sofi

Ucapan aluan dan laporan sekolah disampaikan
 oleh Puan Guru besar

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG,En Ku Abd Razak Ku Ismail


Acara graduasi murid PRA sekolah


Adik Nur Mardhiyah dai Thn 2 sedang menerima hadiah
pencapaian tertinggi mata pelajaran

Acara selingan oleh kumpulan Nasyid sekolah

Hadiah khas pencapaian tertinggi Program NILAM dimenangi
 oleh Nur Nadia Husna bt Mohd Daud  dari Thn 5S.
Beliau menerima sebuah basikal bernilai RM 200.00

Acara selingan ,tarian Agogo oleh murid PRA

Anugerah Khas,Tokoh Ko Kurikulum 2011 disandang
 oleh Mohd Zhafir bin Mohd Yusoff dari Thn 6S

Tokoh murid 2011 disandang oleh  Aida Nasuha bt Roslan
dari Thn 6K,Tahniahhh....

Nyanyian menusuk kalbu bertajuk ,Ohh Ibu...
oleh Mohd Asyraf b.
Ismail, 5A

Persembahan Boria oleh murid Thn 6
mengakhiri acara pada hari ini.


Sebahagian dari para hadirin yang  memenuhi dewan
 bagi meraikan majlis

Tahniah kepada semua murid yang telah menerima hadiah bagi kategori masing-masing. Teruskan usaha anda untuk pencapaian yang  seterusnya di masa yang akan datang.


.