Para waris atau ibu bapa dan guru serta pihak sekolah faktor penting yang saling berkait rapat terhadap kejayaan sesorang murid di dalam pelajaran mereka. Tanpa perhatian dan penglibatan ketiga-tiga pihak ini bermakna pincanglah harapan murid untuk mengecapi kejayaan yang diimpikan oleh setiap individu yang bernama pelajar.
Para pelajar tahun 6 yang seramai 163 calon akan menduduki UPSR pada bulan September nanti.Berbagai program perlu dirancang agar prestasi cemerlang dapat dicapai di dalam peperiksaan itu nanti .Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi merancang dan menjayakan semua program yang bakal dilaksanakan nanti.
Majlis interaksi waris dengan guru menjadi agenda tahunan sekolah ini bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak waris dengan sekolah.Saat ini juga dijadikan platform untuk menyuarakan segala pendapat, merancang aktiviti dan mengemukakan permasalahan untuk diatasi bersama demi masa depan anak-anak.
Majlis interaksi waris diadakan pada 27 Januari 2013 bersamaan hari Ahad mulai jam 2.30 ptg |
Para waris sedang mendaftar kehadiran |
Sesi soal jawab bermula.Barisan guru-guru Thn 6 duduk di barisan hadapan bersama dengan Puan Guru Besar |
Hampir 80% waris hadir pada majlis ini |
Puan Zuraina sebagai setiausaha UPSR dan wakil guru Bhs Inggeris sedang memberi taklimat |
Kaum ibu lebih ramai yang hadir kerana kaum bapa bekerja. ANAK-ANAK ADALAH HARAPAN AYAH BONDA DAN NEGARA DIDIKLAH MEREKA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA |