Selain dari latihan mencegah kebakaran biasa yang melibatkan pihak sekolah dan bomba, diadakan juga latihan kecemasan gas ammonia oleh pihak Petronas Fertilizer Gurun.Ini adalah kerana pada tahun 2003 SKHHD pernah menerima kesan kebocoran gas ini memandangkan lokasi kilang tersebut dan sekolah yang agak berdekatan.
Di dalam latihan ini yang diadakan pada hari Khamis 18 April yang lalu, semua guru dan murid menerima penerangan yang jelas oleh pegawai-pegawai yang bertugas tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya perisitiwa pada tahun 2003 itu berulang kembali.
Pegawai Petronas bahagian keselamatan sedang memberi taklimat kepada semua guru dan murid |
... dan langkah-langkah yang perlu diambil apabila siren dibunyikan sebentar lagi |
Siren sedang dibunyikan dan semua murid bergegas menuju ke tapak perhimpunan |
Semua guru kelas menyemak buku kedatangan harian murid untuk memastikan semua murid berada di tapak perhimpunan |
air dan tuala diperlukan untuk menghalang dari terhidu gas ammonia |
Murid yang terhidu gas ammonia akan pengsan kerana gangguan sistem penafasan
|
Ambulance dah tiba,murid yang terhidu gas akan segera dibawa ke hospital Seronoknya kena dukung dengan cikgu.Bila lagi... |