Unit Pengawas Sekolah memainkan peranan penting di dalam memastikan perjalanan sekolah berada di dalam situasi yang selesa dan selamat. Mereka ini adalah kumpulan 'polis ' kecil yang menjadi pembantu guru-guru dan pihak pentadbir sekolah untuk mengawal disiplin murid-murid agar berada di dalam keadaan yang terkawal.
Justeru itu, bagi memantapkan diri dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman agar tabah menghadapi segala cabaran di dalam menjalankan tugas harian mereka, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan suatu Program Kepimpinan dan Pemantapan Disiplin Diri untuk Unit Pengawas dan Kumpulan Rakan Sebaya .
Program tersebut telah diadakan di Pusat Ko kurikulum Daerah Kuala Muda Yan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Februari yang lalu.Berbagai aturcara telah diadakan sebagai pengisian program di antaranya ialah Ceramah Agama dan Motivasi, Flying Fox, Latihan Kecergasan Diri, Ceramah Kepimpinan ,Larian Berhalangan, Kembara Malam,Explorace ,Gubahan Bunga dan lain-lain.
Kesemua peserta program telah melahirkan rasa puas hati kerana dapat menyertai program yang telah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk lebih bersikap gigih dan positif di masa-masa yang akan datang.Tahniah diucapkan kepada Unit Pengawas Sekolah,Unit Kaunseling ,pihak pentadbiran sekolah dan semua tenaga pengajar yang diimport khas dari Pusat Kokurikulum KMY kerana telah dapat melaksanakan program ini dengan jayanya..
Laluan berhalangan untuk menguji
ketabahan dan keyakinan diri
Latihan kecergasan badan
Para peserta dibimbing oleh para
jurulatih dari Pusat kokurikulum KM/Y
|
Ini pula latihan rawatan kecemasan |
|
Belajar cara-cara mendirikan khemah pun ada |
|
Seronoknya naik flying fox |
|
Tinggi tu,tak gayat ke ? |
|
Jurulatih yang sedia membantu |
Mereka sempat belajar membuat sarung
cempedak dari seorang Makcik yang murah hati
Dah tamat kem selama 3 hari,terima sijil pula
|
Akhir sekali ,bergambar kenangan dengan para jurulatih dan guru-guru pembimbing.Terima kasih atas bimbingan semua.Jumpa lagi. |