DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday, 23 February 2012

RUTIN HARIAN PUSTAKAWAN

Pustakawan mempunyai jadual tugas harian yang agak padat. Pada waktu rehat setiap hari,mereka bergilir-gilir menjalankan tugasan yang ditetapkan oleh guru perpustakaan.Di antara tugasan harian mereka ialah melaksanakan proses meminjam dan memulangkan buku-buku oleh pengguna perpustakaan,mengemas bilik dan menyusun buku-buku di rak mengikut sistem Dewey,membaik pulih buku-buku rosak dan lain-lain lagi.Setiap hari mereka diberi tunjuk ajar dan teguran oleh guru tentang car-cara menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

Menguruskan proses pinjaman dan
 pemulangan buku

Teliti kad pinjaman agar buku tidak hilang

Nur Ariffah dan Tasnim  sudah cekap bertugas
di meja kaunter pinjaman

Syazwana sedang menyusun buku-buku di rak

Begitu juga pustakawan putera berdua ni...

Nabilah dan rakannya menyusun buku
 cerita untuk murid tahap 1

Buku-buku rujukan dan kamus disusun di sini
PUSTAKAWAN BERJASA,PERPUSTAKAAN CERIA,PENGGUNA BAHAGIA.SELAMAT BERTUGAS......

MAJLIS PELANTIKAN PUSTAKAWAN 2012

Majlis pelantikan Pustakawan atau Pengawas Pusat Sumber sekolah telah diadakan di dewan  sekolah pada hari pagi Ahad 19 hb Februari yang lalu.Seramai lebih kurang 70 pustakawan baru dilantik telah membaca ikrar pelantikan mereka di hadapa para guru dan semua murid.Diharapkan semua mereka dapat menjalankan tugas dengan memuaskan demi peningkatan prestasi PSS pada tahun ini.


Pustakawan berbaris di kanan dewan sementara
menunggu majlis pelantikan  dijalankan.

Guru Besar menyampaikan tanda nama Pustakawan

Ikrar Pustakawan diketuai oleh ketuanya
Tasnim Salsabila Mohd Rodzi dari Thn 6K

Bergambar beramai-ramai setelah
selesai acara pelantikan

Pustakawan pelapis, dari  thn 3

Wednesday, 22 February 2012

LATIHAN MENCEGAH KEBAKARAN KALI PERTAMA THN 2012

 Latihan mencegah kebakaran adalah aktiviti tahunan sekolah demi menjaga keselamatan semua warganya dari sebarang ancaman kebakaran  .Baru-baru ini telah diadakan aktiviti ini  buat kali pertama bagi thn ini.Loceng dan siren serta hon kereta dibunyikan seawal jam 8.30 pagi.Semua guru dan murid terus bergegas ke padang sekolah.


Cikgu Faizah selaku AJK  latihan mencegah 
kebakaran sedangmemberi taklimat 
kepada semua guru sehari sebelum latihan bermula.

 Kelihatan guru dan murid bergegas turun 
tangga dari kelas menuju ke padang


Semua berkumpul mengikut kelas masing-masing


Sambil itu ,Cikgu Jamil memberikan penerangan
 mana yang patut

 Cikgu Ramli sedang menyemak jadual 
kedatangan murid-muridnya


Apa yang dibincangkan oleh guru-guru ni?
Pelan mencegah kebakaran lah tu


Murid Pra sekolah sedang ditenangkan 
oleh PK HEM,Puan Nooriah

Acara dah tamat,semua boleh kembali
ke kelas masing-masing

PELANCARAN NILAM 2012

Majlis pelancaran Program NILAM tahun 2012 telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar  di Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 12 hb Februari yang lalu.Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca sangat dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan generasi gemar membaca.  Diharap pada tahun ini,program ini dapat berjalan dengan lancar dan meningkatkan penglibatan semua murid di sekolah ini

Detik-detik pelancaran Program NILAM










Majlis diserikan dengan Adik Aimin Irdina bt Junaidi,
murid Tahun 1 , bercerita
 mengenai kisah Tikus muda,
kucing dan ayam jantan.Sungguh pun
 baru 2 bulan masuk sekolah,bacaannya 
begitu lancar dan yakin sekali


Selesai bercerita,beliau mendapat pujian dan hadiah dari
Puan Guru Besar.
Semoga menjadi contoh kepada kawan-kawannya yang lain.

Wednesday, 15 February 2012

PROGRAM MOTIVASI WARIS THN 6


Program motivasi untuk waris thn 6 telah diadakan pada  11 Februari,Sabtu yang lalu di dewan sekolah mulai jam 9.30 hingga 11.30 pagi.Penceramah jemputan untuk majlis ini ialah Dato' Dr Ahmad Faiz bin Hamid,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia.

Tajuk ceramah tersebut ialah 'Waris Cemerlang,Anak Gemilang'


Kehadiran para waris pada majlis ini sungguh memberangsangkan sekali.Tahniah!Anda semua adalah waris yang prihatin...



Waris mendaftar dan berada di dewan sekolah
 seawal jam 8.30 pagi




Ada sesuatu yang diperkatakan oleh Tuan Hj Sahudin bin Harun,
PK 1 SKHHD kepadaYang Berbahagia Dato' Dr Ahmad Faiz


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh
 Ustaz Mohd Nazer


Ceramah motivasi yang penuh dengan kata-kata 
semangat oleh Dato'Dr Ahmad Faiz


Sementara itu para guru wanita sibuk menyediakan 
bungkusan makanan untuk para waris


Di antara guru AJK jamuan pada hari ini,Puan Rohani 
dan Puan Nang Fadzillah


Selesai mendengar ceramah,para waris beratur 
mengambil makanan sebelum bersurai