DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday 21 November 2012

KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2012


Kepututusan UPSR telah diumumkan pada 19 November yang lalu.Seramai 33 orang calon telah mendapat 5A dan 17 calon telah mendapat 4A 1B.Peratus pencapaian bagi setiap mata pelajaran pula : B.Melayu Pemahaman 92.6%,B.Melayu Penulisan 89.2%,Bhs Inggeris 87.2%,Matematik 91.2,Sains 89.9.Peratus lulus keseluruhan   mata pelajaran   ialah 80.5 %.Dari kesemua 149 calon,120 telah lulus di dalam semua mata pelajaran.   

Tahniah kepada semua calon dan guru-guru SKHHD yang telah berusaha untuk kejayaan ini.Syukur,Alhamdulillah.Semoga meningkat lagi pada tahun hadapan.

Seramai 33 calon yang mendapat 5A di samping sebahagian
dari guru-guru tahun 6

Sebahagian dari calon-calon yang mendapat 4A 1B
di samping guru-guru mereka.

KEJOHANAN BOLA BALING LUAR MUSIM BAWAH 11 TAHUN PRGKT KMY 2012

Suatu kejohanan Bola Baling peringkat  KM/Y telah diadakan di SK Sungai Pasir pada 6 dan 7 November yang lalu.Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut..SKHHD adalah satu satunya sekolah dari PKG Yan yang telah menyertai kejohanan tersebut dan telah mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan.Tahniah !Cuba lagi tahun hadapan.


 Pasukan perempuan dengan pingat masing-masing

Sebahagian dari 10 peserta lelaki
yang berjaya mendapat tempat ketiga

Wednesday 12 September 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012 - BERMULA 11 - 13 SEPTEMBER ( SELASA - KHAMIS )

Selamat menduduki UPSR wahai semua 149 calon dari SKHHD yang dikasihi  sekelian.Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang seperti yang kita semua impikan .AMINNN...............


Kelihatan kesemua calon sedang berkumpul
dan mendengar pesanan terakhir dari
guru-guru sebelum mereka memasuki
 dewan peperiksaan.

Sunday 2 September 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Kemerdekaan  peringkat sekolah telah berlangsung di dalam suasana meriah di tapak perhimpunan SKHHD pada 30 Ogos yang lalu mulai jam 7.45 pagi.Tema pada tahun ini ialah 'JANJI DITEPATI'.Perayaan dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid.Jalur Gemilang dikibarkan beramai-ramai menandakan   kemegahan dan kesyukuran di atas nilai kemerdekaan yang dinikmati selama ini.

Beberapa orang guru telah dipilih untuk membaca perutusan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong,Menteri Pelajaran dan KPPM.

Upacara menaikkan Jalur Gemilang dan
 nyanyian lagu-lagu patriotik

Murid-murid sedang mengibarkan Jalur Gemilang

... sambil menyanyi lagu-lagu patriotik

Pantun kemerdekaan disampaikan oleh
 murid-murid tahun 5K

Para guru sedang mengibarkan Jalur gemilang

Ustaz Sofi adalah salah seorang
 guru yang  membaca  perutusan

WAHAI JENERASI MUDA,
HAYATI  ERTI KEMERDEKAAN YANG KITA NIKMATI SELAMA INI DAN BERUSAHALAH UNTUK MENGEKALKANNYA

Tuesday 28 August 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN MUNAJAT DAN RESTU IBU BAPA UNTUK CALON UPSR 2012

Suatu majlis bacaan Yassin Munajat dan Restu Ibu Bapa telah diadakan di dewan SKHHD pada hari Isnin,28 Ogos bermula jam 7 hingga 11.30 malam. Ini adalah salah satu dari acara tahunan yang menjadi tradisi sekolah ini sebagai langkah terakhir menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung mulai 11 hingga 13 September yang akan datang.

Suasana syahdu meyelubungi majlis dengan dimulai dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh mantan Pengetua SMKA Yan,Kedah Tuan Haji Ramli bin Haji Shafei yang juga merupakan Khalifah bacaan Yassin Munajat pada malam ini.Ini diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Yassin Munajat selama 1 jam 22 minit,solat Isyaa' berjemaah dan majlis restu waris.Adalah diharapkan semoga majlis seumpama ini dapat menyuntik semangat dan iltizam yang tinggi di kalangan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti.

Makan malam disediakan untuk semua
yang hadir di dalam majlis ini
Para waris hadir seawal jam 6 petang
dan menikmati hidangan
Kemudian Solat Maghrib berjemaah
dan solat Hajat
Diikuti dengan majlis bacaan Yassin Munajat
solat Isyaa'
Calon-calon UPSR bersama waris masing-masing

Kaifiat solat Hajat,Bacaan Yassin Munajat dan
Restu Waris disampaikan oleh Tuan Hj Ramli
Majlis Restu Waris di mana anak akan duduk
 mengadap ibu bapa diiringi dengan
 bacaan ayat Al Quran yang dipimpin oleh Khalifah
Di dalam majlis Restu Waris yang syahdu ini,
ramai yang tidak dapat menahan
air mata  kesedihan dan keinsafan  
Ibu/bapa akan mengusap kepala anak sambil berdoa
dan membaca ayat-ayat suci yang dipimpin oleh Khalifah
Duhai ayahku ,Duhai ibuku ,maafkan aku jika selama
ini daku terlalai,daku berjanji
akan menjadi anak yang taat
dan belajar bersungguh-sungguh untuk
membawa pulang kejayaan
 sebagai hadiah di atas segala pengorbananmu untukku
Ayah sayang kamu,Adam .Belajarlah
 bersungguh-sungguh ya,nak.

PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG AYAH IBU TIADA BATASNYA.
OLEH ITU BALASLAH JASA MEREKA DENGAN BELAJAR
BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBAWA PULANG KEJAYAAN
YANG DAPAT MEMBANGGAKAN MEREKA...
YA ALLAH,AMPUNKANLAH KEDUA IBU BAPAKU,
MASUKKANLAH MEREKA KE DALAM SYURGA FIRDAUSMU
 YA ALLAH...

Sunday 26 August 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH




Majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah diadakan pada hari ini,Ahad 26 Ogos.Semua murid hadir ke sekolah dengan berpakaian Hari Raya penuh warna warni.Mereka membawa kuih muih untuk dihidangkan di kelas masing-masing pada waktu rehat.Selepas waktu rehat,mereka kembali belajar seperti biasa

 Semua murid menghadiri perhimpunan pagi
 untuk acara menaikkan bendera

Lagu Negaraku,Lagu Negeri Kedah dan
 Lagu Sekolah dinyanyikan beramai-ramai
dengan penuh bersemangat

Masing-masing berpakaian lawa hari ini


 5 orang murid 6 S yang berpakaian paling lawa
dengan gaya masing-masing


Dah kenyang makan,mereka bergambar pula...