DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday, 20 April 2013

Latihan kecemasan gas ammonia oleh pihak Petronan Fertiliser,Gurun


Selain dari latihan mencegah kebakaran biasa yang melibatkan pihak sekolah dan bomba, diadakan juga latihan kecemasan gas ammonia oleh pihak Petronas Fertilizer Gurun.Ini adalah kerana pada tahun 2003 SKHHD pernah menerima kesan kebocoran gas ini memandangkan lokasi kilang tersebut dan sekolah yang agak berdekatan. 

Di dalam latihan ini yang diadakan pada hari Khamis 18 April yang lalu, semua guru dan murid menerima penerangan yang jelas oleh pegawai-pegawai yang bertugas  tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya perisitiwa pada tahun 2003 itu berulang kembali.

Pegawai Petronas bahagian keselamatan
 sedang memberi taklimat kepada semua
 guru dan murid
... dan langkah-langkah yang perlu diambil
apabila siren dibunyikan sebentar lagi

Siren sedang dibunyikan dan semua murid
bergegas menuju ke tapak perhimpunan

Semua guru kelas menyemak buku
kedatangan harian murid untuk
memastikan semua murid berada di tapak perhimpunan

air dan tuala diperlukan untuk
menghalang dari terhidu gas ammonia

Murid yang terhidu gas ammonia
akan pengsan kerana gangguan sistem penafasan

 
          Murid diajar cara-cara memberi pertolongan cemas
sementara menunggu bantuan tiba

  
 

 

Ambulance dah tiba,murid yang terhidu
gas akan segera dibawa ke hospital
Seronoknya kena dukung dengan cikgu.Bila lagi...


Pegawai bomba,pegawai Petronas dan Guru Penolong Kanan 1
sedang berbincang tentang sesuatu  mengenai
program yang dijalankan pada hari ini



UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA.
MURID DIDAHULUKAN,KESELAMATAN MURID DIUTAMAKAN.

No comments:

Post a Comment