DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

BICARA BUKU BARU

Siri Cerita Rakyat Dunia Hikayat 1001 malam memaparkan pelbagai kisah dongeng yang popular dari Tanah Arab dan Parsi.Cerita-cerita ini sangat menarik hati dan kaya dengan unsur-unsur teladan yang tentunya dapat membina peribadi pembaca muda.Siri ini sesuai dimasukkan ke dalam Program MBM iaitu memartabat Bahasa Melaysia sebagai warisan bangsa.

Kisah-kisah mukjizat disampaikan dengan menggunakan laras bahasa yang rendah sesuai dengan pemahaman pembaca muda.Ciri-ciri ini dapat menambahkan minat terutama mereka yang berpendidikan agama.Di antara kandungan buku ini ialah :
..Melawat neraka dan syurga
..Mencipta burung
..Memahami bahasa semut dan burung
..Tongkat menjadi ular
..Air menjadi ubat
..Mentafsir mimpi
..Doa nabi Hud a.s
..Kibas yang disembelih
..Kapal di atas bukit
..Mengeluarkan unta dari bukit
..Menyelamatkan isteri
..malaikat menjadi tetamu

Siri Riwayat Nabi Muhammad a.s. diterbitkan untuk menambahkan pengetahuan tentang baginda.Kisah-kisah di dalam siri ini dapat memberi kesedaran di kalangan kanak-kanak sekali gus menyemai perasaan cinta kepada baginda dan Agama Islam.Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak dan suku kata yang diwarnakan dapat membantu penyampaian cerita-cerita dengan lebih berkesanIlustrasi bewarna warni pula dapat memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Siri Why ?
Adalah buku Sains mengenai :
#enciptaan dan penemuan
#Bintang dan buruj
#Tenaga dan jirim
#Tubuh kita
#Komputer
#Robot

Adalah komik DIDIK EUREKA mengenai penemuan yang mengagumkan sepanjang zaman
Judul-judul di dalam siri ini di antaranya ialah :
Lif,Lokomotif,Mesin jahit,Teleskop,periuk nasi elektrik,Enjin diesel dan banyak lagi



DAPATKAN BUKU-BUKU INI DI PERPUSTAKAAN SEKARANG.SELAMAT MEMBACA.