DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday, 2 November 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Acara untuk Hari Anugerah Cemerlang ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah pada hari Rabu  2 November,2011 mulai jam 8.30 hingga 11.30 pagi.Ia te;ah dirasmikan oleh YDP PIBG SKHHD,En Ku Abd Razak bin Ku Ismail,AMN,BKM,PPN ,PJK.Berbagai aturcara telah disusun untuk majlis ini di antaranya persembahan nasyid,anugerah graduasi PRA sekolah,dikir barat,boria,penyampaian hadiah-hadiah dan sebagainya.

Para penerima hadiah menunggu giliran
di tempat masing-masing

Tidak sabar-sabar nampaknya.... 

Murid-murid PRA dengan pakaian graduasi
sedang bersiap sedia menunggu giliran

Pembukaan majlis dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran
oleh adik Rabiatul Adawiyah dari Tahun 2

Disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sofi

Ucapan aluan dan laporan sekolah disampaikan
 oleh Puan Guru besar

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG,En Ku Abd Razak Ku Ismail


Acara graduasi murid PRA sekolah


Adik Nur Mardhiyah dai Thn 2 sedang menerima hadiah
pencapaian tertinggi mata pelajaran

Acara selingan oleh kumpulan Nasyid sekolah

Hadiah khas pencapaian tertinggi Program NILAM dimenangi
 oleh Nur Nadia Husna bt Mohd Daud  dari Thn 5S.
Beliau menerima sebuah basikal bernilai RM 200.00

Acara selingan ,tarian Agogo oleh murid PRA

Anugerah Khas,Tokoh Ko Kurikulum 2011 disandang
 oleh Mohd Zhafir bin Mohd Yusoff dari Thn 6S

Tokoh murid 2011 disandang oleh  Aida Nasuha bt Roslan
dari Thn 6K,Tahniahhh....

Nyanyian menusuk kalbu bertajuk ,Ohh Ibu...
oleh Mohd Asyraf b.
Ismail, 5A

Persembahan Boria oleh murid Thn 6
mengakhiri acara pada hari ini.


Sebahagian dari para hadirin yang  memenuhi dewan
 bagi meraikan majlis

Tahniah kepada semua murid yang telah menerima hadiah bagi kategori masing-masing. Teruskan usaha anda untuk pencapaian yang  seterusnya di masa yang akan datang.


.

No comments:

Post a Comment