DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday 23 June 2011

INSENTIF KECEMERLANGAN PRA UPSR 2011

UPSR tahun 2011 bakal menjelang .Hanya lebih kurang 80 hari lagi masa yang berbaki  untuk  murid-murid tahun 6 bertungkus lumus belajar dan   mengulangkaji pelajaran masing-masing.Seramai 158 calon akan menduduki peperiksaan UPSR pada  13 hingga 15 September nanti. Baru-baru ini telah diadakan suatu majlis penyampaian insentif kecemerlangan Pra UPSR kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan yang cemerlang bagi 3 bulan berturut-turut iaitu Mac,April dan Mei ( Ujian Pertengahan Tahun ).Insentif berupa sedikit wang tunai mengikut tahap pencapaian masing-masing iaitu yang mendapat 5A bagi setiap ujian bagi kelas 6K dan 6S,yang mendapat sekurang-kurangnya 3A bagi kelas 6S, lulus semua mata pelajaran bagi kelas 6G dan lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran bagi kelas 6A.Seramai 50 calon UPSR telah dipilih untuk menerima insentif tersebut. Didalam peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu, 100 atau 63.3 peratus dari 158 orang murid telah lulus di dalam semua mata pelajaran UPSR .12 orang telah mendapat keputusan 5A dan 10 orang telah mendapat 4A 1B. Manakala GP bagi keseluruhan mata pelajara pula n ialah 2.36


 Salah seorang murid   yang   menerima   insentif  kecemerlangan Pra UPSR, Anisah Hani dari kelas 6K
Ucapan tahniah dan pesanan untuk terus berjaya  dari Puan Guru Besar
Sebahagian dari 50 orang murid yang menerima insentif. Kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya.Tingkatkan usaha anda untuk kecemerlangan sekolah yang kita cintai ini.Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa cuba lagi.Ingatlah bahawa usaha itu tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment