DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Tuesday 27 September 2011

JAMUAN MERAIKAN KECEMERLANGAN SKHHD DI BIDANG KO-KURIKULUM DAN KO - AKADEMIK THN 2011K



Pencapaian keseluruhan SKHHD di bidang ko- kurikulum dan ko- akademik pada tahun 2011 adalah sangat membanggakan di mana para pelajarnya telah berjaya melayakkan diri di dalam :

* 4 acara hingga ke peringkat kebangsaan

1.Kejohanan Bola sepak MSM pada 6 - 8 Mei di P.Pinang - Ketiga
2. Kejohanan MSM sepak takraw di Terengganu pada 30 Mei - 5 Jun - Penyertaan
3. Korobori Pengakap Malaysia di Melaka pada 9 - 17 Mac - Penyertaan
4. Ujian Tid Prgkt Kebangsaan,K.Lumpur pada 24-28 Jun - Penyertaan

* 9 acara di peringkat  negeri Kedah 

1. Kejohanan Bola jaring negeri Kedah  di Kulim pada 21 - 23 April - ke 3
2. Kejohanan catur Negeri Kedah di SMK Langkawi pada 28 - 30 April - penyertaan
3. Kejohanan bola baling Negeri Kedah di Baling pada 25 - 30 April - penyertaan
4. Kejohanan bola sepak Negeri Kedah di Pendang pada 21 - 24 April - ke 3
5. Spelling competition Negeri Kedah di SK Sg Tiang -Penyertaan
6. Kejohanan sepak takraw negeri Kedah di Jenun pada 11 - 15 Mei - Johan berpasukan,Naib johan,regu
7. Kejohanan bola sepak 10 thn Negeri Kedah pada 29 - 30 Julai di SMK Mergong -ke 3
8. Kejohanan bola sepak 11 tahun Negeri Kedah di SMK Mergong pada 29 - 30 Julai - penyertaan
9. Pertandingan mewarna Hari Puteri Negeri Kedah di SK Kuala Ketil pada 14 Mei - naib johan

* 16 acara di peringkat Kuala Muda /Yan

Di peringkat PKG Yan mereka telah menjadi johan di dalam  10 acara dari 16 acara yang dipertandingkan .Di antaranya termasuklah Olahraga KMY,Kejohanan Bola sepak KMY,Kejohanan bola jaring KMY,Pertandingan MTQ KMY,Pertandingan Choral Speaking KMY,Kejohanan sepak takraw KMY,Kejohanan bola baling KMY ( perempuan dan lelaki ),Kejohanan catur KMY,Pertandingan bercerita dan Pidato  KMY,  Hari Puteri Islam KMY,Spelling Competition KMY,Pertandingan catur KMY, Kejohanan bola sepak 10 tahun KMY, Kem Kemanisan Iman KMY dan Kursus 1M 1S KMY.

Tahniah kepada semua peserta pertandingan dan guru-guru serta  jurulatih yang terlibat. Semoga segala komitmen dan usaha  anda semua akan dapat dikekalkan  dan dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan.INSYAALLAH.


Maka, bagi meraikan kejayaan tersebut,pihak sekolah telah mengadakan suatu majlis jamuan khas ( high tea ) bagi meraikan para peserta yang telah mewakili sekolah di dalam semua pertandingan yang diadakan  pada tahun ini.Majlis tersebut telah diadakan pada hari Selasa,27 September mulai jam 2 petang hingga 3.30 petang.Semua guru turut di jemput untuk menjamu selera serta memeriahkan  majlis ini.


Juruacara majlis pada hari ini,Puan Naimah  Ghazali

Majlis dimulai dengan bacaan doa kesyukuran
 dipimpin oleh Ustaz Mohd Aridi


Ucapan tahniah  dan kata-kata perangsang
 oleh Puan Guru Besar


Di antara guru dan murid yang hadir 
memenuhi dewan
Di antara peserta pertandingan yang mewakili sekolah bagi
berbagai acara pada tahun ini

Murid beratur untuk mengambil juadah

Berbagai  jenis makanan istimewa ada  disediakan



SELAMAT MENJAMU SELERA UNTUK SEMUA YANG HADIR

JANGAN SEGAN-SEGAN NAA...
DOAKAN UNTUK KEJAYAAN KITA YANG SETERUSNYA...
TAMBAH LAGI CIKGU ....
JOM KITA DUDUK MAKAN SEKALI,CIKGU...
MANA-MANA PI..SATAY TAK LEPAS PUNYA ....
KENYANG DAH KA, MENGANTUK NAMPAK....




TAHNIAH DAN SEJAMBAK BUNGA UNTUKMU.....SKHHDKU


No comments:

Post a Comment