DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday 10 September 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT,BACAAN YASSIN MUNAJAT DAN RESTU ILMU MENJELANG UPSR

Suatu majlis yang shahdu dan penuh bermakna bagi anak-anak yang bakal menduduki UPSR telah diadakan didewan SKHHD pada hari Jumaat 9 September mulai jam 6.00 hingga 11.15  malam.Calon-calon ini telah diraikan oleh guru-guru dan  ibu bapa masing-masing melalui aktiviti Solat Hajat,Bacaan Yassin Munajat dan Restu Ilmu yang telah dirancang oleh pihak sekolah sebagai langkah terakhir sebelum menjelangnya UPSR yang akan berlangsung mulai 13 hingga 15 September ini.Semoga Allah  merestui aktiviti yang mulia dan penuh barakah ini  dan seterusnya memakbulkan setiap doa yang dipanjatkan kehadratNya agar kecemerlangan UPRS tahun ini bakal menjadi milik kita semua.AMIN...

Semua ibu bapa dan murid hadir seawal jam 6 petang
dan berkumpul di dewan

Ustaz Ramli memberi penerangan mengenai kaifiat
Solat Hajat dan Yassin Munajat serta fadhilat

 bagi amalan ini

Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat


Bacaan Yassin Munajat yang lengkap dan mengambil masa
 lebih kurang 1 jam 20 minit
Majlis Restu Ilmu para Ibu Bapa dan anak masing-masing
yang bakal menduduki peperiksaan.Tidak ada ibu bapa atau 

anak-anak yang hadir pada malam ini yang 
tidak mengalirkan air mata di dalam 
aktiviti yang syahdu ini.

Restu Ilmu Guru dan Murid






Tersentuhnya jiwa anak-anak jika dibelai dan diberi
 perhatian seumpama ini oleh ibu bapa .Ini akan melahirkan kesedaran
 dan kesungguhan untuk lebih berusaha agar berjaya sebagai
 hadiah demi membalas jasa ibu bapa yang 
telah melahirkan dan membesarkan dengan bersusah payah.

Dan ingatlah bahawa sekeras-keras hati manusia,ia akan tetap bermuhasabah diri dan hati akan menjadi lembut juga
 akhirnya jika ditiup dengan iman dan takwa
serta perhatian dan kasih sayang serta
 doa restu dari orang tuanya.

Tuan Haji Ramli sebagai Khalifah pada malam ini
merupakan mantan Pengetua SMKA Yan.


Tuan Haji Ramli di samping En Sahudin Harun,
PK 1 SKHHD

2 comments:

  1. Semoga apa yang dirancang, Allah diberkati di makbulNya, InsyaAllah........

    ReplyDelete
  2. Semoga allah memberkati usaha murni kita...Amin...

    ReplyDelete