DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Friday 20 April 2012

KEJOHANAN PERMAINAN -PERMAINAN BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH THN 2012

Pasukan bola baling perempuan, PKG Yan yang diwakili oleh SKHHD,SK Dulang dan SK Yan Kecil telah berganding bahu di dalam menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat KMY yang telah diadakan pada 1 dan 2 April yang lalu.Alhamdulillah,setelah berpenat lelah mengharungi pertandingan yang sengit,mereka akhirnya telah berjaya mendapat tempat ketiga ( bwh 12 thn ).Tahniah kepada semua peserta pertandingan dan para jurulatih yang telah memberikan komitmen yang tinggi.


Para peserta PKG Yan sedang menerima ucapan tahniah
dan medal dari Puan Hjh Salmah,,Penolong PPD  KMY
bahagian Hal Ehwal Pelajar

Berbangga dengan medal masing-masing
di samping jurulatih

Sebelum bersurai,cikgu belanja
makan ayam Kentucky di  KFC,Gurun

Ni sijil peringkat KMY tau,mahal tu...
simpan elok-elok naa...
Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SKHHD terus mara
ke peringkat KMY pada awal bulan April yang lalu.Mereka juga
mendapat tempat ketiga,Tahniah!!!
(Kelihatan para peserta pertandingan bergambar dengan
salah seorang dari  jurulatih mereka,Ustaz Mohd Aridi )


Pasukan bola jaring bawah 12 tahun SKHHD juga
telah mara ke pertandingan  peringkat KMY yang
 diadakan di Sungai Petani awal April yang lalu.
Mereka juga berjaya mendapat tempat ketiga.Tahniah!!!

Ini ialah pasukan sepak takraw SKHHD yang
telah mewakili PKG Yan ke pertandingan peringkat KMY.
Mereka juga mendapat tempat ketiga.Tahniah!!!
( Kelihatan para peserta disamping salah seorang dari jurulatih mereka,Ustaz Mohd Sofi )
APA PUN,TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.INSYAALLAH TAHUN
 HADAPAN KITA AMBIL TEMPAT PERTAMA PULA.SELAMAT BERUSAHA DARI SEKARANG...

No comments:

Post a Comment