DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Friday 20 April 2012

JOHAN AZAN TAHAP 2

Kemiskinan bukanlah batu penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Itulah semangat yang telah ditunjukkan oleh Tengku mohd Faris,penghuni Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Rotan ,Guar Chempedak.Beliau yang juga murid Tahun 5 sekolah ini telah  menjadi johan pertandingan azan  Tahap 2 di dalam Majlis Kokurikulum SPI,KAFA Peringkat Zon Kedah Tengah baru-baru ini.Pada 10 Mei depan,Tengku Mohd Faris akan mewakili Zon ke peringkat negeri Kedah yang akan diadakan di SK Pendang.Tahniah,sama-samalah kita doakan untuk kejayaann beliau yang seterusnya.



Tengku Mohd Faris di samping piala
yang dimenangidan Puan Guru Besar yang amat berbangga di atas kejayaannya.

Beliau memperdengarkan azannya
sekali lagi kepada semua rakan-rakan
dan guru-guru  sekolah

No comments:

Post a Comment