DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday, 31 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


Wahai Rasul S.A.W. yang dikasihi oleh Allah dan sekelian umat muslimin dan muslimat,kini sambutan hari kelahiranmu tiba lagi untuk kesekian kalinya.Di saat ini kami tidak akan lepaskan peluang untuk bersalawat dan mengadakan majlis meraikanmu sebagai tanda kasih sayang kami terhadap insan agung penunjuk jalan kebenaran.


Bagi anak-anak didik kami yang masih kecil ini keimanan mereka perlu disemarak dan diperkukuhkan lagi dengan kisah-kisah mengenai sirahmu
agar iktibar darinya dapat diambil bagi membentuk jiwa dan sahsiah serta jati diri mereka seperti yang dituntut oleh Agama.

Sehubungan itu,pada hari ini 30 Januari ,telah diadakan suatu majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bermula jam 10.45 hingga 1.00 tgh.Penceramah khas pada hari ini ialah Cikgu Haji Ramli dari sekolah ini sendiri.Beliau merupakan penceramah bebas yang agak terkenal dan banyak menerima jemputan untuk berceramah agama di sekolah-sekolah di kawasan ini. 

Banyak maklumat yang kami semua dapat dari ceramah beliau yang sangat menarik .Di antaranya ialah sifat-sifat fizikal nabi,keluarga baginda,sejarah kelahiran,kisah sejarah kaabah yang hendak diserang oleh kumpulan gajah,kisah peperangan,dan yang paling menyentuh hati semua ialah kisah di saat-saat kewafatan baginda.

Selain itu majlis diselangseli juga dengan nasyid memuji Nabi dan pantun .


Bacaan doa dipimpin oleh
Ustaz Mohd Nazer b Yob

Tuan Haji Ramli sedang berceramah

Sesiapa yang dapat menjawab soalan
diberikan hadiah


Semua murid nampak begitu berminat
sekali dengan kisah Nabi

Rabiul Awal menjelang lagi
12 Rabiul Awal detik bermula
Kekasih Allah itulah Nabi
Rasul pilihan sungguh istimewa

Nabi Muhammad kekasih Allah
Mendidik kita menjadi hamba
Janganlah kita suka membantah
Agar hidup akan bahagia

Sunday, 13 January 2013

MAJLIS PERSARAAN CIKGU WAN AZYAN BT KAMARUDIN

Assalamualaikum dan masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM YANG BARU dari saya kepada anda semua pembaca halaman blok ini.Sekali sekala saya kemaskinikan blok yang tidak sepertinya ini apabila ada sesuatu yang nak dikongsi bersama,mudah mudahan tahun 2013 ini akan lebih bermakna pada kita semua tidak kira siapa pun kita.Setiap orang tidak kira tua atau muda,miskin atau berharta semuanyan ada peranannya masing-masing sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Pendek kata hiduplah dengan membuat kebaikan  dan memberi menfaat kepada orang lain semoga di akhirat nanti,kita ada membawa sesuatu untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t dann semoga kita diredhai olehNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat balasan syurga.


Ini kisah yang sangat menyentuh hati kami semua di SKHHD.Di saat menaip blok ini air mata tidak terasa mengalir bercucuran.Terasa sedih,hiba dan kehilangan sesuatu yang tiada gantinya apabila Kak Yan atau Cikgu Wan Azyan telah bersara dari menjadi guru di sekolah ini. Selama 22 tahun beliau di sini begitu banyak sekali jasa dan baktinya yang dicurahkan kepada kami semua.Di dalam mendidik anak muridnya,beliau begitu lembut tapi tegas.Di dalam pergaulan pula ,beliau begitu mesra,senang didekati dan suka menolong sesama rakan seperjuangan.

Sudah hampir 13 tahun beliau menderita penyakit buah pinggang yang menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital Alor Setar sebanyak  3 kali seminggu untuk menjalani homodialisis.

Disebabkan ketabahan yang tinggi dan redha dengan ketentuan Ilahi,beliau tidak pernah menjadikan ini semua sebagai alasan untuk merungut atau menimbulkan masalah di dalam urusan kerja di sekolah.Segala tanggungjawab sama dipikul seperti insan biasa lain yang sihat,Subhanallah.

Wahai rakan-rakan sekalian,sesungguhnya Kak Yan boleh dijadikan contoh untuk kita semua.Marilah kita sama-sama berdoa agar Kak Yan semakin pulih dan dapat menjalani usia persaraannya dengan tenang dan bahagia.

SELAMAT BERSARA KAK YAN.IKUTILAH PANTUN DARI KAMI:

WAJAH AYU UMPAMA RATU
PAKAIAN PULA DARI BALDU
WALAU PUN JAUH BERIBU BATU
NAMUN DI HATI TETAP MERINDU

WALAU KITA DITAKDIRKAN BERPISAH
TETAPI HANYA JARAK DAN WAKTU
KALAU HATI RASA GELISAH
DATANGLAH KE SKHHD MENGUBAT RINDU.



CIKGU WAN AZYAN BT KAMARUDIN
( SENYUM DALAM KESEDIHAN )

UCAPAN TERAKHIR KAK YAN
 KEPADA WARGA SKHHD

KAK YAN DIRAIKAN DI DALAM MAJLIS
 YANG MERIAH DAN SYAHDU
TERIMALAH HADIAH SEBAGAI
KENANGAN DARI KAMI

ACARA MEMOTONG KEK SELAMAT BERSARA

MURID-MURID PUN TURUT SEDIH

SALAM PERPISAHAN DENGAN SEMUA MURID

CIKGU-CIKGU PUN TAK LEPAS PELUANG
 UNTUK SALAM DENGAN KAK YAN,
MAAFKAN KAMI JIKA ADA SALAH DAN SILAP
MAKAN MINUM MINTA HALALKAN

BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SEBELUM
 HANTAR KAK YAN PULANG

LAMBAIAN KASIH DARI MURID-MURID THN 6


SIAP DGN BUNGA MANGGAR LAGI


DAH TIBA KAT PERKARANGAN RUMAH KAK YAN



JANGAN LUPA KAMI YA KAK YAN.JUMPA LAGI....

SEDIHNYA...

Thursday, 3 January 2013

PERTANDINGAN D ' ARTS PERINGKAT KEBANGSAAN DI BALAI SENI VISUAL NEGARA,KUALA LUMPUR

Pertandingan D'Arts Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Balai Seni Visual Negara,Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Oktober 2012 yang lalu.Seorang murid  SKHHD iaitu Santhiya a/p Visvanathan dari kelas 5 Cerdik telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini.

Para peserta dari seluruh negara terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.Hasil lukisan Santhiya telah terpilih di kalangan 20 peserta terbaik pertandingan .Beliau telah menerima hadiah saguhati dan sijil penyertaan.Tahniah diucapkan,sesungguhnya SKHHD amat berbangga dengan pencapaian anda dan semoga ia dapat memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.



                              Santhiya ( berdiri  dua dari kanan ) di samping 
                  sebahagian dari para peserta lain yang menyertai 
               pertandingan di samping hasil lukisan masing-masing


Di sinilah pertandingan ini diadakan

Santhiya di samping guru pembimbingnya
,Puan Noridah dan temannya

Santhiya semasa ditemuramah oleh
wakil pihak penaja pertandingan

Santhiya di samping hasil lukisannya yang
 bertemakan 'haiwan teladan'

PERTANDINGAN BATTLEBOT PINTAR PERINGKAT KEBANGSAAN DI LEGOLAND 2012

Dua orang peserta dari SKHHD telah terpilih untuk menyertai pertandingan akhir Battlebot Pintar  di peringkat kebangsaan yang telah berlangsung pada 7 hingga 9 November 2012 yang lalu di Legoland New York Hotel,Johor Bharu.Mereka ialah Mohd Amirul Naim bin Mohd Rodzi dari kelas 5 Cerdas dan A'mal Nabihah bt Tajudin dari 5 Cerdik.Di dalam pertandingan tersebut mereka telah berjaya mendapat tempat keempat dan memenangi wang tunai serta hamper sumbangan penaja.
Tahniah diucapkan kepada kedua peserta dan guru yang membimbing iaitu Puan Noridah bt Ayob serta pihak yang terlibat di dalam menjayakan pertandingan ini.SKHHD amat berbangga dengan anda semua dan semoga pada tahun 2013 , banyak lagi acara seumpama ini akan dapat disertai oleh murid-murid sekolah ini .

Mohd Amirul Naim dan A'mal Nabihah di samping
Puan Noridah ( kanan ) dan Puan Naimah yang
 mengiringi mereka ke Legoland

Sebahagian dari para peserta di samping hadiah
dan guru-guru pengiring

Para peserta pertandingan bergambar beramai-ramai
di bahagian hadapan Legoland



Mohd Amirul Naim dan A'mal Nabihah
 semasa menyertai pertandingan


Mohd Amirul Naim dan A'mal Nabihah 
berbangga dengan trofi dan hamper yang dimenangi




TAHNIAH !!! TINGKATKAN PRESTASI DI TAHUN 2013 INI
DEMI SKHHD...

Wednesday, 21 November 2012

KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2012


Kepututusan UPSR telah diumumkan pada 19 November yang lalu.Seramai 33 orang calon telah mendapat 5A dan 17 calon telah mendapat 4A 1B.Peratus pencapaian bagi setiap mata pelajaran pula : B.Melayu Pemahaman 92.6%,B.Melayu Penulisan 89.2%,Bhs Inggeris 87.2%,Matematik 91.2,Sains 89.9.Peratus lulus keseluruhan   mata pelajaran   ialah 80.5 %.Dari kesemua 149 calon,120 telah lulus di dalam semua mata pelajaran.   

Tahniah kepada semua calon dan guru-guru SKHHD yang telah berusaha untuk kejayaan ini.Syukur,Alhamdulillah.Semoga meningkat lagi pada tahun hadapan.

Seramai 33 calon yang mendapat 5A di samping sebahagian
dari guru-guru tahun 6

Sebahagian dari calon-calon yang mendapat 4A 1B
di samping guru-guru mereka.

KEJOHANAN BOLA BALING LUAR MUSIM BAWAH 11 TAHUN PRGKT KMY 2012

Suatu kejohanan Bola Baling peringkat  KM/Y telah diadakan di SK Sungai Pasir pada 6 dan 7 November yang lalu.Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut..SKHHD adalah satu satunya sekolah dari PKG Yan yang telah menyertai kejohanan tersebut dan telah mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan.Tahniah !Cuba lagi tahun hadapan.


 Pasukan perempuan dengan pingat masing-masing

Sebahagian dari 10 peserta lelaki
yang berjaya mendapat tempat ketiga