Wahai Rasul S.A.W. yang dikasihi oleh Allah dan sekelian umat muslimin dan muslimat,kini sambutan hari kelahiranmu tiba lagi untuk kesekian kalinya.Di saat ini kami tidak akan lepaskan peluang untuk bersalawat dan mengadakan majlis meraikanmu sebagai tanda kasih sayang kami terhadap insan agung penunjuk jalan kebenaran.
Bagi anak-anak didik kami yang masih kecil ini keimanan mereka perlu disemarak dan diperkukuhkan lagi dengan kisah-kisah mengenai sirahmu
agar iktibar darinya dapat diambil bagi membentuk jiwa dan sahsiah serta jati diri mereka seperti yang dituntut oleh Agama.
Sehubungan itu,pada hari ini 30 Januari ,telah diadakan suatu majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bermula jam 10.45 hingga 1.00 tgh.Penceramah khas pada hari ini ialah Cikgu Haji Ramli dari sekolah ini sendiri.Beliau merupakan penceramah bebas yang agak terkenal dan banyak menerima jemputan untuk berceramah agama di sekolah-sekolah di kawasan ini.
Banyak maklumat yang kami semua dapat dari ceramah beliau yang sangat menarik .Di antaranya ialah sifat-sifat fizikal nabi,keluarga baginda,sejarah kelahiran,kisah sejarah kaabah yang hendak diserang oleh kumpulan gajah,kisah peperangan,dan yang paling menyentuh hati semua ialah kisah di saat-saat kewafatan baginda.
Selain itu majlis diselangseli juga dengan nasyid memuji Nabi dan pantun .
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazer b Yob |
Tuan Haji Ramli sedang berceramah |
Sesiapa yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah |
Semua murid nampak begitu berminat sekali dengan kisah Nabi |
Rabiul Awal menjelang lagi
12 Rabiul Awal detik bermula
Kekasih Allah itulah Nabi
Rasul pilihan sungguh istimewa
Nabi Muhammad kekasih Allah
Mendidik kita menjadi hamba
Janganlah kita suka membantah
Agar hidup akan bahagia
No comments:
Post a Comment