DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 13 January 2013

MAJLIS PERSARAAN CIKGU WAN AZYAN BT KAMARUDIN

Assalamualaikum dan masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM YANG BARU dari saya kepada anda semua pembaca halaman blok ini.Sekali sekala saya kemaskinikan blok yang tidak sepertinya ini apabila ada sesuatu yang nak dikongsi bersama,mudah mudahan tahun 2013 ini akan lebih bermakna pada kita semua tidak kira siapa pun kita.Setiap orang tidak kira tua atau muda,miskin atau berharta semuanyan ada peranannya masing-masing sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Pendek kata hiduplah dengan membuat kebaikan  dan memberi menfaat kepada orang lain semoga di akhirat nanti,kita ada membawa sesuatu untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t dann semoga kita diredhai olehNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat balasan syurga.


Ini kisah yang sangat menyentuh hati kami semua di SKHHD.Di saat menaip blok ini air mata tidak terasa mengalir bercucuran.Terasa sedih,hiba dan kehilangan sesuatu yang tiada gantinya apabila Kak Yan atau Cikgu Wan Azyan telah bersara dari menjadi guru di sekolah ini. Selama 22 tahun beliau di sini begitu banyak sekali jasa dan baktinya yang dicurahkan kepada kami semua.Di dalam mendidik anak muridnya,beliau begitu lembut tapi tegas.Di dalam pergaulan pula ,beliau begitu mesra,senang didekati dan suka menolong sesama rakan seperjuangan.

Sudah hampir 13 tahun beliau menderita penyakit buah pinggang yang menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital Alor Setar sebanyak  3 kali seminggu untuk menjalani homodialisis.

Disebabkan ketabahan yang tinggi dan redha dengan ketentuan Ilahi,beliau tidak pernah menjadikan ini semua sebagai alasan untuk merungut atau menimbulkan masalah di dalam urusan kerja di sekolah.Segala tanggungjawab sama dipikul seperti insan biasa lain yang sihat,Subhanallah.

Wahai rakan-rakan sekalian,sesungguhnya Kak Yan boleh dijadikan contoh untuk kita semua.Marilah kita sama-sama berdoa agar Kak Yan semakin pulih dan dapat menjalani usia persaraannya dengan tenang dan bahagia.

SELAMAT BERSARA KAK YAN.IKUTILAH PANTUN DARI KAMI:

WAJAH AYU UMPAMA RATU
PAKAIAN PULA DARI BALDU
WALAU PUN JAUH BERIBU BATU
NAMUN DI HATI TETAP MERINDU

WALAU KITA DITAKDIRKAN BERPISAH
TETAPI HANYA JARAK DAN WAKTU
KALAU HATI RASA GELISAH
DATANGLAH KE SKHHD MENGUBAT RINDU.



CIKGU WAN AZYAN BT KAMARUDIN
( SENYUM DALAM KESEDIHAN )

UCAPAN TERAKHIR KAK YAN
 KEPADA WARGA SKHHD

KAK YAN DIRAIKAN DI DALAM MAJLIS
 YANG MERIAH DAN SYAHDU
TERIMALAH HADIAH SEBAGAI
KENANGAN DARI KAMI

ACARA MEMOTONG KEK SELAMAT BERSARA

MURID-MURID PUN TURUT SEDIH

SALAM PERPISAHAN DENGAN SEMUA MURID

CIKGU-CIKGU PUN TAK LEPAS PELUANG
 UNTUK SALAM DENGAN KAK YAN,
MAAFKAN KAMI JIKA ADA SALAH DAN SILAP
MAKAN MINUM MINTA HALALKAN

BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SEBELUM
 HANTAR KAK YAN PULANG

LAMBAIAN KASIH DARI MURID-MURID THN 6


SIAP DGN BUNGA MANGGAR LAGI


DAH TIBA KAT PERKARANGAN RUMAH KAK YAN



JANGAN LUPA KAMI YA KAK YAN.JUMPA LAGI....

SEDIHNYA...

No comments:

Post a Comment