DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday 22 February 2012

PELANCARAN NILAM 2012

Majlis pelancaran Program NILAM tahun 2012 telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar  di Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 12 hb Februari yang lalu.Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca sangat dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan generasi gemar membaca.  Diharap pada tahun ini,program ini dapat berjalan dengan lancar dan meningkatkan penglibatan semua murid di sekolah ini

Detik-detik pelancaran Program NILAM










Majlis diserikan dengan Adik Aimin Irdina bt Junaidi,
murid Tahun 1 , bercerita
 mengenai kisah Tikus muda,
kucing dan ayam jantan.Sungguh pun
 baru 2 bulan masuk sekolah,bacaannya 
begitu lancar dan yakin sekali


Selesai bercerita,beliau mendapat pujian dan hadiah dari
Puan Guru Besar.
Semoga menjadi contoh kepada kawan-kawannya yang lain.

No comments:

Post a Comment