DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday 23 February 2012

RUTIN HARIAN PUSTAKAWAN

Pustakawan mempunyai jadual tugas harian yang agak padat. Pada waktu rehat setiap hari,mereka bergilir-gilir menjalankan tugasan yang ditetapkan oleh guru perpustakaan.Di antara tugasan harian mereka ialah melaksanakan proses meminjam dan memulangkan buku-buku oleh pengguna perpustakaan,mengemas bilik dan menyusun buku-buku di rak mengikut sistem Dewey,membaik pulih buku-buku rosak dan lain-lain lagi.Setiap hari mereka diberi tunjuk ajar dan teguran oleh guru tentang car-cara menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

Menguruskan proses pinjaman dan
 pemulangan buku

Teliti kad pinjaman agar buku tidak hilang

Nur Ariffah dan Tasnim  sudah cekap bertugas
di meja kaunter pinjaman

Syazwana sedang menyusun buku-buku di rak

Begitu juga pustakawan putera berdua ni...

Nabilah dan rakannya menyusun buku
 cerita untuk murid tahap 1

Buku-buku rujukan dan kamus disusun di sini
PUSTAKAWAN BERJASA,PERPUSTAKAAN CERIA,PENGGUNA BAHAGIA.SELAMAT BERTUGAS......

No comments:

Post a Comment