DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday 15 February 2012

PROGRAM MOTIVASI WARIS THN 6


Program motivasi untuk waris thn 6 telah diadakan pada  11 Februari,Sabtu yang lalu di dewan sekolah mulai jam 9.30 hingga 11.30 pagi.Penceramah jemputan untuk majlis ini ialah Dato' Dr Ahmad Faiz bin Hamid,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia.

Tajuk ceramah tersebut ialah 'Waris Cemerlang,Anak Gemilang'


Kehadiran para waris pada majlis ini sungguh memberangsangkan sekali.Tahniah!Anda semua adalah waris yang prihatin...



Waris mendaftar dan berada di dewan sekolah
 seawal jam 8.30 pagi




Ada sesuatu yang diperkatakan oleh Tuan Hj Sahudin bin Harun,
PK 1 SKHHD kepadaYang Berbahagia Dato' Dr Ahmad Faiz


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh
 Ustaz Mohd Nazer


Ceramah motivasi yang penuh dengan kata-kata 
semangat oleh Dato'Dr Ahmad Faiz


Sementara itu para guru wanita sibuk menyediakan 
bungkusan makanan untuk para waris


Di antara guru AJK jamuan pada hari ini,Puan Rohani 
dan Puan Nang Fadzillah


Selesai mendengar ceramah,para waris beratur 
mengambil makanan sebelum bersurai

No comments:

Post a Comment