DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday 7 March 2012

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT PKG YAN

Kejohanan Bola Baling adalah di antara acara tahunan yang kelolakan oleh PKG Yan.Tujuan kejohanan ini diadakan di antara lain adalah bertujuan untuk mencungkil bakat - bakat baru di kalangan murid dan seterusnya mengasah bakat dan kebolehan mereka yang terpilih untuk mewakili PKG ke kejohanan di peringkat KMY dan seterusnya ke peringkat negeri.Pasukan bola baling SKHHD ( lelaki dan perempuan ) tidak ketinggalan turut menyertai kejohanan ini yang diadakan di padang SK Yan Kecil,Yan pada hari Isnin, 5 dan 6 Mac yang lalu bermula jam 2.15 petang.
Di dalam kejohanan tersebut pasukan perempuan (SKHHD) telah berjaya menjadi juara manakala pasukan lelaki telah mendapat tempat ketiga.
Tahniah kepada semua jurulatih,guru-guru dan lain-lain pihak yang telah memberi komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya kejayaan ini .




Perlawanan di antara pasukan SKHHD 
dan SK Langkasuka

 Pasukan SKHHD bergambar kenangan dengan
 pasukan SK Sg Yan sebelum mereka bertanding
di padang 1


Saat paling gembira ialah apabila diumumkan sebagai juara
dan menerima pingat emas dari Pengerusi PKG Yan ,
Tuan Haji Paimin b Paiman


Bergambar kenangan dengan jurulatih,Puan Jusnani 
dan Puan Faizah serta guru pengiring Ustazah Rosidah





Pasukan lelaki yang segak bergaya sedang
bersedia untuk memulakan
 perlawanan yang diadakanpada hari Selasa 6 hb Mac
14 Pingat emas yang dimenangi
oleh peserta perempuan

Pingat gangsa untuk tempat ketiga,lelaki
Para peserta kejohanan dengan pingat
masing-masing di samping jurulatih,Ustaz Mohd Aridi

No comments:

Post a Comment