DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Friday 2 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 , TAHUN 2012

Mesyuarat Agung PIBG adalah acara tahunan  wajib di setiap sekolah di negara kita.Tujuan mesyuarat ini diadakan di antara lain adalah  untuk mengeratkan silaturrahim di antara  sesama waris dan guru,bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta  mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan sekolah,  ke arah melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

Pada hari Khamis,1 Mac yang lalu,telah diadakan mesyuarat ini untuk kali ke 26 bertempat di dewan sekolah mulai jam 2.00 hingga 6.00 petang.Majlis telah dirasmikan oleh jemputan khas iaitu Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Fatahi bin Hj Omar BKM,PJK yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah merangkap Naib Presiden Persatuan Kontraktor Malaysia.

Kehadiran para waris begitu memberangsangkan sekali sehingga memenuhi dewan sekolah.

Ketibaan jemputan khas disambut oleh Puan Guru Besar,
Penolong Kanan Sekolah dan AJK PIBG
dengan paluan kompang dan bunga manggar

Pasukan kompang kelihatan begitu segak
 dengan uniform mereka

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran oleh
 Adik Alia dari Thn 6K,
Naib johan Majlis Tilawah AlQuran PKG Yan.

Bacaan doa dipimpin oleh
Ustaz Mohd Sofi Abd Rahman

Ucapan Yang DiPertua PIBG ,
Encik Ku Abd Razak b Ku Ismail

Ucapan aluan dan laporan hal ehwal semasa sekolah
 oleh Puan Guru Besar

Tiba pula giliran tetamu khas kita ,Yg Berbahagia
Tn Hj Ahmad Fatahi menyampaikan  ucapannya
Ganjaran untuk murid-murid cemerlang UPSR 2011
(seramai 29 org telah mendapat 5A)
Penerima hadiah untuk 5A bergambar kenangan
 dengan guru-guru mereka
Sebahagian dari penerima hadiah kecemerlangan UPSR
 thn 2011dengan sijil dan wang ganjaran
 dari pihak TNB.Tahniah!!
Persembahan nasyid oleh murid-murid yang memukau
penonton sebelum mesyuarat agung bermula
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan
muhibbah sehingga pukul 6 ptg.

WASSALAM.....

No comments:

Post a Comment