Suatu aktiviti berbentuk explorace telah diadakan di Dewan SKHHD pada hari Khamis 21 Julai 2011 mulai jam 12.45 tengah hari hingga 3.15 petang.Ia adalah hasil kerjasama Program Pemulihan Khas dan LINUS .Semua murid dari kelas Pemulihan Khas dan 30 orang murid LINUS telah menyetai program ini.Berbagai jenis aktiviti telah diadakan iaitu Imbasan Kad Perkataan,Membina Perkataan,Mencari Warna berdasarkan bentuk dan jumlah,Kuiz Matematik Memadan Perkataan Dengan Benda Maujud dan Jigsaw Puzzle.Kesemua aktiviti di atas adalah untuk menguji kemahiran asas murid sekolah rendah.
|
Di antara bahan-bahan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan |
|
Sebelum aktiviti explorace dimulakan,murid-murid berkumpul di kantin untuk makan tengah hari.Kelihatan di belakang ,Puan Fatimah Yahaya
dan Puan Hasnah |
|
Guru Pemulihan Khas,Puan Nang Fadzillah sedang melayan murid-muridnya |
|
Selesai makan,mereka berkumpul di dewan sekolah untuk
solat Zohor berjemaah |
|
Doa diaminkan,memohon keberkatan dari Ilahi |
|
Aktiviti sudah hampir bermula.Guru PK 1 turut mengawal disiplin
murid-murid |
|
Kelihatan guru Pemulihan Khas,Puan Nang Fadzillah
yang turut mengawasi murid-murid |
|
Puan Hasnah bt Md Isa ,guru LINUS sedang menyampaikan
taklimat explorace |
|
Dua orang guru praktikum dari MPSAH yang turut serta membantu mengelolakan program |
|
Murid sedang menjalani aktiviti explorace |
|
Guru-guru Tahun Satu turut sama di dalam program ini |
|
Setelah setiap aktiviti selesai,para pengadil akan menilai
hasil kerja murid-murid |
|
Hadiah explorace disampaikan kepada para pemenang semasa
perhimpunan pagi |
No comments:
Post a Comment