Pertandingan BattleBot PINTAR adalah pertandingan robotik di mana para pelajar berpeluang menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka di dalam bidang Sains,Matematik dan Teknologi untuk membina dan mencipta robot terkuat menggunakan teknologi LEGO.Ia dapat melatih pelajar membina strategi mereka untuk menewaskan pihak lawan.Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan diistiharkan sebagai pemenang.Pertandingan ini hanya terbuka kepada sekolah PINTAR sahaja untuk murid yang berusia dari 9-11 tahun.
Pada 15 hb Ogos,seramai 32 orang murid dari Tahun 5 telah terpilih untuk menyertai program ini di Dewan SKHHD.Mereka dibahagikan kepada 16 kumpulan kesemuanya.Pertandingan dimulakan dari pukul 9 pagi hingga 2.15 petang.Acara dimulakan dengan sesi suai kenal di antara para peserta program dengan tiga orang fasilitator dari PINTAR Foundation iaitu Bayumi b. Jono,Nasrol b. Mansor dan Amir Shah b. Idris.Di dalam sesi taklimat pula para peserta telah diberi penerangan mengenai Battlebot dan demonstrasi pembinaan robot daripada LEGO.
|
Banner BattleBot Challenge |
|
|
Lencana untuk setiap peserta |
|
|
Para fasilitator sedang menyiapkan bahan untuk pertandingan
dan memberikan taklimat program |
|
Setiap kumpulan peserta mula mereka cipta robot mengikut
kreativiti masing-masing |
|
Fasilitator memberikan garis panduan kepada mana-mana
kumpulan yang menghadapi masalah |
|
Robot- robot yang telah berjaya dihasilkan akan
diletakkan di kawasan arena untuk acara
pertarungan sebentar lagi
Pertarungan bermula
Sejenis alat akan diletakkan di atas robot sebelum pertarungan ( battle ) bermula.Ini ialah untuk memudahkan ia bergerak.Mana-mana robot yang berjaya menterbalikkan atau menjatuhkan lawan akan dikira menang.Pemandu dari kedua-dua kumpulan yang bertarung akan menggunakan kemahiran mengemudi 'remote control' bagi mengawal robot masing-masing untuk menguasai permainan.
Mohd Asdiq Rosmanizar dan Mohd Qasri Shaaizam
dari kumpulan Street Smart telah diumumkan sebagai
pemenang pertandingan.Di samping mereka ialah
Penyelaras pertandingan,En Sahudin Harun dan
guru pengiring, Puan Noridah Ayob.
Mohd Qasri dan Mohd Asdiq begitu berhati-hati
semasa menjalani pertandingan
Pemenang kedua ialah dari kumpulan Harimau Malaya,
Mohd Alif Akmal dan Mohd Danial Hilmi
Kegembiraan terbayang di wajah sambil memegang
robot yang dicipta
Pemenang ketiga dari kumpulan Harimau Muda,
Mohd Syakiran dan Mohd Afif dan pemenang keempat
dari kumpulan Cobra Junior,
Nor Aina Aqilah dan Nurul Hijratul Naqiah
Para pemenang menerima hadiah yang disampaikan
oleh Penyelaras Pertandingan
Cenderamata untuk para fasilitator dari pihak sekolah.Jangan lupa datang lagi tahun depan untuk acara yang menarik ini.
|
Temuramah dengan pemenang pertandingan
untuk meninjau apakah pandangan mereka
mengenai program ini. |
|
Para peserta pertandingan bergambar kenangan dengan
sebahagian dari guru yang mengikuti acara pada hari ini
Johan bagi pertandingan ini akan mewakili SKHHD
ke pertandingan Battlebot yang seterusnya di peringkat zon
yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada tarikh
yang akan diumumkan nanti.
Tahniah!!! |
|
No comments:
Post a Comment