DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday, 21 August 2011

SESI PROGRAM PROFESIONALISME PENINGKATAN AKEDEMIK ( PPPA ) IMTIYAZ - oleh pihak PPD KM/Y



Pada hari Khamis,18 hb Ogos yang lalu,tiga orang pegawai dari   PPD KM/Y telah membuat lawatan dan pemantauan di SKHHD.Mereka terdiri dari  Encik Md Radzi Yaacob( Penolong PPD bahagian Teknik dan Vokasional ),Encik Jamaludin bin Saad ( Pegawai Khas J-Qaf ) dan Abdul Muttalib Yahaya (Penolong PPD bahagian PRA ).Mereka tiba di SKHHD seawal jam 8.30 pagi untuk memantau beberapa perkara berkaitan pengurusan sekolah.

Lebih kurang pukul 10 pagi semua guru Tahun 6 dijemput ke bilik ICT untuk sesi taklimat dan perbincangan mengenai perkembangan semasa calon UPSR.

Setelah Puan Guru Besar menyampaikan laporan terkini calon UPSR ,para pegawai PPD pun mula memberi penerangan mengenai tujuan sebenar lawatan mereka  pada hari ini iaitu :

1. Untuk mengenal pasti apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah di dalam mengatasi masalah sisipan ( pembaziran ) calon UPSR di dalam peperiksaan nanti .

2. Apakah sebenarnya projek PPPA-IMTIYAZ yang menjadi fokus sesi taklimat dan perbincangan pada hari ini.

Beberapa maklumat penting telah diperolehi hasil dari sesi taklimat pada hari ini iaitu :

1. Jumlah murid-murid yang gagal di dalam mata pelajaran UPSR harus ditiadakan atau dikurangkan ke paras minimum yang mungkin untuk mengurangkan jumlah sisipan yang bakal berlaku.Ini boleh dilakukan dengan membuat post mortem soalan-soalan peperiksaan dan mengenal pasti tahap kelemahan murid dan cara mengatasinya.

2. Segala sesuatu yang dirancangkan di dalam perancangan tahunan harus dilaksanakan dan tidak hanya tertera di atas kertas sahaja.

3 Jangan hanya fokus kepada murid cemerlang sahaja sebaliknya beri tumpuan yang konsisten kepada kumpulan murid lemah agar apabila mereka berada di sekolah menengah nanti sekurang-kurangnya mereka ada asas 3M yang kukuh.

4. Guru-guru harus berkongsi idea tentang cara-cara mengatasi kelemahan kumpulan murid ini dengan mengadakan perbincangan dan sebagainya.


Setelah selesai sesi untuk guru-guru Thn 6,semua guru Agama dan J-Qaf pula dijemput ke bilik ICT untuk sesi taklimat mengenai bidang Pend Agama Islam pula.

Encik Abdul Muttalib Yahaya sedang meneliti 
fail-fail panitia sekolah

Encik Jamaludin Saad turut memeriksa
 fail-fail panitia

Encik Md Radzi Yaacob -PPD ( TV )


Puan Guru Besar sedang menyampaikan laporan terkini
calon-calon UPSR 2011

Turut serta di dalam sesi taklimat ini ialah Encik Sahudin Harun,PK1

Puan Zuraina Zakaria,Setiausaha UPSR turut serta di dalam
sesi taklimat dan perbincangan ini

Di antara guru-guru Thn 6 yang hadir


MURID KITA TANGGUNG JAWAB KITA
MARILAH SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA
 KECEMERLANGAN MEREKA ADALAH KEJAYAAN KITA SEMUA

No comments:

Post a Comment