DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Wednesday, 17 August 2011

NUZUL QURAN





Nuzul di dalam bahasa Arab ertinya penurunan.,sementara Al Quran pula adalah kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman iaitu nabi Muhammad s.a.w.Allah menjelaskan di dalam surah Al Qadr bahawa Al Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar iaitu malam mulia yang nilainya adalah lebih baik dari 1000 bulan.Pada malam tersebut para malaikat dan Jibril turun ke dunia untuk mengatur segala urusan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Sesungguhnya dengan turunnya Al Quran pada bulan Ramadhan lebih 1000 tahun lalu,telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat dan tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka itu sendiri.

Al Quran menjadi inspirasi kepada jalan kebenaran kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat Allah yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif di dalam hidup mereka. 

Sayyidina Omar Al Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan keras hati dan amat membenci Rasulullah telah menjadi lembut hati dan menemui jalan kebenaran setelah mendengar alunan bacaan Al Quran yang telah dibacakan oleh adik perempuannya yang telah memeluk Islam.

Al Quran adalah mukjizat istimewa yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. untuk umat akhir zaman,maka marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan AlQuran dan jadikanlah ia sebagai panduan hidup kita.Jika kita membaca dan beramal dengannya,Insyaallah,semasa di Padang Masyhar nanti ia akan bangkit untuk memberi syafaat kepada kita.

No comments:

Post a Comment