DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Friday 6 July 2012

BATTLEBOT CHALLENGE -ANJURAN PINTAR 2012



Battlebot Challenge  adalah projek anjuran PINTAR yang dijalankan untuk menguji kreativiti murid-murid di bidang rekacipta Sains dan Teknologi.Pada hari Sabtu,19 Mei yang lalu,projek ini diteruskan lagi dengan melibatkan murid-murid Thn 5 di dewan besar sekolah.Di dalam projek ini murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan pasangan.Mereka hendaklah menggunakan bahan-bahan yang disediakan dan mencipta robot mengikut kreativiti sendiri.Robot-robot yang telah berjaya dihasilkan akan dipasang bateri khas untuk membolehkan mereka bertarung.Robot yang berjaya mengalahkan yang lain akan diumumkan sebagai  juara.Kumpulan juara kelak akan dipilih untuk pertandingan Battlebot seterusnya yang bakal diadakan di lokasi yang akan diumumkan kelak. 

Para peserta duduk dengan kumpulan  masing=masing untuk
 mendengar taklimat oleh fasilitator dari pihak PINTAR


Para peserta mula merekacipta robot

Ha,baru separuh siap...

Robot-robot yang telah siap diteliti kekemasannya
oleh fasilitator

Yang ni pun belum siap lagi...cepat sikit

Wah,canggihnya...sat lagi dah nak lawan

Robot-robot sedang berlawan.Ada yang menunggu giliran

Ni dia tiga pemenangnya.Dua yang paling
 kanan tu adalah juara

Tahniah dan terima kasih dari Cikgu Noridah (Guru Pengiring )
kepada fasilitator  dari PINTAR  ( kiri )

TERIMA KASIH PINTAR.TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA

No comments:

Post a Comment