DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 8 July 2012

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DAN BERCERITA TAHP 1 DAN 2 ,SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KUALA MUDA YAN THN 2012

Suatu pertandingan pidato piala Diraja dan bercerita thp 1 dan 2 telah diadakan di Dewan Besar SKHHD pada hari Selasa 3 Julai,2012 yang lalu mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.Sebanyak 8 buah PKG dari kawasan KMY ini telah mengambil bahagian.Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia  Encik Amran bin Ismail ,Penolong PPD KMY dari unit Kaunseling dan Kerjaya Pelajar.
Terdapat dua bahagian di dalam setiap acara pertandingan ini  iaitu teks utama dan ucapan spontan.Di antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk memupuk kepetahan murid dari segi menyampaikan ucapan ,berfikiran matang dan bernas untuk melahirkan idea spontan serta berkeyakinan  diri untuk berbicara dan melahirkan idea di hadapan orang ramai.


Seorang peserta sedang menyampaikan
 cer
itanya di dalam pertandingan bercerita

Para hakim pertandingan bercerita
Salah seorang pencerita
dari Tahap 1

Sebahagian dari guru pengiring dan 
 penonton yang hadir
Peserta berpidato dari SKHHD,
 yang mewakili PKG Yan

Kelihatan Guru Besar SKHHD duduk
 di samping Penolong PPD,Encik Amran b Ismail
dan Pengerusi PKG Yan,
Encik Paimin b Paiman ( kanan sekali )
Acara dah selesai,kini cenderamata
 untuk para hakim dahulu

Kini diumumkan para pemenang pertandingan 
bagi setiap kategori pula




Para pemenang telah diumumkan
 dengan piala dan sijil masing-masing


Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

Pertandingan pidato piala Diraja 
Pertama : SK CONVENT ( PKG SG LAYAR )
Kedua : PKG KOTA KUALA MUDA
Ketiga : SK TAMAN RIA ( PKG BUKIT SELAMBAU )
KEEMPAT : PKG YAN

Pertandingan Bercerita Thp 1
Pertama :SK BEDONG ( PKG GURUN )
Kedua : SK HJ HUSSIN DOL (PKG YAN)

Pertandingan Bercerita Thp 2
Pertama : SK SG LAYAR (PKG SG LAYAR)
Kedua : SK SRI AMAN ( PKG GURUN )
Ketiga : SK BT BERAPIT (PKG


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA.KEPADA YANG KURANG BERJAYA,JANGAN PUTUS ASA,CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN...




No comments:

Post a Comment